Demam Betek pulak

Mesti korang tak pernah dengar lagu ni.
Sebenarnya saya pun takkan tahu lagu ni kalau tiada konsert Erma Pesona last week. Ema Pesona? Siapa pulak tu? hihi..penyanyi dikirla. Satu gang dengan Adek Wani dan Rosalinda Ayamoer!
Dengar lagu dikir ni best jugak sekali sekala.. Ada yang versi rancak dan ada yang versi slow motion. Biasanya orang Kelantan memang sukala. Minah0minah  ni agak seksi dan pandai gelekla.
Budak2 muda suka sangatla. Pastu masa persembahan Erma tu adalah lagu 'Betek' ni. Syok jugak..muzik rancak! Sampai sekarangla budak2 yang datang tempat saya ni mesti pasang lagu tu. Demam Betek katakan..


Jom layan lagu rancak petang2 yang mengantok ni!
Read more ...

Giveaway tahun baru 2012 oleh Ummi Hanie

Ini adalah sticky post sehingga 31 Januari 2012


Cantik banner!
 Giveaway yang dianjurkan oleh sahabat maya saya...

Lin nak tag kakyong, puanbee dan cikpuanhady untuk join giveaway ni. (Saya akan shout pasni kt blog mereka...)
Walaupun masa masih lambat lagi, baik buat cepat2 sementara ada ruang waktu ni kan.
Saya ni kalau bab entrui kreatif tak pandai sangat. Oppppssss! Jangan salah faham pulak yer. Bukan perlukan entri kreatif pun. 
Untuk tengok syarat2 dengan lebih lanjut apakat terjah ENTRI GIVEAWAY UMMIHANIE

nak markah tambahan kena buat beberapa step lagi. Harap2 ada luck! amin...

Screen shot :

untuk bonos tambahan lucky draw!

Ping entry di wall FB
Tweet entry
Google + entry



p/s : jgn lupa follow blog penaja tau!




Read more ...

Nuffnang dan Buffered Earning

Ini entri sedih...
hihi..
dah dekat 2 bulan saya tak dapat BE baru.


Last bulan 11 tahun lepas. Itu pun di blog contest.

Amaun pun baru RM32. Nak cash out pun tak lepas lagi. Last cash out hujung bulan 11 lepas. 
Nuffnang, bagilah BE baru supaya menari2 kat blog saya yang berwajah baru ni. 

Apakah tip2 nak dapatkan buffered earning ni yer kawan2?

Read more ...

Keputusan Anugerah Juara Lagu 26

Berdebar nak tunggu keputusan AJL 26
Saya tengok sbb lagu kegemaran saya masuk.
Kisah hati-alyah dan beribu sesalan


Keputusan AJL 26


Juara : Awan nano
Naib juara : Beribu sesalan
Ketiga : Karma


Persembahan terbaik : Alyah - Kisah Hati
Vokal Terbaik - Hafiz - awan nano


Suka hafiz sebab dia sempoi! Pakain sangat kasual..t-shirt dan tracksuit jer...
Tema AJL kali ni ialah "air"...pasal arus muzik yang tak pernah berhenti.


Apapun suka dengan pengacara Faizal FBI..lawak dan sempoi!


Lagu AWAN NANO memang layak menang pun...
Read more ...

Ubat batuk jenis apa yang OK?

Assalamualaikum...
Pagi ahad ni...apa plan? kan cuti...
Saya rilex2 jer kat umah. 3hari lepas demam tapinya demam time nak malam jerla. Siang tu masih aktif dengan pelbagai program. 
Sekarang ni pulak, gejala batuk sedang dialami oleh saya. Sungguh tak tahanla...Tak boleh tido malam. Terjaga jer sebab terbatuk-batuk! Padahal dah minum ubat batuk,dah isi vicks kat tempat yang sepatutnya... Dah 3 malam ni tak dapat tidur yang lena. Minum jer ubat batuk tu tak samapi setengah jam dah mengantuk...
inilah dia ubat batuk yang membuatkan saya cepat sangat mengantuknya! Korang ada tak cadangan ubat batuk yang ok2 ni. Breacol? kelapa laut afrika...hurmmm...lagi?
Read more ...

Rahsia Muda Jelita Dengan Soy Collagen

Kalau sebelum ni saya pernah memperkenalkan satu produk iaitu Cocoa Collagen Power Plus, kali ni ada lagi satu produk yang ala2 untuk awet jelita jugak. Hehe..duta produk...
Mesti nak tahu pasal testimoni minum cocoa collagen tu kan.
Ok jer. Saya boleh minum...tapi saya kurang minat koko ni. So, saya try produk lain pulak. Member saya beli sekotak, saya mintak beli dengan dia jerla tapi dia kasi jer rasa!
Alhamdulillah..rezeki..


inilah Soy Collagen Premium daripada Nurbeautyline

Minuman Soy Kolagen :
* Formula melambatkan penuaan
* Formula anti penuaan yang cepat dan mudah
* Rasa sihat dan kelihatan muda

Produk ini mengandungi 2 ramuan utama:


* Soya – Berfungsi sebagai bahan semulajadi untuk memulihkan dan melembutkan kulit. Ia juga membantu mengurangkan paras kolestrol dan suhu badan dan member tenaga yang diperlukan oleh tubuh kita.
* Kolagen – Kolagen ialah bahan semulajadi yang mengeluarkan cecair dalam tubuh kita untuk membekalkan struktur kepada organ yang berbeza. Kolagen memainkan peranan untuk menjadikan kulit kita kelihatan sihat, muda, lembut dan sekata. Berpunca dari factor-faktor seperti peringkatan usia proses pengeluarkan kolagen berkurangan dalam tubuh kita. Dengan kolagen hasilnya garis-garis halus dan kedut-kedut akan berkurangan dan penampilan wajah yang sihat. Penggunaan secara konsistan mengikut dos yang dicadangkan akan mengekalkan kesihatan dan wajah yang muda dan kulit yang sihat. Sekaligus menghalang proses pengeluaran keduk-keduk dan garis-garis halus yang baru


Inilah hasilnya. Sedap...



Read more ...

Rezeki Top 50 Entri Kreatif

Kalau siapa2 yang biasa dengan nuffnang emsti dah biasa dengan contest yang mereka anjurkan.
Malam tadi check email pasal menang top 50 ni.
Contest yang makeover nippon tu.
Kalau masih tak ingat jom terjah entri makeover bersama nippon tu---> I LIKE NIPPON BECAUSE




Dapat flush toys tapinya kena collect ar plak....
Hurmm...saper lagi blogger yang menang jugak ? mesti ramai ni... Contest ni tahun lepas lagi...lama sangat dah...hadiah grand make over kita punya bilik! Best kan kalo dapat...
Result contest tu TENGOK SINI

Tolonglah saya sekali....Jauh sangatlah nk g collect..kalau dapat ipad 2 barulah berbaloi2...

Rezeki yang ke-4 bulan Januari...amin...

Read more ...

Exabytes bagi Cash Voucher pulak!

Semalam dapat sampul surat dari Exabytes lagi.Ingatkan dah dapat cek yang seterusnya...hihi..rupa2nya dapat kad Starbucks menang RM10 cash voucher. Ok jugak bagi dalam bentuk kad camtu. 



Saya menang lucky draw kat facebook Exabytes. Journey To The Cloud..
Diorang sedang buat lucky draw untuk menang ipad dan iphone 4s jugak sekarang ni. Jom cepat jenguk kat Exabytes FB

Apapun saya memang suka dengan Exabytes ni. Tunggu next cheque plak...hehe

Read more ...

Cek Exabytes Ang Pow untuk saya

Seronok lagi! Lepas dapat spy pen tu, dapat pulak cek daripada Exabytes. Ala..pasal iklankan banner di blog tu. Ini adalah kali kedua saya dapat cek pasal advertising ni. Just apply then kalau cukup syarat terus diapproved. Sampai masa dapat cek! Bestnya hidup sebagai blogger........Itu baru RM50..belum lagi yang cecah ribu riban tiap bulan kan. Oh yer! Exabytes sedang mencari lagi 100 blogger tu. Saya dah apply dan telah diterima...tunggu cek lagi yang bakal  menyusul :) Rezeki...alhamdulillah...
Cek Exabytes sampai di kala nak hujung bulan..tau2 jer kan. 



Cek ni paling cepat dapat! Exabytes memang cekap! Apply masa 28 Disember 2011 yang lepas. Tak sampai sebulan dah dapat cek!
Read more ...

Menang saguhati Kit Kat - Rezeki ketiga Januari

Berhajat nak menang ipad 2...tak kesampaian lagi nampaknya.
Takpela...terlekat jugak rezeki untuk saguhati...Masa result keluar check takde pun nama tersangkut. Esoknya ada orh Kit Kat call kata menang saguhati. Rupanya saya tak scroll ke bawah. Nama saya di list last sekali. Okeyla kan...terlekat jugak nama tu.



Sekarang ni ada contest yang Nestle tu. Jom kita mencuba nasib beramai2. Kena bukti pembelian. Manalah tahu tersangkut nama dapat Samsung Galaxy tab ker pulak (berangan....)

Kan best kalau bertuah macam cutemum tu ke,  sis suzi fadzilah...yang menang ipad dah 3 x! syoknya...bilalah pulak turn saya erk
Read more ...

SPY PEN - HADIAH KEDUA YANG BEST

Kenal dengan Usahawan terkenal En. Shahabudeen Jalil?
Jikalau ingin mnegetahui serba ringkas pasal beliau, jom terjah entri en.shahabudeen jalil usahwan muda yang berjaya dalam bidang borong ke China.
Saya sangat bertuah kerana beliau telah menghadiahkan saya satu produk yang memang saya teringin nak beli pun. Spy pen! Kisah spy pen telah saya ceritakan di entri sebelum ini.
Kini, spy pen tersebut telah selamat saya terima dengan baiknya pada hari Sabtu yang lepas. Suka sangat!
Jom tengok rupanya yang sebenar.
inilah rupa bungkusan spy pen tu! kotak luarnya

bila dah bukak, inilah isinya. Ada 2 komponen pen yang perlu dismabung serta set kabel nak transfer ke pc.

inilah dianya spy pen tu! Saya pun lum guna lagi. Kena baca instruction dulu baru tahu nak guna...

Pasni lehla bawak g mana2 dan spy! syoknya!

THANK TO EN.SHAHABUDEEN di atas hadiah BEST ni...

Read more ...

Topap RM10 hasil jawab survey dah dapat!

Di hujung2 bulan macam ni, tetiba dapat topap free...kan ebst tu! Itulah untungnya seorang blogger. Biasanya info yang yang kita dapat lebih cepat daripada orang yang bukan blogger! Setuju x? 
Topap bernilai RM10 ni dapat sebab antara yang terawal jawab survey pasal rasuah yang dijalankan oleh Institut Belia Malaysia. 5000 orang yang terawal...



Jawab survey yang hanya mengambil masa 3-4 minit jer...okla kan...
Read more ...

Nak awet muda? Tryla Cocoa Collagen Power Plus

Sekarang ni kebanyakan wanita sibuk pasal collagen kan. Yela...nak mengembalikan keremajaan. tambah2 umur macam saya ni ha yang dah over 25thn! hurmm..mestilah menitikberatkan pasal kecantikan. Lagipun ini adalah salah satu produk untuk kesihatan.

Selepas mengusha pelbagai produk di pasaran, saya pun teruja nak try produk Cocoa Collagen Power Plus ni. Tapi saya beli trial pack jer dulu. Nak tryla tekak ni boleh minum ke x..kang tak pasal2 beli sekotak membazir jer. Trial pack RM10 (5 sachets) + RM1 (postage biasa) kedekut taknak guna pos laju! bukan apa..saya buakn nak urgent pun. lagipun kadang2 tu guna pos laju sampai lambat jugak! Tapikan, not bad ar, dalam 3 hari dah sampai ke umah saya tau! 
Inilah loose pack Cocoa Collagen Power Plus


Apa itu Kolagen ?

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.
Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi,  dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.

KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN

  • memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • memelihara kelembapan kulit
  • menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • menguatkan otot dan tulang
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  • memelihara  kelenturan sendi
  • mengurangkan keradangan(inflammation)
  • memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf

KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

TANDA TANDA PENUAAN

  • kulit kusam
  • tak bermaya
  • tiada seri
  • kulit kedut dan mula kendur
  • pigmentasi kulit 
  • cepat letih dan lesu
  • sakit badan dan sendi
  • mudah lupa
  • kurang penglihatan



Korang minum collagen apa? Kan ada macam2 kat pasaran sekarang. Soy Collagen, NUtribeaty Collagen, D'herbd Collagen dan macam2 lagi. Produk kosmetik pun dah ada yang berasaskan collagen contohnya lipstick collagen daripada Sendayu Tinggi.

Apa yang penting, kena jaga kesihatan dan amalkan pemakanan yang sihat mulai sekarang.

Read more ...

Seronok dapat hadiah pertama Januari


Email daripada penganjur. Seronok! Target nk HTC Phone tapinya dapat 3rd proze jer. Tak tahu hadiah apa sebab penganjur tak mention pun hadiah apa. Contest ni daripada FB. Sempena christmas...


Inilah hadiah2 yang saya dapat.

1) Set keyboard dan mouse yang sgt awesome! Tapi simpan jerla sebab kat umah dah takde desktop. Set tu kaler hijau dan sangat cantik tau. Agak2 kalo nak jual ada x yang nak beli erk...
2) CD universal studio. penyanyi omputeh..saya pun xkenal..hehe
3)Toys..kalo tak silap android toy tu. Suka!
4) Google pny hiasan. Kita cucuk kat usb port pastu menyala dengan changing color! so nice...

bestnya kalao menang ipad 2 takpun iphone 4s! 


Read more ...

CARA UNTUK MENINGKATKAN TRAFIK BLOG

Ada sesiapa tahu cara untuk menaikkan trafik blog?
Blog saya ni average 200++ jer sehari...
Kalau saya blogwalking tu bolehlah mencecah sehingga 300++ sehari.
Sengaja gatal tangan nak apply INNITY. 
Tetapi...


SORRY, your application is disapproved



"Thank you for your application to join Innity Performance Network. After a few rounds of review by our team, we have found that your site now does not yet meet our network criteria, due to Low Traffic. Therefore, we are unable to accept you into our network. We do believe in the potential of your site to grow substantially over the years and we are still open to future cooperation.
We have to ensure the effectiveness of Performance ads for our publishers and our advertisers. Hence, we review all publishers, and unfortunately we have to reject certain applicants. "

Tapi, saya sangat bersyukur sebabnya blog saya dah ada peningkatan. Trafik tetap masuk even  saya tak online sehari. Maybe ada keyword panas kot kat blog ni.haha

Yang penting, saya amat berharap agar suatu hari nanti saya boleh mencapai target nak jadi macam blog kakyan , puan bee, cikgu dahlia dan paling best macam blog DENAIHATI - Hidup Untuk Memberi

Sekarang ni sedang berusaha meninggalkan komen bila blogwalking tu. Lepas tu join segmen yang dibuat oleh blogger2 supaya dapat menambahkan kenalan blogger. Best berada di alam blogger ni.

Cara lain ialah join contest atau giveaway sebagai tanda sokongan kita di samping memenangi pelbagai hadiah best yang telah disediakan.

Apalagi cara untuk meningkatkan trafik yer? Nak bermain dengan SEO memang tak reti.

Read more ...

Segmen : Jom blogwalking!

Dua date : 20 Jan 2012 - 12 a.m

Jom meriahkan segmen di samping menambaahkan kenalan.


Read more ...

WW - Bila Rasa Ini Menghampiri


Kredit : google

Kadangkala terasa jiwa ni kosong...
Kadangkala tak tahu apa yang diri ni nak...
Kadangkala terasa macam nak pecah kepala...

Tak suka bila rasa macam tu datang!
OH TIDAK!!!!!

Rasa nak g HOLIDAY tepi laut jer bial macam ni...
Read more ...

SPY PEN HADIAH DARIPADA USAHAWAN TERKENAL



Ini adalah sebuah pen yang juga berfungsi sebagai video camera. Pen ini sangat berguna untuk merekod video.
kapasiti : 4 GB

Saya telah menerima lamaran daripada en.shahabudeen untuk membuat review pasal kursus serta trip borong ke china dan beliau telah memberi penghargaan untuk saya memilih samada mahukan ikan remote control ataupun spy pen.
Jadi, saya telah memilih spy pen sebabnya senang nak rekod nanti. Cambest jerkan. Tak sabar nak tunggu sampai. En. Shahabudeen kata insyaAllah dia akan postkan arini.

Siapa yang berminat pasal kursus borong ke china ni cepat terjah website beliau untuk mengetahui masa kursus yang terdekat. Di samping itu, ilmu keusahawanan turut diperturunkan kepada bakal2 usahawan.
Read more ...

PRODUK NAK GEMUK DAN NAIKKAN BERAT BADAN

Saya teruja nak google pasal beberapa produk untuk menaikkan berat badan disebabkan salah seorang kawan saya ni yang terlalu kurus! Dia mintak tolong saya carikan tips nak gemuk ni. Saya nak kurus, dia nak gemuk! macam2la...
Melalui hasil pencarian saya tadi, saya adalah jumpa beberapa produk nak gemuk ni. Nak cakap pasal tip pun saya rasa orang yang nak gemuk ni selera makan memang dah besar! Malam2 pun still makan benda yang berat2 dan banyak kali sehari jugak makan.

Yang ni saya terbaca kat satu forum ni pengalaman seorang pengguna tu. Beratnya 37kg dengan ketinggian 152cm jer. So, dia kata dia try satu produk sendayu tinggi.Namanya Syncro Energy. Berat badan beliau skang dah naik jadi 42kg...


Inilah rupanya produk tu. Saya petik beberapa info pasal  produk ni dari WANITA2U.COM

SUMBER INFORMASI:
Kandungan Bahan Aktif:
 Sholagogue
Memanaskan badan dan mengeluarkan air berlebihan agar payu dara seimbang dan kembali kepada bentuk asal.
 Deobstruent
Dapat mengatasi masalah kulit berkedut dan mengelambir di samping meningkatkan tenaga dan menghilangkan kelesuan.
 Lactagogue
Akan meransangkan kelenjar supaya menghasilkan susu yang banyak hanya untuk ibu yang sedang menyusukan anak.
 Parturifacient
Bertindak aktif menyegarkan payu dara dan mengekalkan keremajaan kulit.
SIMPTOM AWALAN:
 Pada peringkat awal, buah dada akan berdenyut kerana ia sedang menegangkan buah dada yang telah kendur.
 Selera makan semakin bertambah.
 Warna puting menjadi lebih cerah.
 Keinginan seks meningkat.
 Kulit menjadi lebih cantik.
 Bagi ibu menyusukan anak, air susu menjadi banyak.
 Puting susu menjadi gatal.
 Kerap buang air kecil.
 Mengeluarkan keputihan.
Antara Kebaikan Dan Kelemahan Syncro Energy:-
Syncro Energy adalah sejenis produk yang dinantikan oleh wanita dimana ia dapat menegangkan payu dara, mencantikkan dan awet muda. Walau bagaimanapun, hanya wanita tertentu sahaja yang bolh mengambilnya.
 Wanita gemuk tidak dibenarkan ambil Syncro Energy bersama Slimming Set sekaligus kecuali jika berjaya menurunkan berat badan antar 8-10 kg.
 Selera makan akan bertambah dan keinginan seks meningkat. Wanita kurus digalakkan mengamalkan Syncro Energy.
 Wanita yang menyusukan anak boleh mengamalkan produk ini. Ia tidak menggemukkan kerana vitamin yang ada pada ibu akan diberi kepada bayi.


Mungkin produk ni boleh membantu. Tapi, saya tak pastila orang belum kahwin boleh ke tak ambil produk ni yer.

Ada satu lagi produk ni. Namanya ALFAFA TONIC R95
Produk ni dijual oleh Kak Zue -----> kedai online kak zuzila
Silalah berkunjung ke blogsho beliau yer untuk lebih penerangan.

Ada jugak kawan saya sorang ni yang minum pati ikan haruan untuk gemuk...macam2la kan..depends pada orang jugak kan.

Siapa yang pernah try  lagi produk lain selain weight gain untuk menaikkan berat badan. Saya ni makan jer banyak sikit sure dah naik...
Ada jugak yang kata kena bina muscle baru leh naik berat badan. Betul ker erk?

Kalau terlalu kurus memangla penampilan pun agak kureng kan. Tapi, syoknya kalo saya kurus....hehe...


Jom Langsing!!! Dapatkan caranya di SINI
Read more ...

PM DATANG KAMPUNG SAYA NAIK HELIKOPTER

Semalam dan hari sebelumnya memang bising sikitlah kat tempat saya dengan helikopter. Al maklumlah PM nak datang mendarat kat padang sekolah. Dari umah saya jelaslah nampak padang tu. Saya tak g tengok pun apa yang berlaku cuma baca jer kat paper arini. 
Peneroka bakal dapat durian runtuh lebih RM500...rezeki ma aboh...amin...

Sumber : UTusan 


Peneroka bakal dapat durian runtuh lebih RM500 seorang


Najib Tun Razak bersalaman dengan ahli persatuan Al Wardah Pahang ketika hadir untuk merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan Dan Pendidikan Al Wardah Pahang kali pertama 2012 di Felda Chini Timur, Pekan, semalam.


PEKAN 15 Jan.- Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peneroka Felda di seluruh negara bakal mendapat durian runtuh selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia pada Jun ini.
Menurut Perdana Menteri, ini seperti mana yang beliau nyatakan dalam Bajet 2012 lepas iaitu peneroka Felda akan mendapat durian runtuh.
"Jangan bimbang, kita tidak akan rugi dalam penyenaraian tersebut, sebaliknya kita akan mendapat keuntungan lebih besar.
"Justeru, saya akan umumkan banyak mana seorang dapat hasil daripada penyenaraian itu pada masa yang sesuai," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Pendidikan Al-Wardah Pahang kali pertama di Felda Chini Timur di sini hari ini.
Menurut Najib, masyarakat peneroka tidak perlu berasa bimbang dan jangan mempercayai hasutan pembangkang yang mengatakan penyenaraian itu akan merugikan mereka.
"Saya jamin bila FGVH disenaraikan, semua insentif yang dinikmati selama ini seperti duit raya, bonus, pinjaman membesarkan rumah dan perumahan generasi kedua tetap diteruskan.
" Oleh itu, tidak ada sebab untuk khuatir kerana itu semua (hasutan) mainan politik, mereka (pembangkang) gusar kita mampu buat macam-macam sebab ia akan dapat sambutan daripada masyarakat Felda," katanya.
Sementara itu, Najib turut berkongsi dua petua dalam membentuk dan memajukan sesebuah pertubuhan atau kelab kebajikan sekali gus menampilkan imejnya di mata masyarakat.
"Setiap pertubuhan perlu memiliki seorang ketua atau pemimpin yang mempunyai hati yang ikhlas, jujur, berdedikasi dan tidak mementingkan diri sendiri.
"Ramuan kedua yang perlu ada ialah ahli-ahli kelab juga perlu mempunyai sifat sebagaimana ketua mereka selain berdisiplin, komited, setia pada pemimpin dan matlamat kelab," jelasnya.
Read more ...

Segmen : Mr. E'raz Fadli [Tingkatkan Follower dan Traffik ]

1. Follow Blog Mr. E'raz Fadli [ Wajib ]
2. Like Page Mr. E'raz Fadli at Blog [ Wajib ]
3. Buat Entri : [ Wajib ]
4.Tag 3 Orang Rakan dan Pastikan mereka tahu. [ Wajib ]
5. Publishkan entri tersebut. [ Wajib ]
6. Letak LINK ENTRI di bahagian komen ini. [ Wajib ]

Tag : Kakyong, ummi hanie dan cute mum

Nak meningkatkan trafik, haruslah join segmen camni kan...boleh kenal2 blogger lain
Read more ...

Jom Sertai Bloglist Wanblur


Last day ni..

ditag oleh kakyong

Balog saya ni kira rojak jugak tapi more to personal kot!

Lin nak tag myra join
Read more ...

Google Sitelink Hadiah Untuk Blog

Seronok!
Macam tak percaya jer dah dapat sitelink ni...
Nak lebih jelas lagi apakah sitelink? Tengok gambar kat bawah ni.

Sitelink adalah link-link yang muncul dibawah nama blog atau website hasil carian di google search

Kalau dalam blog/website dipanggil sitemap, tapi dalam google dipanggil sitelink. Sitelink ni boleh membantu blog kita agar lebih mudah diindeks di enjin carian google. Ibaratnya amcam hadiah dari google ar untuk blogger bagi memantapkan lagi blog! Tak pandai nak buat ayat dan tak pandai nak cerita lebih2. Yang saya tahu bila blog kita dah dapat sitelink ni kira okeyla. Pasal macammana boleh dapat sitelink tu saya pun kurang pasti. Nak kata trafik tinggi tu tipulah sebabnya blog saya ni trafik around 200++ jer sehari.

Itulah serba sedikit penerangan pasal sitelink ni yer. Nak lebih info bolehlah terjah blog2 yang terror pasal SEO ni macam blog kak kujie sedap tu ker, bro denaihati hidup untuk memberi,blog ariffshah (nak buang sitelink pun boleh tau)

Saya dalam proses nak menaiktaraf blog saya sekarang. Tapi mood malas tu asyik muncul jer. Geram betul ar.

Read more ...

Tempat Lepak Di Kuantan Yang Best

Kalau saya turun Kuantan, biasanya amlas nak fikir pasal kedai nak pi makan tengahari, jaid, di sinilah tempat saya akan bawak adik2 saya makan. Sekadar isi perot jer dulu. Nanti dah petang2 sikit boleh dinner. lagi best!
Saya akan mintak laksa penang biasanya. Bersama teh ais kegemaran

Makan dulu baru leh posing2...hehe

view kat Taman Gelora. Dekat dengan Pantai. Angin sepoi2 jer

Adik saya yang jadi photographer

Kalau datang Kuantan, datanglah menikmati suasana di Taman Gelora ni. Jalan menuju ke Teluk Chempedak. Memang kawasan rekreasi seisi keluarga. Boleh jogging2 jugak. Ada tempat duduk...Kedai makan pun banyak kat area situ. Taman permainan pun ada. Nanti saya snap yer.

Saya ada buat photoshoot bersama kawan di Taman Gelora ni--- > Sesi berphotoshoot mengada. Biasanya orang buat outdoor wedding jugak kat sini tau. More picture...






Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...