Istanbul Aku Datang Best

Akhirnya...
Berjaya jugak menjejakkan kaki ke panggung nk tengok cerita Istanbul Aku Datang! Thanks to him sebab sudi temankan tengok citer tu walaupun tak berapa nak minat yer :) hehe...

Trailer filem ni  mmg best kan...


Review daripada saya 

Dian (Lisa Surihani) datang ke Istanbul untuk berdamping dengan boyfrennya Azad (Tomok) supaya dalam tempoh 3 bulan Dian belajar kat situ dia nak plan supaya Azad propose dia. Dian amik short course kat Istanbul tu manakala si Azad tu amik medic.
Dian dengan Azad ni bercinta sejak zaman sekolah lagila..kiranya bertahun2la kisah cinta diorang ni. Masa kat Istanbul tu Dian terpaksa menyewa satu apartment dengan seorang lelaki, Harris ( Beto Kusyairi) disebbakan dia ditipu oleh pak Arab ni. Dian takde duit nk pindah rumah lain. Macam2 insiden berlaku antara Dian dan Harris ni. Bertengkar sokmo...Tapi Azad tak tahu pasal Dian menyewa dengan lelaki ni sehinggalah kantoi satu hari tu. Teruslah break! Si Azad ni plak rupanya dalam diam ada pasang perempuan lain. Manalah tak hancur hati Dian ni kan...
Dalam masa break tu, Harris dengan Dian dah baik gara2 Harris kasihan pada Dian. Harris ni pun ada menyimpan rasa cinta pada Dian. Sebelum Dian balik Malaysia, si Harris ni bawak Dian jalan2 kat Istanbul tu. Dian jatuh hati pada Harris jugak masa tu. Tetiba Azad cari Dian balik terus propose ajak kawen pastu nak balik Malaysia dengan Dian. Masa tu Dian kena pilih antara Azad (kekasih lama yang bertahun dia kenal) pastu Harris (kekasih baru yang tak sampai 3 bulan dia kenal)

Last2 Dian pilih Harris..Hurmm..percintaan yang bertahun tidak menjanjikan perkahwinan kan. Itulah lumrah.takdir dariNya...Dian memberi peluang kepada Harris tapi bukan peluang kedua buat Azad.

Kesimpulannya..cerita ni sangat enjoy! Dian ni blogger jugak tau.. 
Cerita romantik komedi yang boleh dilayan...

Rating star nak bagi 3.5 /5





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...