SUKMA PAHANG dan TAMAN KERANG KUANTAN

Ingat lagi tak SUKMA PAHANG yang dah lepas ritu? saya salah seorang daripada ribuan sukarelawan yang join masa tu. Saja cari duit part time...time ginila kan... :) Siapa nak bagi RM50 sehari...
Saya dapat 2 offer sukarelawan masa tu. Satu untuk j/kuasa ICT dan satu lagi j/kuasa publisiti.
Yang ICT pny tu saya kena key in profil petugas SUKMA pastu buat kad akreditasi untuk petugas serta sukarelawan. Kemudian kena key in data elaun sukarelawan. Duk kat bilik sekretariat SUKMA yang sejok macam kat Kutub Utara!
Yang j/kuasa Publisiti ni best sikit. Bertugas kat booth di Taman Kerang jual barangan SUKMA. Waktu kerja sangat fleksibel...Tugasan saya hanyalah bagi bendera kecik tu (SUKMA punya pastu negeri2 pun ada) pastu bagi poster SUKMA pada orang ramai yang lalu lalang. Yang syoknya kawasan tu open! Taman Kerang tu antara lokasi tumpuan orang ramai di Kuantan. Ada Kerang besar kat situ sebab tu namanya Taman Kerang... Amik kesempatan bergambar kat Taman Kerang semasa jaga booth.


Viva saya dpt stiker SUKMA tu. Ngade nak pakai jugak..hehe

Tengah lipat poster untuk diberikan kepada orang ramai

Berposing bersama kawan baik saya, Fiza

Posing lagi. Terima kasih pd Abg Amy yg sudi melayan kerenah kami

Kat depan saya tu ada cengkerang/kerang besor tu. Dulu xde pagar. skang dah cantik dinaiktaraf

Kerang besor!






Read more ...

Buffered earning Nuffnang Lagi

Alhamdulillah...
nuffnang masih sayangkan saya... Bukak akaun nuffnang pagi tadi tengok BE bertambah. 
Suka! hehe.. di kala ketandusna trafik time tu la BE dapat.. agak tak syok tapi syukurlah dapat menambahkan earning. Untung2 boley cash out hjg2 bulan depan..



Dapat BE Hari Raya. 

Sedang mengumpulmood buat entri banyak2 ni. At least ada jugak entri satu dalam sehari. Kalau tak, seminggu sekali baru nk buat entri. Sngat kesian dengan blog ni. Trafik menjunam giler2. Alexa ranking lagila. Jatuh mendadak tiap2 hari..

Mood ada ni kena guna sebaik yang mungkin nak menaikkan balik ranking alexa.

Read more ...

Siakap 3 Rasa Restoran Zuzana

Beberapa hari yang lepas, berkesempatan merasa ikan siakap 3 rasa kat satu restoran yang gak glemer kat Kuantan ni....
Restoran Zuzana yang terletak di Indera Mahkota.

Restoran ni masakannya memang sedap dan harga pulak agak berpatutan tau. 



Gambar saya dulu semestinya. Duta makan ni..hehe

Jarak dekat sket. Siakap 3 rasa

terbalik pulak gambarnya...

Kesimpulannya, sedap sangat....

Entri yang ringkas. Sedang ambil mood time semangat nk menulis entri untuk diautopublish ni...
Terima kasih sudi datang untuk membaca :)



Read more ...

Bercanda di Bukit Gambang Waterpark

SEbelum puasa aritu, sempat lagi kami sekeluarga ke Bukit Gambang Waterpark untuk menebus tiket yang dapat hasil daripada keratan Harian Metro tu. Malah berlebih pulak kali ni. Kalo tahun lepas kena beli lagi sorang...
Kali ni kami pergi ari Khamis supaya dapa mandi dengan puasnya. Takdela ramai sangat2 orang mcm sesi lepas kalau pergi hari Sabtu atau Ahad!
Jom layan sikit2 gambar yang sempat saya ambil di sana. Apapun, sangat santai... Dah 3 kali saya sampai sini.


Masa ni rasa taknak berendam dalam air pun. Suasana pagi tak panas. Syokla...
Dari kiri : Ma , sayer di tengah2 dan adik kepada adik ipar saya (apa hbgnnya erk..)

Salah satu permainan yang ada di situ. Coco Beach.. best.. ada ombak jadian...

Anak buah saya, Nisa yang sedang bermain air bersama sepupunya, Yati.
Baju coklat tu adik ipar saya yer

Mereka ni sepupu!

Saya nek pelampung bersama adik saya. Mengelilingi sungai...hehe

Tiket nak masuk dalam tu agak mahal. Jadi, kalau ada  promosi tebus tiket takkan nak lepaskan peluang tu kan...Lagi satu, makanan memang tak boleh bawak masuk tau. Security akan check nanti. Tapi kita boleh keluar dari tempat tu untuk makan pastu masuk semula (recheck-in) Kat dalam tu pakai sistem e-value di mana kita perlu topap dulu value kat gelang yang kita pakai tu. Min e-value ialah RM50 tapi leh refund semula balance. Semua pelampung pastu pondok kalo nak sewa kena guna e-value tu bayar deposit.

Read more ...

Kembali keseorangan


Tengah sedey...

Hidup keseorangan semula....

Apalah nasib diri...

 Ya Allah... tolonglah kuatkan hati hambamu ini..
Aku bermohon kepadaMu Ya Allah...




Read more ...

Trafik Blog Teruk

Assalamualaikum....


Salam Ramadhan buat semua.


Hari yang ketiga berpuasa. Kejap jer berlalu. Menghitung hari nak beraya pulak. hehe.

Sejak 3 minggu yang lepas saya jarang becara ke blog ni. Nak kata bizi tu xdela sangat tapinya mood sedang ke laut. Idea tu ada jer tapinya mood xde... xjadi jugak kan...Hurmmm... kesian kat blog.. Lama sangat ditinggalkan oleh tuannya ni. Sibuk dengan sukarelawan Sukma aritu... 

Tak mau citer psl sukma tu. Nak cerita pasal trafik blog yang dah terok sangat menjunam sebab dah lama xblogwalking ke dunia rakan2... Mujurlah masih ada insan yang sudi berkunjung ke blog saya yang taraf anak ikan bilis ni. Alhamdulillah.. Nuffnang pun masih memberikan rezekinya untuk blog linazlina.com terus bernafas.




Teruk giler kan trafik... huhu.. sedey..

Pasni kena blogwalking dan join segmen blogger nampaknya nak menaikkan kembali trafik





Read more ...

Tak update dapat Buffered Earning

Inilah dikatakan rezeki...



Thanks Nuffnang. Nanti bagila lagi yer


Last update blog pada 6 Julai lepas. Dekat 2 minggu dah tu. Tangga visitor nuffnang pun menurun giler2.. Apapun terima kasih pada yang masih sudi singgah blog picisan ini. Saya sedang mengalami perubahan dalam diri dan mengambil masa untuk kembali berblogging seperti biasa. Penatnya hati ini...huhu.. tetiba jer...

Takde mood nak meneruskan blogging spt biasa. Rasa macam satu beban yang sangat besar sedang ditanggung...

Ya Allah, semoga hidupku ini diberkati. Jauhkan diriku dari segala kemungkaranMu Ya Allah. Berilah aku jalan kebenaran..
Amin Ya Rabbal Alamin

Read more ...

Cek saham Felda Global Ventures


Tak reti sangat nak citer2 hal saham ni.. tengok graf jerla...
Naik jer..okla tu kan...
Saya anak felda..kenalah amik tau jugak mende2 gni...

Maafkan segala salah silap saya yer sahabat2..buka buku baru..lembaran baru.. banyakkan amalan di malam Nisfu Syaaban yang penug keberkatan dan kemuliaan ini..

Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...