Gubahan Coklat Doorgift atau Hantaran

Pada Sabtu n Ahad lepas saya berpeluang untuk mneghadiri kursus Asas Pembuatan Coklat di Kolej Komuniti Rompin. Kursus tersebut anjuran PERISDANITA. Sangat hepi sebab dapat menambahkan ilmu pengetahuan di samping mengisi masa lapang di hujung minggu.
Bayaran ditanggung separuh oleh PERISDANITA. Peserta kena bayar RM35 jer. Kira berbaloi sangatla sebab kos bahan2 tu agak mahal!
Jom tengok gambar sepanjang 2 hari berkursus.

Bahan2 yang diperlukan untuk menghasilkan coklat gubahan

tara! bersama hasil coklat yang telah siap... bentuk bunga ros dan bunga ape ntah

Yang ni bentuk daun. Kaler tah paper kan

Cikgu sedang bagi penerangan. Ini acuan yang kita gunakan yer puan-puan

Proses meleburkan coklat. Ada 3 jenis coklat iaitu coklat gelap (rasa kurang manis dan pahit sket) ; coklat yang manis sbb campur susu tepung, pastu coklat susu (Sepenuhnya susu tepung dan bewarna putih)

bersama adik ipar di hari kedua. Belajar buat lolichoc dan packaging

Inilah hasilnya. Gubahan bunga coklat! Lagi cantik jika tambah hiasan bunga kecil-kecil kat coklat tu.
Boleh dibuat sebagai hantaran kahwin atau tunang tu

Inilah dia lolichoc (yang ada batang tu) boleh buat sebagai doorgift event.
Yang dalam bekas tu oreo choc sbb dalam tu ada biskut. lagi bertambah cantikjika letak riben pada kotak coklat tu.

Dah dapat bayang nak buat bisnes ni. Hehe... Dah tahu asas pastu terpulang pada kreativiti kita untuk menjadikannya lebih cantik.


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...