Produk SF Beauty berkesan untuk kulit saya

Alhamdulillah...

Setelah mencuba pelbagai jenis produk tuk kulit muka saya yang agak sensitif ni, akhirnya ketemu jua produk yang hebat ini. :)

Saya telah menggunakan produk ni sejak Ogos (Raya puasa) yang lalu sehingga kini. Saya bukan dealer produk ni tapinya kalau nk beli tu saya boleh tolong amikkan order! Perubahan ketara di muka saya sebabnya ramai yang menegur kulit muka saya dah berseri (nk tersengih jer masa ni) pastu parut jerawat pun dah pudar... suka sangat!



Inilah kulit muka saya masa bulan Feb tahun ni. Agak terok kan.

Kulit muka saya yang terkini :


bulan lepas ni yer.. dah ok... parut memang dah kurang sangat2.. kulit pun nmpk agak mulus...haha

Meh berkenalan dengan produk SF Beauty 

kredit to sihatanggun

SF beauty penemuan daripada sumber semulajadi utk rawatan kulit yang ringkas bagi menyerlahkan kecantikan semulajadi. SF beauty bertindak meningkatkan metabolisma kulit dgn penjanaan sel-sel baru, merencatkan proses penuaan, mengurangkan garis-garis halus, menambahkan ketegangan kulit dan mengekalkan kelembapan semulajadi agar kelihatan muda sentiasa.

Sf beauty merupakan produk daripada Kelantan yang dijual secara perseorangan. Ia tidak dijual di mana-mana kedai atau salon kecantikan. Namun keberkesanannya membuatkan permintaan semakin tinggi saban hari. Mengikut pengasas produk, kini permintaan mencecah 4000  set untuk setiap minggu. Sf beauty boleh didapati melalui pengedar yang sah dan juga boleh diberi secara online melalui kami. Jangan risau berkenaan status KKM dan ketulenanya, kerana kami merupakan stokis utama SF beauty di bawah seliaan pengasas sendiri.

SF beauty terdapat 2 packaging yang berlainan iaitu bekas kaca dan juga plastik. Bekas kaca adalah untuk dipasarkan dikalangan orang-orang kenamaan dan tertentu sahaja. Ini adalah kerana pengguna sf beauty adalah terdiri drp beberapa golongan termasuklah golongan kenamaan. Namun pengguna tidak perlu risau kerana ia adalah produk yang sama. Terpulang kpd anda mahu yang bekas kaca atau plastik. Tapi kami dimyshop2u memilih bekas plastik untuk dijual supaya memudahkan proses pengbungkusan dan penghantaran.


Mengandungi Vitamin E utk merawat muka dengan menghilangkan jerawat,jeragat,bekas jerawat, mengecilkan pori-pori serta mencerahkan kulit muka anda.

(bagi yang kulit berjeragat dan pigmentasi sangat lah di syorkan)

Kelulusan KKM



Ia baru saja mendapat kelulusan KKM. Anda tidak perlu meraguinya kerana tiada bahan merbahaya dalam produk ini. Boleh semak status kkm dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal.


SET LENGKAP/SET BESAR


Set Besar kulit sensitif

Set besar mengandungi : cream malam (10g) cream siang (10 g) dan beauty soap
Harga: RM124
Harga Kami RM110

Set besar untuk kulit normal

Set besar mengandungi : cream malam (10g) cream siang (10 g) dan beauty soap
Harga: RM119
Harga Kami RM100

LOOSE PACK

SF Day Cream
Harga: RM49.90
Harga kami : RM40



SF Night Cream
Harga: RM49.90
Harga kami : RM40


SF beauty soap vitamin E
Harga : RM 39.90
Harga kami : RM35

SF beauty soap vitaminC Harga : RM44.90
Harga kami : RM40

Boleh juga dibeli secara loose pack

Boleh juga dibeli secara loose pack

SF cream 2 in 1: Cream siang(10g) cream malam(10g)
Harga : RM79.90
Harga kami: RM 70
Produk ini tidak MENIPISKAN dan MEMERAHKAN kulit muka . Ia membersih kulit secara SEMULAJADI.

Untuk kulit yang sensitif dan berpenyakit tidak digalakkan mencuba. Terutamanya kulit yang alah pada bahan-bahan kosmetik. Sila sms terlebih dahulu sebelum mencuba. Saya akan terangkan kesan penggunaan.


Sesiapa yang kulitnya bermasalah bolehlah try produk ni.. dalam masa 2 minggu dah nampka kesan tau!


Read more ...

Durian Crepe Fenomena Terkini

Selamat petang...

Petang2 gni kalau tak tahu nak makan apa, mungkin korang leh try resepi durian crepe ni. Dengar2 kata memang syok giler! saperla yang menciptanya kan... hebat betul penangan durian crepe tu.

Akceli saya ni tak makan durian tapi tempoyak makan! saja nk usha resepi buat crepe ni guane.

Info kat blog penbiru.com

sumber : google



CREPE:

Bahan-bahan :
250 gm tepung gandum
3 biji telur
500ml santan (lebih mudah gunakan Santan kotak 400ml campur air 100ml)
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna (ikut suka korang..kalau guna kuning takkan jadi merah pulak kan??)

Cara-cara;
Campurkan semua bahan dan blender kemudian tapis.
Panaskan pan atau kuali yang leper dengan api yang kecil..ratakan sedikit minyak.
Tuangkan 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe 
Tak perlu dibalikkan dan biar permukaan atas kering..angkat dan biarkan sejuk
******

DURIAN FILLING

Bahan-bahan :
1 cawan Non Dairy Whipping Cream (pukul hingga kental)
Isi durian secukupnya (ambik isi aje..bijinya korang boleh semai hahah)

Cara-cara ;
Bentangkan 1 keping crepe
Letakkan Whipping Cream di tengah-tengahnya
Letakkan isi durian
Tutupkan semula dengan Whipping Cream
Lipat crepe dan simpan dalam peti sejuk
Read more ...

Kurus Dengan Felinna Inc Loss Lotion


Trend kurus dengan lotion pulak. Berkesan katanya.
Inilah dia Felinna Inc Loss...baca testimonial 3-4 hari dh nmpk kesan pengurangan inci tu!
Terpengaruh jugak nak try. Kebetulan dapat beli time promosi...
Harga biasa RM75 tapi owner tu buat promosi dapatlah RM65! Untong kan...hehe kalau nak beli secara borong lagila untung! Nak try dulu ni...

Baru try dalam 5 hari tapi tak nampak lagi kesannya. Padahal tak ukur pun..huhu..bukan apa.. kalo betul2 berkesan mesti akan rasa dan sedar sendiri kesannya kan.
Tapinya memang panas losyen ni. Pembakaran lemak sedang berlaku kot.

Sedikit info pasal losyen ni yang di copy n paste dari felinna.net

Jom Langsing !!!! KLik sini untuk tahu caranya
MENGAPA FELINNA BEAUTY INCHLOSS LOTION PERLU ADA DALAM BEG ANDA!!
  • Felinna tidak terlalu panas tetapi mempunyai bau wangi. Mudah mudah dibawa dan selesa dipakai kerana baunya yang wangi.
  • Rumusan yang bagus untuk kulit, lembut kulit, masalah kulit kering, selulit, bagi mereka yang merekah di tapak kaki pun boleh cuba.
  • Mudah nak apply di mana-mana bahagian yang tak berkenan kat hati.
  • Pek yang mudah untuk dibawa kemana-mana.
 Jadi pastikan satu botol Felinna Beauty Inchloss Lotion ada di dalam beg anda.
 KHASIAT FELINNA BEAUTY INCH LOST LOTION 
  •  Aroma Wangian
  1. Ianya hangat dan sesuai untuk mereka yang aktif. Ia juga berkesan memecah lemak dan membuang angin dalam badan. Membantu memberikan berat badan ideal dan kecergasan badan. Rumusan semulajadi, halal, buatan Malaysia dan berkualiti. 
  2. Yang sedang makan pil kurus atau dalam rawatan kurus pun boleh guna untuk menambahkan kecepatan proses pembakaran lemak.
  3. Selain menghilangkan lemak2 berlebihan dan selulit, ia juga memperbaiki/merawat tekstur kulit badan agar lebih sihat, anjal, berseri serta memberikan wangian semulajadi.
  4. Boleh disapu pada pipi dan dagu (sapuan nipis) untuk menjadikan dagu lebih runcing dan menghilangkan dagu tembam atau berlipat, kulit leher melendut)
  5. Yang sedang makan pil kurus atau dalam rawatan kurus pun boleh guna untuk menambahkan kecepatan proses pembakaran lemak.
  6. Selain menghilangkan lemak2 berlebihan dan selulit, ia juga memperbaiki/merawat tekstur kulit badan agar lebih sihat, anjal, berseri serta memberikan wangian semulajadi.
  7. Boleh disapu pada pipi dan dagu (sapuan nipis) untuk menjadikan dagu lebih runcing dan menghilangkan dagu tembam atau berlipat, kulit leher melendut)
  8. Selain menghilangkan lemak2 berlebihan dan selulit, ia juga memperbaiki/merawat tekstur kulit badan agar lebih sihat, anjal, berseri serta memberikan wangian semulajadi.
  9. Boleh disapu pada pipi dan dagu (sapuan nipis) untuk menjadikan dagu lebih runcing dan menghilangkan dagu tembam atau berlipat, kulit leher melendut)
  10. Boleh disapu pada pipi dan dagu (sapuan nipis) untuk menjadikan dagu lebih runcing dan menghilangkan dagu tembam atau berlipat, kulit leher melendut)
CARA GUNA FELINNA BEAUTY INCH LOST LOTION  
  1. Picit secukupnya dan sapu pada bahagian badan yang nampak tak berapa nak cantik sambil membuat urutan ringan dengan gerakan membulat (pusingan arah ikut/lawan jam) sehingga ia meresap sepenuhnya ke dalam kulit.
  2. Sapu dua kali sehari, selepas mandi pagi dan malam.  
  3. Boleh gunakan oleh lelaki dan wanita.
APA KEISTIMEWAAN FELINNA BEAUTY INCHLOSS LOTION SEHINGGA MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT MASAKINI
Diformulasi dari bahan semulajadi yg selamat utk semua, termasuk wanita hamil (syarat nya jangan sapu pada perut dan belakang pinggang), untuk ibu menyusu atau mereka yang gastrik.

Nantikan review pasal Felinna ni selepas habis sebotol yer kawan2... :)


Read more ...

Istanbul Aku Datang Best

Akhirnya...
Berjaya jugak menjejakkan kaki ke panggung nk tengok cerita Istanbul Aku Datang! Thanks to him sebab sudi temankan tengok citer tu walaupun tak berapa nak minat yer :) hehe...

Trailer filem ni  mmg best kan...


Review daripada saya 

Dian (Lisa Surihani) datang ke Istanbul untuk berdamping dengan boyfrennya Azad (Tomok) supaya dalam tempoh 3 bulan Dian belajar kat situ dia nak plan supaya Azad propose dia. Dian amik short course kat Istanbul tu manakala si Azad tu amik medic.
Dian dengan Azad ni bercinta sejak zaman sekolah lagila..kiranya bertahun2la kisah cinta diorang ni. Masa kat Istanbul tu Dian terpaksa menyewa satu apartment dengan seorang lelaki, Harris ( Beto Kusyairi) disebbakan dia ditipu oleh pak Arab ni. Dian takde duit nk pindah rumah lain. Macam2 insiden berlaku antara Dian dan Harris ni. Bertengkar sokmo...Tapi Azad tak tahu pasal Dian menyewa dengan lelaki ni sehinggalah kantoi satu hari tu. Teruslah break! Si Azad ni plak rupanya dalam diam ada pasang perempuan lain. Manalah tak hancur hati Dian ni kan...
Dalam masa break tu, Harris dengan Dian dah baik gara2 Harris kasihan pada Dian. Harris ni pun ada menyimpan rasa cinta pada Dian. Sebelum Dian balik Malaysia, si Harris ni bawak Dian jalan2 kat Istanbul tu. Dian jatuh hati pada Harris jugak masa tu. Tetiba Azad cari Dian balik terus propose ajak kawen pastu nak balik Malaysia dengan Dian. Masa tu Dian kena pilih antara Azad (kekasih lama yang bertahun dia kenal) pastu Harris (kekasih baru yang tak sampai 3 bulan dia kenal)

Last2 Dian pilih Harris..Hurmm..percintaan yang bertahun tidak menjanjikan perkahwinan kan. Itulah lumrah.takdir dariNya...Dian memberi peluang kepada Harris tapi bukan peluang kedua buat Azad.

Kesimpulannya..cerita ni sangat enjoy! Dian ni blogger jugak tau.. 
Cerita romantik komedi yang boleh dilayan...

Rating star nak bagi 3.5 /5





Read more ...

Segmen BW Cuti-Cuti By Emas Putih


Klik banner kat atas untuk lebih tahu syaratnya

13.11.12/00.00am - 26.11.12/11.59pm

RM10 topup untuk 3 blogger bertuah by random.



Read more ...

Rosalinda Ayamo Penyanyi Dikir Barat Dangdut

Kenal x dengan rosalinda ni? kalo yang minat dikir barat ni konpem kenal punya sebab dia memang glemer di Pantai Timur dan Thailand!
Sebenarnya nak cerita ada konsert Rosalinda, AdikBalqis dan  Kajol semalam kat tempat saya. Memang penduduk sini suka dengan dia dari dulu lagi kalau artis jemputan memang ambil dia. Lagu2 dikir barat ni syok layan. Memang tak dinafikan pakaian mereka agak seksi dan jogetnya kurang menyenangkan. Tapi, janganlah kita ikut pulak...cuma dengar jela...kan..kan...
Malam tadi sempat ambil gambar walaupun samar2..Malas nk bergambar sekali sebab segan orang tengok...hehe...
Jom layan lagu cinta au au ni..best... suker gila!


layan...







Read more ...

Gubahan Coklat Doorgift atau Hantaran

Pada Sabtu n Ahad lepas saya berpeluang untuk mneghadiri kursus Asas Pembuatan Coklat di Kolej Komuniti Rompin. Kursus tersebut anjuran PERISDANITA. Sangat hepi sebab dapat menambahkan ilmu pengetahuan di samping mengisi masa lapang di hujung minggu.
Bayaran ditanggung separuh oleh PERISDANITA. Peserta kena bayar RM35 jer. Kira berbaloi sangatla sebab kos bahan2 tu agak mahal!
Jom tengok gambar sepanjang 2 hari berkursus.

Bahan2 yang diperlukan untuk menghasilkan coklat gubahan

tara! bersama hasil coklat yang telah siap... bentuk bunga ros dan bunga ape ntah

Yang ni bentuk daun. Kaler tah paper kan

Cikgu sedang bagi penerangan. Ini acuan yang kita gunakan yer puan-puan

Proses meleburkan coklat. Ada 3 jenis coklat iaitu coklat gelap (rasa kurang manis dan pahit sket) ; coklat yang manis sbb campur susu tepung, pastu coklat susu (Sepenuhnya susu tepung dan bewarna putih)

bersama adik ipar di hari kedua. Belajar buat lolichoc dan packaging

Inilah hasilnya. Gubahan bunga coklat! Lagi cantik jika tambah hiasan bunga kecil-kecil kat coklat tu.
Boleh dibuat sebagai hantaran kahwin atau tunang tu

Inilah dia lolichoc (yang ada batang tu) boleh buat sebagai doorgift event.
Yang dalam bekas tu oreo choc sbb dalam tu ada biskut. lagi bertambah cantikjika letak riben pada kotak coklat tu.

Dah dapat bayang nak buat bisnes ni. Hehe... Dah tahu asas pastu terpulang pada kreativiti kita untuk menjadikannya lebih cantik.


Read more ...

Caj Henfon di East Coast Mall

Bertambah lagi kemudahan untuk pengguna.
Ok sesangatla bagi mereka2 yang tak sempat nak caj henfon kat rumah. Time kecemasan sangatlah berbaloi. Mesin caj henfon ni saya jumpa di Shopping Complex East Coast Mall, Kuantan.

Inilah rupa mesin caj henfon tu.

Ini pula langkah2 nak menggunakannya

Ada 3 mesin semuanya.

Masa yang diambil hanyalah 15 minit untuk caj henfon. Pasni tiada alasan untuk menyatakan bateri kong yer..hehe


Read more ...

Mentarang Tanjung Karang

Assalamualaikum semua

Masa raya haji lepas, kebetulan hantar adik kat Trolak, so, singgahlah umah makngah di Tanjung Karang.
Tapinya masa kat highway karak dan highway Pantai Timur tu, Tuhan saja yang tahu betapa kren kaki ni dok menekan clucth... jem giler2la...

Anyway nak cerita pasal mentarang. Dulu saya pernah buat post pasal mentarang ni. Nak tahu apadia mentarang ni tak? Meh baca entri mentarang ni dulu.


Akhirnya, saya dapat merasa jugak mentarang ni guana. Rasanya lebih kurang macam kerang jugak. Manis2 gitu. Cuma saiznya memang agak besar. Cepatlah kenyang. Masa tu makngah masak air jer. Tapi kuahnya memang sangat sedap dihirup!


Berselera makan nasi dengan mentarang! Sedapnya...

Tapinya mentarang ni ada belah2 sana jer. Kat Kuala Perlis pun ada. Area Tanjung Karang, Sungai Besar, Sekinchan dan dekat2 situ banyaklah jualnya.

Pasni kalau balik kampung sana boleyla try lagi merasa. Masak  pedas plak ker...


Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...