Tekanan Darah Rendah

Tetiba nak buat entri bab kesihatan sikit.
Kalau tak terjadi pada saya, takdenya saya berusaha nak ambil tahu. 2x saya check pasal tekanan darah dan keputusannya adalah tekanan darah saya rendah! Risau jugak..masa kali pertama tu okey lagi kot2la orang tu salah baca ker..tapi kalau kali kedua pun still sama, maksudnya betulla saya sedang mengalami tekanan darah rendah.
Cari punya cari info pasal ni, jom tengok dan baca serta amalkan jika anda juga mempunyai tekanan darah rendah seperti saya.



Tekanan darah merujuk kepada tekanan yang dikenakan oleh darah pada pembuluh arteri darah ketika darah di pam oleh jantung keseluruh anggota tubuh badan manusia. Tekanan darah di buat dengan mengambil dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut – 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman.
Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.
Sekiranya tekanan darah didapati sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa secara berlarutan seseorang itu dikatakan mengalami masalah darah tinggi. Pesakit darah tinggi mesti sekurang-kurangnya mempunyai tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat.
Cara-cara untuk meningkatkan tekanan darah...
  1. Banyakkan minum air putih
  2. Sesekali minum air kpi untuk meningkatkan degupan jantung sehingga tekanan darah meningkat.
  3. Ambil makanan yang mengandungi kadar kandungan garam yang betul
  4. Makan sayur bayam!
Punca tekanan darah rendah..
  1. berdiri terlalu lama
  2. tidak sarapan pagi
  3. kurang tidur
Okeyla...saya cuba mengamalkan apa yang saya dah baca ni. Nak tengok lagi sehari dua macammana.

10 comments:

  1. Kita serupa la... Dari belum kahwin smpi dh beranak sentiasa rendah... Time pregnant doc bagu iron suruh makan, tp darah pun tak beapa naik sgt...

    ReplyDelete
  2. dulu dni ada tekanan darah rendah. alhamdulillah skang da okay :)

    ReplyDelete
  3. Take Care Lin, moga tekanan darah kembali normal..

    Jgn abaikan tip2 tu semua ye..

    Kata orang banyakkan makan organ dalaman macam hati ka limpa ka lidah ka tp yela tak berapa baik nak makan selalu..

    Tp kerang pun ok gak, cuma asid tinggi la..

    ReplyDelete
  4. pernah pitam kat tempat awam x? darah rendah senang nk pitam

    ReplyDelete
  5. Darah rendah pun bahaya, darah tinggi lagi bahaya. Nak yang sedang-sedang je.

    ReplyDelete
  6. same with me dan nadia kerap sangat nak pitam........

    ReplyDelete
  7. tekanan drh rendah ye lin.. samelah kita. ada buat entri sebelum ni;

    http://ummihanie.com/tekanan-darah-anda-normal-atau-tidak/


    tp hanie xleh mkn bayam sgt sbb sejuk pulak... angin

    ReplyDelete
  8. kalu kerang dan kopi tak boleh makan langsung apa yang boleh diambil untuk ganti kerang dan kopi tu???????

    ReplyDelete
  9. Cuba shaklee supplemen..ia semulajajadi, tanpa bahan pengawet, pewarna perasa.. Ada testi yg ambik set optimum shaklee... Selera mkn dia ok..tekanan darah dia kembali normal..dah jarang pening kepala n pitamm..selera mkn bertambah.. Boleh hubungi say di 0125706701 boleh juga lawat blog saya di http://liyanasonestop.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...