Cash Out Nuffnang Kali ke -6

Pagi Jumaat yang menceriakan hari.

Disebabkan dah hujung bulan ni, nak cash out nuffnang yang ada ciput ni. Tangan ni dah gatal nak klik butang "cash out my earning".

Sikit tapi itulah rezeki :) bersyukur selalu dengan apa yang ada. 



Saya  dah takde BE skang.Huhu.. sian kat sayer... bila Nuffnang nak bagi BE ni.. Dahla trafik sgt terok skang. Alexa pun dah bertambah angkanya... sedih betul la


Read more ...

Kebajikan yang Tidak Berakhir

Sumber : email


Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir. 

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah. 

2. Sumbangkan kursi roda ke RS dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah. 

4. Bantu pendidikan seorang anak. 

5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, Anda dapat hasanah. 

6. Bagi CD Quran atau Do'a. 

7. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid. 

8. Tempatkan pendingin air di tempat umum. 

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung 
dibawahnya, Anda dapat hasanah. 
Read more ...

Hadiah dah sampai

Terutama sekali nk ucap billion thanks tuk Dyat yang tolong collect adiah kat LISA dan Cosmo! Dyat ni sokmo menang macam2 pulak tu. Dahla best2 adiah yang dia dapat..jeles.... haha...kalau dah memang rezeki dia kan...



Ini dapat set Avene daripada majalah Cosmo. Tak ingat nilainya berapa. Kira berbaloi jugakla... Saya tak pakai brand ni. So, sesaper yang nak beli boleyla PM yer. Harga pasti murah daripada pasaran :)


Ini pulak dari Majalah LISA. Menang set Etude House. Lagila tak pakai. brush jer kot pakai. Ada mascara remover, BB Cream,cermin solek,amende ntah lagi...

Dah lama tak menang apa2 dari contest ni. Nk join contest pun tengah takde mood...huhu
Ada satu contest tu due 30hb ni tapi tak buat pun lagi. POP dah ader...malasnya!

Oklah..entri yang ringkas...Mataku dah layu.. Blog pun dan makin nak bersawang jerk... Kalau dulu setiap hari mengupdate, tapi skang ni... 3 hari satu entri pun agak payah


Read more ...

Blog Gadis Comel Ramai Follower

Dulu2 masa di awal pembabitan berblogging, saya ni jenis yg xpuas hati sokmo dngn template dan layout blog. Hari2 nak tukar template. Faham2 ajerla bila dah tukar template tu bykla coding yang nak kena repair balik pastu nk touch up kasi cantik semula blog. Sangat leceh... pasal meta tag lagi..huh! 1 malam tak siap (sbb xterer lagi, kena godek sana sini)
Biasanya saya akn rujuk tutorial pasal blog di blog lyssa ni. Umur baru 20 thn tapinya sgtlah komited dgn blog. Banyak sangat tutorial dan tip untuk kita ikut. Follower blog lyssa dah cecah 51226! gilerla... follower sy pun lum cecah 2k lagi..huhu
hebat kan dia.. sangat mengagumi beliau sebab dalam usia muda dah berjaya mencapai jumlah follower yang ramai macam tu. Semua follower tu mesti berminat dengan tutorial yang disediakan. saya pasti! 



Comey dok?

Jom terjah blog lyssa kalau nak cari tutorial blog. Konpem ada punya

Read more ...

Segmen Klik 'Like/Share' dan menang RM50 X 6


Tengok banner pun tahu...

Kenalah klik takpun like entri ini.

Dah lama tak berkecimpung dalam dunia like n share ni. Kena berusaha lebih dan usaha keras! 
Mampukah saya...

Kalaulah anda rasa nak tolong saya, bantulah saya untuk like n share yer

Terima kasih.

Untuk menyertainya jugak jom singgah ke sini ----> Like/Share untuk RM50
Read more ...

Tekanan Darah Rendah

Tetiba nak buat entri bab kesihatan sikit.
Kalau tak terjadi pada saya, takdenya saya berusaha nak ambil tahu. 2x saya check pasal tekanan darah dan keputusannya adalah tekanan darah saya rendah! Risau jugak..masa kali pertama tu okey lagi kot2la orang tu salah baca ker..tapi kalau kali kedua pun still sama, maksudnya betulla saya sedang mengalami tekanan darah rendah.
Cari punya cari info pasal ni, jom tengok dan baca serta amalkan jika anda juga mempunyai tekanan darah rendah seperti saya.



Tekanan darah merujuk kepada tekanan yang dikenakan oleh darah pada pembuluh arteri darah ketika darah di pam oleh jantung keseluruh anggota tubuh badan manusia. Tekanan darah di buat dengan mengambil dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut – 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman.
Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.
Sekiranya tekanan darah didapati sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa secara berlarutan seseorang itu dikatakan mengalami masalah darah tinggi. Pesakit darah tinggi mesti sekurang-kurangnya mempunyai tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat.
Cara-cara untuk meningkatkan tekanan darah...
  1. Banyakkan minum air putih
  2. Sesekali minum air kpi untuk meningkatkan degupan jantung sehingga tekanan darah meningkat.
  3. Ambil makanan yang mengandungi kadar kandungan garam yang betul
  4. Makan sayur bayam!
Punca tekanan darah rendah..
  1. berdiri terlalu lama
  2. tidak sarapan pagi
  3. kurang tidur
Okeyla...saya cuba mengamalkan apa yang saya dah baca ni. Nak tengok lagi sehari dua macammana.

Read more ...

Dapur hampir terbakar...

Dah lama meninggalkan blog bersawang...Bukan tiada masa tapi masa tu banyak sangat dihabiskan untuk perkara yang tidak sepatutnya. Sedang mencuba untuk menguruskan waktu secara berhemah. 
Khamis hingga semalam saya tinggal dengan anak buah jer. Sebagai peneman yang setia.
Tapi ada satu perkara yang sangat memberi kesan dan agak trauma dengan kejadian dapur terbakar yang hampir2 nak menyebabkan kebakaran dapur rumah saya tu. Ya Allah..mujurlah tuhan masih berikan saya umur yang pajang untuk beramal ibadat kepadaNya.
Asalanya saya nak goreng nugget untuk sarapan pagi Jumaat tu. Pastu saya terlupa yang saya tengah panaskan minyak atas dapur. Saya dok ralit buat mende2 lain kat ruang lain. Sampailah satu ketika, anak buah saya jerit "Maklong! Maklong! Api..." Saya terus teringat pasal nugget tu tapi masa tu api sudah menulang naik hampir ke bumbung dapur! Bumbung dapur rumah saya tu agak rendah...

Saya memang panik tapi agak nekad untuk selamatkan dapur! Ya Allah ...masa tu saya cuma fikir takut gas meletup jer! Api memang dah tinggi...Saya berjaya tutup dapur tu pastu libas kuali yang sedang berapi tu ke bawah. Hurmmmm...Masa tu cuma fikir nak padamkan api yang tenagh marak tu. Tak taula nak buat apa masa tu. Nak mintak tolong dengan jiran2 tapi saya tengok xde saper pun kat luar. Dari saya terus membazir masa, saya terus nekad padamkan api sendiri. Api dan menyambar plug dan almari dapur yang terletak berhampiran... Ya Allah...takutnya....Mcammanalah kalo rumah yang terbakar! Sedangakn macam tu dah rasa sangat panik! Disebabkan kejadian tu saya dah trauma nak masak kat dapur tu. Saya cuma beli kat kedai jer. Takut......

kuali yang menjadi mangsa...

ruang kejadian 

plus ma yang abeh

kuali lagi..huhu

abeh karpet...huhu

Pengajaran buat diri saya : Kalo nak masak tu stay jer kat dapur! Jangan gatal2 nk dok luar...


Read more ...

Cinta Itu Buta

Cinta...
Sesuatu yang indah...
Lagi bahagia andai bersulam satu kejujuran...

Jika cinta itu disakiti...
Pedih dan luka pasti dirasai entahla berapa lama kan...

Cinta pada Yang Satu lagi berbaloi kan...

Read more ...

Rezeki Baskin Robbin

Alhamdulillah..


Ada lagi rezeki di kala mood ke laut :)
Menang dari FB...



Mujur boley post ke rumah jer... Tak pasti pulak ada ke Kuantan ni erk.. 
Entri pendek..mood jiwang datang :) nk layan lagu... buat entri pun cepat2 jer.

Read more ...

Rezeki Hari Selasa

Memang hidup ni ibarat roda..kejap atas kejap kat bawah..tapinya kalau kat tengah tu camner pulak erk..teringat somebody pernah tny saya pasal soalan tu..hehe

abaikan..

saya nk citer yang saya hepi sgt arini. Berbaloi jugak beli majalah yang berharga RM3.90 untuk LISA pastu RM5.00 Cosmopolitan apabila saya ada menang promosi diorang. Kalau dulu nakjoin malas2 jer sebabnya kena redeem kat ofis diorang tapi kini sejak aktif berblog, ramai yang sy kenal comper2 terhebat dan secara tak lansung menjadi kawan di alam maya. Hubungan antara blogger memang sangat kuat dan utuh! Saya bersyukur bila dapat ramai kawan2 di kalangan blogger...Pointnya cuma ada sorang kawan ni yang memang tolong kawan2 dia amikkan barang bila menang. Kasi caj servis jerla kat dia. Namanya Hidayat.. Comper yang selalu menang ni. Sangatlah hebat...
Melalut pulak citer sejarah dan kisah blogger. Nak cerita menang hadiah apa sebenarnya.

Ni baru terima tengahari tadi. Peraduan KIT KAT di facebook. Nasib baik jerla kot terpilih.

Hadiahnya cumalah mug limited edition. Bukan kena bayar pun join..hehe...

Menang set Avene worth RM150 daripada majalah COSMOPOLITAN.

Yang ni pulak dari Majalah LISA. Set Etude House bernilai RM200

Sekian sahaja paparan saya untuk kali ini. Hrai yang sangat bermakna Harap2 lepas ni mendapat berita yang menggembirakan hati lagi... amin...

Sedang menunggu result Nestle dan Avon..moga2 ada rezeki. Lately, dah malas nk join contest...mood sedang ke laut....hurmmm...banyak yang saya ketinggalan.. 

Ya ALLAH, BAGILAH AKU KEKUATAN UNTUK MENGHARUNGI SEMUA INI 

Read more ...

HARAPAN


Lirik Lagu Harapan - Hyper Act

Bicara mimpi itu
Mengheret ku ke dasar
Gelap tangannya menggapai tangan ku
Dan munculnya dirimu
Dipinggir laman itu
Hangatmu menyambut ku kembali,

Dan ku mengerti,
Mengapa masih berdiri,
Hadirnya siang berteman mentari,
Dan ku bersama,
Bintang malam mu mencari kasih ku Ooo

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya

Dan angin kan memanggil
Bagai ada musafir
Hadirnya pergi tiada berjanji
Mungkin seketika
Ku merasa cintanya
Bagai dibelai mimpi sempurna

Dan taman ini
Tak bererti dan bersemi
Tiada indah tanpamu disini
Dan ku jejaki
Walaupun hanya secebis kasihmu Ooo

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya

Solo. C/O

Hati ku..
Meratap setinggi gunung
Pasti ku mencari bintangnya
Menjadi cahaya
Menyinar impian hidup kita
Selamanya




Read more ...

Entri panazzz


kalau pergi tusyen kat Cini atas mesti pekena dulu keropok lekor ni...

kalo panas2 lagi best...

Panasla sangat entri ni erk..huhu

terima kasih sudi membaca...



Read more ...

Rezeki yang tidak dijangka

Alhamdulillah..
Semalam dah selamat sampai voucher penginapan yang menang contest Nestle tu.
Tapi, yang saya tak jangka adalah dapat elaun perjalanan yang saya kira sangat byk!



ni vouchernya..kena booking sebelum 30 Jun... tak tau lagi nak pergi bila...huhu
Mujur dapat hotel yang dekat2 jer..senang nak g biler2...kos pun taklah banyak sangat kan...

elaun perjalanan  yang tidak disangka2! banyak jugak eh..hehe...


Read more ...

Revie filem Gerimis Mengundang

Semalam berkesempatan tengok filem Gerimis Mengundang. Asalnya nak tengok cerita kau ada aku ada tu yang Yana dgn Shaheizy Sam berlakon tapi xde plak kat panggung tu. Tengok jerla apa yang ada. Kebetulan cerita tu baru release semalam. So, tengok jerla...

Kisah cinta lakonan Kamal Adli sebagai Zamani dan Olivia sebagai Mikha. Gabungan pelakon Malaysia dan Indonesia. Hurmmm.. kisah cinta yang agak tragis sebab tak kesampaian. Zamani terlibat dalam kemalangan helikopter. Kesian Mikha tak sempat nak jumpa Zamani bagitahu hal sebenarnya.

Zamani ni pilot kat Sabah Air. Mikha pulak datang ke Sabah sebab urusan bapa dia tapi hubungan mereka ni jadi lebih rapat selepas Mikha kehilangan bapa dia yang eksiden kat Sabah masa tu.

Cerita ni agak mendatar dan sangat sempoila. Ringan... Layan ajerla.. Nak tengok Phiranna tapinya dah setengah jam main. Nak tak nak tengok ajerla....

Rating nak bagi 3/5 hehe...

Jom tengok trailer filem ni





Read more ...

Soalan bocor NESTLE Sempurnakan Harimu

Dah lama berlalu pasal contest ni. Tetiba semalam saya beli air milo kat cinema sibuk dok telek bekas tu rupanya soalan yang saya kena jawab masa cabaran SMS tu terdapat kat bekas air milo. Rugi tak beli awal-awal dulu.

7 Jun kuar citer ni...tak sabar nak tengok 2 movie ni. bestla

member saya ni. BFF...

Inilah soalannya. Masa tu kena jawab betl  atau salah jer

Ini lagi satu soalannya. Memang sibijik kuar soalan ni

Semalam saya tengok cerita  Gerimis Mengundang... not bad ar... kalau rajin saya buat review yer

Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...