KRIM KAKI CANTIK D'HERB BERKESAN TAK?

Dengar kata orang...
Krim ni berkesan. So, cuba jaya jerla....
Baru guna 2 hari. So far macam ok jer. Tapak kaki macam lembut jer. Kesan seawal 3 hari okey... lagi sehari try.
Tumit saya takdelah merekah sangat tapi kurang licin. Kenalah cari inisiatif nak licinkan tumit tu.

Inilah krim kaki cantik tu. Kaler purple gitu.

Pek luar krim kaki cantik keluaran Dherb

Krim ni bukan sahaja untuk tumit kaki, tapi juga boleh digunakan untuk siku atau tangan yang kering dan menggelupas tu ker.

Harga pada kotak : RM25
Harga beli : RM22

Read more ...

Semangat Hilang Dugaan Mendatang

Permulaan Isnin yang agak suram bagi saya.
Kereta saya 'cedera' sebab malam tadi melanggar babi di tengah jalan.
Bumper memang habisla. Mujurlah ada pasang klip kat kiri kanan so tak rebehla bumper depan tu. No plat pun abis. Huhu..dugaan...Entah berapa $$$$ pulak kena nanti tu.
Selepas S4 kena hantar repair, kereta pulak... macam2 hal kan.
Itulah orang kata... roda ataupun putaran hidup. Bersilih ganti dalam kehidupan.. Kejap kita di atas. kejap pasti di bawah.
Apa yang boleh dibuat hanyalah bersabar. Beristighfar banyak2.


Semoga hari ini jauh lebih baik daripada hari semalam. Semoga hari2 mendatang akan lebih indah hendaknya. Setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Percaya selalu dengan takdir Allah...Allah nak uji aku sekarang...aku mampu hadapinya...


Read more ...

KOS TUKAR SKRIN SAMSUNG S4 YANG PECAH

Berita yang sangat sedih kan. 
3 hari yang lepas, hp tu terjatuh masa meronda kawasan. Terus padam. Bila on semula dah black screen. Tapi still ada lampu notification and bny2 lain tu. Berfunction tapi no displayla.
Kalau orang call boley jawab lagi..tapi kena dengar suara dulula kalau cam kan. Takpun tanya siapa di talian tu. Kalau orang hantar mesej alamatlah sampai ke cerah la xdapat baca.

Tengahari tadi g la kat Samsung Centre kat Jalan Lim Hoe Lik, Kuantan nak hantar repait. Kot2la boleh claim warranty. Tapi x boleh sebabnya ada crack sikit kat skrin tu. 
Pastunya nak tak nak redha jerla repair replacement scree tu.

Kos barang dan upah kot tukar skrin samsung S4 adalah RM570.30

Ada sesiapa yang pernah tukar skrin tak kat kedai hp biasa?

Baru jer pakai 7 bulan S4 tu. Ganas betul kan.
Lepas ni nak tukar cover/casing yang lebih baik dari sekarang demi keselamatan.


Hari Isnin atau Selasa ni siaplah... Tak sabar nak amik my baby tu..hehe...


Read more ...

Pilihan Garden Set Yang Menawan Hati





Cantik kan.. kalau ada rumah sendiri dah lama usha nak beli ni. Apakan daya..masih belum ada rezeki untuk membeli rumah lagi. Mahalnya harga rumah sekarang kan. Tak mampu den nek membelinya!!!

Survey2 pastu kertas tu terperonyok ntah mana2. Tengok harga macam nak pengsan...hihi





Read more ...

Walau Air Mata Darah

Time free layan movie..layan lagu2...layan cerekarama...

Jom tengok cerita ni... Best...Ambil iktibar...


Sinopsis...

Irfan dan Suhaila merupakan pasangan yang paling romantik dikalangan kawan-kawan di kolej.. Percintaan mereka diakhiri dengan ikatan perkahwinan setelah mereka masing-masing tamat belajar dan bekerja.. Akan tetapi, Irfan melafazkan talak 3 kepada Suhaila tanpa sengaja namun talak bukan permainan dan mereka harus bercerai.

Tonton sampai habis baru tahu apakah kesudahan cerita ni. Sedih tau..

Read more ...

SOMTAM SEDAP DI PEKAN, PAHANG


somtam yang sedap.

Restoran Sri Thai Village 

Jalan Pekan - Kuantan

Harga : Lupalah berapa. hehe





Read more ...

Bersenam dengan Treadmill baru

Jika masih ingat pasal entri ni dulu... ----> idaman hati treadmill

Balik weekend semalam tengok kat rumah dah sampai.
Apalagi selok la try. Benda memang dah teringin sangat. Anak buah saya pun semangat giler buat.


Inilah bendanya. Suker sangat. Ada 2 pilihan warna. Pink dan biru.

Ini anak buah yang suka sangat bila dapat main treadmill tu. Ma pun suka sangat dah bersenam sejak ada treadmill tu. Lepas makan nasi jer terus jogging kat treadmill tu. Pendek kata memang berbaloi sangat beli benda ni. Berguna untuk semua. Memupuk semangat untuk bersenam.

Video treadmill...


Jom start.



Read more ...

Brother Gunting rambut Jaya Gading


kedai kat Jaya Gading. Barisan kedai tu memang semua kedai gunting rambut. Pilih jer biasa gunting kat kedai mana. Macam incik yellow saya ni suka kedai yang ni pastu mesti nk brother ni yang guntingkan. katanya brother ni gunting elok dan okey!

Brother yang gunting ni sangat peramah orangnya. Orang kelantan tapi stay kat Pekan. Buat part time kerja ni waktu malam.

Jaya Gading ni terletak di Kuantan. Selepas Gambang kalau nak menghala ke bandar tu.
Point kat sini, kalau nak cari kedai gunting rambut di bandar Kuantan, ini salah satu tempat yang boleh dicari. Lokasinya di belakang Arked baru bukak.

Read more ...

Pelangi Petang





Pelangi yang cantik dapat di snap semalam di Pekan Bandar Diraja.

Salah satu kejadian alam yang sangat indah dan menarik. Betapa agungnya kuasa Allah. Memperlihatkan kebesaranNya. 
Pelangi yang mempunyai 7 warna berlainan... Terhasil daripada pembiasan sinaran matahari oleh titisan air di atmosfera. Mengikut urutan, warna pelangi ialah merah, jingga, kuninghijau, biru, indigo dan ungu.





Read more ...

Set Tupperware OT SEASON


Sedang meng usha set tupperware OT SEASON ni..

Cantik kan...

Setakat ni dapat yang paling murah RM125 termausk postage.

Read more ...

Idaman Hati - Portable Treadmill di livingsocial

Akhirnya..

Selepas mengusha kesemua web yang ada jual mende alah ni, last2 jumpa yang paling murah kat livingsocial.com
Harga RM175 free delivery

Biasanya harga RM188 
Tu pun dekat deal yang lain. Groupon ada, jackcow ada.

Tak sabar nak dapat barang ni...
Nak bakar kalori yang banyak sangat tersimpan dalam badan ni ha. Azam tahun baru...

Entri kalori dan kurus

Kecilkan paha
Senaman bakar 200 kalori 

Stress punya pasal, ku sanggup berkorban duit untuk dapatkan berat badan idaman kembali!!!


saya pilih warna biru supaya tak nampak sangat kotor. Dalam hati nak sangat warna pink tu.

Detail pasal produk ni. Copy paste from livingsocial

What You Get:
Portable and Foldable Mini Treadmill
  • Delivery:
    • 1 Unit (RM175)
  • FREE Delivery
  • 6 months warranty for manufacturing defects
Package Includes:
  • 1x Mini Treadmill with Fitness Monitor
  • 1x User Manual
Features:
Alt text
  • Fitness monitor records time, speed, and distance
  • Available in 2 colours: Pink / Blue
  • Foldable for easy storage
  • Wheels for easy transportation
  • Sleek, sturdy and comfortable home-use Treadmill
  • Measurement instrument
Specifications:
  • Dimension: 52 cm (W) x 85 cm (H) x 95 cm (L)
  • Folded dimension: 52 cm (W) x 20 cm (H) x 92 cm (L)
  • Weight: 10 kg
  • Capacity: up to 100 kg




Read more ...

Hari Isnin...

\

Monday blues..
Semalam balik kampung...
Tidur pun tak cukup...
Tu yang tak larat nak menguap jer arini.

Cepatlah kul 5...
saya tak sabar nak balik rumah berehat...

Read more ...

Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan yang cantik

Biasanya Hari Jumaat, kitorang akan keluar time rehat. Kan rehat lama.
Dari kul 12.30 - 2.30pm kan...2 jam tu mcam2 boleh dibuat.
Memang seronok bila tiba hari Jumaat. Kalau bukan minggu on call mesti tak sabar tunggu balik kerja sebab nak balik kampung!

Ada sekali tu dah tak tahu nak pergi mana. So, cadangnya nak g melawat muzium kat bandar Pekan tu. Lepas renovate tu tak pernah lansung jejak kaki kat situ. Teringin jugak nak tengok dalam macam mana kan.
Kata orang dah cantik dalamnya. Tengok dari luar pun dah nampak menarik. Tapi sayangnya.... tak lepas jugak nak melawat sebabnya tutup!!! Layanjerla gambar yang ada ni yer.

Kami yang selok nak melawat tetapi hampa. Cuma bergambar di pintu gerbang. Mujur masa tu ada pakcik guard yang tolong amikkan gambar,

Inilah jadual waktu boleh melawat.

Pandangan dari hadapan muzium. Cantik kan. Ada kolam kat depan. tapi cetek jerla...

posing! Malunyer... gemuk dah saya....

tolong...nk kurus semula...

Read more ...

Makanan yang menyelerakan

Antara makanan-makanan yang menjadi kegemaran.
Terliur tak? Pagi2 dah buat entri pasal makanan. Jadi macam laparla pulak. hehe

Ketam telur masin. Sedap giler. Biasanya akan makan kat Marina Tomyam Seafood.

Kupang masak rebus camtu jer. Sedap jugak. 

Yang ni memang saya suka sangat2. Sepinggan boleh habis. haha
cekodok pisang ataupun jemput pisang.

Udang galah! Besar giler.. Harga RM18-RM20 kot seekor...
Makan kat Chini jer masa tu.

Read more ...

Mandi di Kolam Air Panas Sg. Klah

Lokasi percutian : Sungkai, Perak. 
Ada Felda Residence berhampiran. Simpang belah kanan kalau dari Trolak. Dalam Felda Sungai Klah. Dari simpang jalan besar nak ke kolam AIR PANAS TRAP tu amik masa dalam 20 minit jer pun. Ada gerai-gerai jugak tepi jalan sebelum sampai tempat tu.
Kalau lalu jalan KL-Ipoh tu depan sikit dari Trolak. Kebetulan amik adik yang habis SPM kat MRSM Trolak, dah terlanjur sampai pergilah mungkin untuk kali terakhir. Pasni mungkin takkan pergi dah. Jauh kan...Meh usha gambar2 yang ada.

Simpang sebelum masuk ke Kolam Air Panas Sungai Klah.

Inilah harga tiket. Dah naik...sebelum ni baru RM10 sorang.

Adik2 yang pakai baju biru. Anak buah amoi tu punyala selok main air.

Ni pintu masuk ataupun gate nk masuk kawasan air panas tu. Ada orang jaga kat situ check pakai gelang security check ke x.

antara tempat yang ada di dalam tu.

Sampai jer kawasan kolam, g cari maggi dulu. Masing2 dah lapar.

Sebelum anak buah g berendam dalam air. Masa mula2 sampai2 ni.

Mereka seronok bermain air!

Kawasan kolam mandi. Siap ada papan air gelongsor lagi. Ini kawasan air tohor jerla. Budak2 boleh main. Pintu masuk ada belah depan jer. Keliling berpagar.

Tempat merebus telur. Khas rebus telur je tau! Tak boley buat mende lain da. Telur tu ada jual kat situ. Tak tahulah berapa harga satu bakul tu. Tak bertanya pulak. Display price pun takde.

Abah dan nisa stay dalam kolam air panas.

Ujan renyai2 time ni. Kenalah stay kat tempat air panas pulak.

Buat terapi kaki.

Kafe yang ada dalam tempat tu.

Antara pemandangan di dalam tu.

Dalam tu ada tempat nak jakuzzi, open karaoke pastu kafe. Santai jer jalan kaki dalam kawasan tu. Terjagalah jugak tempatnya. Mungkin boleh diperbaiki lagi.




Read more ...

Update Menang Kecil-kecilan

Alhamdulillah...

Beberapa rezeki yang datang pada hujung tahun 2013 ni.
Antaranya ialah :

1. Menang Double Giveaway daripada blog ceritaindahkami. Terima kasih pada tuan punya blog sebab memaklumkan kepada say melalui komen. Kalo x, memang tak perasan lansung dah. Tak ingat dahla..


2. Menang Contest Peraduan Cintai Malaysia Mentos. Dapat baucer KFC RM10. Menang untuk 30hb Oktober. 


3. Menang Peraduan anjuran Petronas. Tempat kelima. Sangkut jugak...huhu...


Semoga rezeki bertambah2 lepas ni. Amin...
Sedang mneunggu kedatangan cek nuffnang ni... huhu... rezeki hujung tahun.




Read more ...

DIY : Bunga Tisu Carnation



Bunga carnation daripada crepe paper.

Percubaan pertama.

Bolehla buat untuk seterusnya supaya lagi cantik.

Read more ...

Menu Ringkas Tapi Sedap

Inilah dia.
Mudah untuk masak menu ni.

1. Panaskan air dalam kuali/periuk berpadanan dengan berapa bungkus yang korang nak makan.
2. Masukkan bawang putih, bawang merah, lada kecil serta maggi ke dalam periuk tersebut setelah mendidih. Masukkan sayur sawi atau kubis jika mahu.
3. Masukkan perencah maggi ke dalam maggi. Tambahkan telur jika mahu. Jangan kacau supaya telur tak pecah. Nak sedap lagi, masukkan ketam :) atapun udang.
4. Siap!!!



Read more ...

Menu Harian Di Hospital


Mihun sup RM 3.50

Inilah dia menu sarapan saya selalunya bila kerja. Kerja kat hospital. Bukan untuk pesakit yer menu di atas ni.
Kadang2 dah tak tahu nak makan apa...
Inilah yang saya selalu order. 

Boleylah.. takdelah jemu sangat nak makan nasi lemak jer.

Read more ...

Sedapnya nasi dagang Kg.Ubai

Jom tatap gambar2 dulu.

Pagi Isnin ni nak jamu mata korang dengan menu yang glemer di Pekan, Pahang.
Lokasi terletak di tepi jalan Jalan Pekan- Kuantan.


Ini kedai yang paling tepi sekali. Ada lagi 2-3 buah kedai lagi.

Pandangan dari hadapan.

Inilah nasi dagang Kg. Ubai

Semangat dia makan. Penuh pinggan.

Me! Snap first...



Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...