Semua yang terbaik! NO. 1 belaka

Semalam kat felda saya ada buat pertandingan gubahan dan masakan untuk peneroka.wati
Inilah hasilnya yang para pemenang buat. Saya snap yang no.1 jer yer... cantik2 belaka.

Gubahan daripada telekung dan sejadah... Bentuk bunga ada, topi  ada...kipas pun ada.. makcik Sunah yang buat ni. Anak dia calon PKR kat tempat saya. Ada video di post sebelum ni.



Ini pulak gubahan kain pasang. Yang ni dimenangi oleh syafika, sahabat saya.. merupakan staf di pejabat Felda Chini Timur 3.. simple jer kan...


Ini pulak masakan puding karamel... hiasan ok.. takdelah serabut sangat.. rasa pun sedap!  saya suka puding karamel...


Ini pulak gubahan bunga spontan! Cantik....


Dalam bekas2 ni sebenanrnya hidangan nasi kerabu... sedap....Hiasan pun ok kan?


Kat tempat saya ni memang selalu sangat ada program macam ni... Tadi ada sukaneka rakyat. Boleh dikatakan setiap hari mesti ada program tau... Bajet mengundi kot...haha
Apapun saya bangga menjadi ank FELDA!!!

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...