Terminal Makmur Sementara

Hari Selasa lepas hantar adik ke Terminal Makmur untuk naik bas ekspress ke Tanjung Malim. Rupa2nya bermula 11 Februari 2013 semua bas dipindahkan ke terminal sementara di depan Stadium Darul Makmur. Kerja menaiktaraf sedang dijalankan dengan giatnya di Bandar Kuantan ni. Mungkin nk pindahkan ke Terminal Bersepadu terus kot pasni.
Masa tu, kerja2 wiring kipas dan lampu baru dibuat oleh pihak yang berkenaan. Hari sebelum tu hujan sepanjang hari tau di Kuantan serta kawasan sekitarnya.
Lambat betul tunggu bas adik saya tu. Sepatutnya jam 12.45pm tau tapi aritu gara2 jem Cuti Raya Cina faham2 ajerla kan.. bas tersebut sampai jam 1.40pm!!! Bayangkanlah...punyalah lama bertapa kat padang tu. Mujurlah ada angin sepoi2 sesekali menerjah...Cuaca pada hari tersebut sangat cerah dan terik...
Jom saksikan beberapa keping gambar yang sempat di snap bagi melepaskan boring menunggu ketibaan bas.

Yang khemah putih tu kaunter2 bas

belakang kaunter2 bas tu ada Pasaraya Eng Hong

Jalan masuk ke tempat bas

Khemah yang disediakan untuk penumpang bas dan pelawat (tak tahu istilah apa yang tepat)

Terminal sementara terletak di belah hadapan Stadium Darul Makmur. Cantik kan stadium tu?

5 comments:

  1. yeke? tak tau pun..2 minggu lepas, still terminal yg lama.bagus jgk upgrade.bykkn praking pun ok =)

    ReplyDelete
  2. terminal makmur ubahsuai untuk jadi UTC Kuantan. Operasi bas ekspress akan pindah ke terminal baru lepas siap sepenuhnya

    ReplyDelete
  3. tumpang tanya, bas apa ye yg ke tanjung malim tu?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...