Filem Battleship best

Korang dah tengok ker cerita Battleship ni?

Saya baca review orang yang dah tengok kata best! siap bagi star 5/5 lagi tau
Sangat best...Dek terpengaruh dengan review orang saya pun menyelitkan masa yang ada untuk ke panggung menonton cerita yang hangat itu.
Saya masuk dah hampir 10minit lewat..so taktau apa cerita mula2nya tu. Tak kisah pun xtgk pada awalnya sebab awal2 biasanya intro yang tak best sangat pun.
Ceritanya ala2 sains fiksyen gitu. Memang bestla. Kisah pertarungan antara navy dan alien. Menggerunkanla tengok..seriau! Jantung ni dup dap jer tengok sepanjang masa berdegup pantas.



Tak sia2 membelanjakan untuk tiket RM6 seorang untuk menonton cerita aksi yang sangat best ni..layan habisla...

Jom tengok review sikit filem ni. Yang saya ambil dari sini

"Alex Hopper (Taylor Kitsch - John Carter) merupakan penggangur yang suka mencari masalah. Ketika meraikan harijadi bersama abangnya Stone Hopper (Alexander Skargard - Straw Dog, 13), beliau sekali lagi mendapat masalah apabila memecah masuk kedai runcit untuk mendapat Chicken Burito bagi memikat Sam Shane (Brooklyn Decker - Just Go With It). Ini membuatkan abangnya berang memandangkan Sam ada anak perempuan kepada Admiral Shane (Liam Neeson - Wrath Of The Titan, Clash Of The Titan, The A-Team) yang merupakan Laksamana US Navy. Abangnya memberikan kata putus agar dia turut menyertai Navy.
Setelah menyertai Navy, Hopper bertunang dengan Sam, akan tetapi, dia masih seorang yang tidak bertanggung jawab dan suka mencari masalah walaupun diketahui sangat berbakat. Ketika US dan beberapa negara lain (Malaysia pun ada disebut) melakukan exercise (latihan ketenteraan laut), mereka dikejutkan dengan pendaratan kapal aneh yang kemudiannya memerangkap mereka dalam satu "Shield" dimana mereka tidak dapat dihubungi oleh dari luar. Kapal aneh ini bagaimanapun terdiri dari ekspedisi 5 kapal yang menuju ke bumi. Ia secara kebetulan tiba setelah US dan NASA menghantar satu isyarat khas melalui satelit yang bertujuan untukberkomunikasi dengan sebuah planet yang dikatakan seakan Bumi.
Antara 3 kapal yang terperangkap dalam "Shield" tersebut, 1 diketuai oleh abangnya Commanding Officer of USS Sampson, 1 kapal kecil oleh Hopper dan 1 kapal milik Tentera Jepun yang diketuai Nagata. Setelah menyedari Kapal Asing tersebut memiliki teknologi yang sangat canggih dan boleh memusnahkan mereka sekelip mata. Mereka terpaksa menyerang dimana Stone Hopper dan anak kapalnya mati kemudiannya. Setelah kematian abangnya, Hopper terpaksa mengetuai Angkatan Kapal tersebut....."

Setelah kapal perang mereka musnah diserang alien,Hopper menggunakan kapal perang lama yangdijadikan muzium untuk berperang dengan alien tu. Semuanya old school tau! Strategi sangat penting untuk menewaskan pihak lawan. Teknologi canggih dilupakan sebab dah musnah semuanya..Kapal perang lama tu semuanya analog. Golongan veteran navy yang handle dibantu oleh golongan muda. Nak tahu kesudahan bagaimana dan rupa alien serta kapal perang mereka tu cepatlah menonton di pawagam sekarang.




4 comments:

  1. yup cite ni memang awesome :D best

    ReplyDelete
  2. dgr kengkawan citer pun cam best...kena wajib tgk ni

    ReplyDelete
  3. jelesnya bile tau org lain da tgk cite ni..http://ekynyoana.blogspot.com/2012/04/jom-tengok-wayang.html

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak jejak panggung wayang dengan suami, kalau ajak mesti bg alasan nak beli cd tengok kat rumah..huhuuu

    Teringin gak nak tgk movie baru kat panggung

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...