Review Filem 7 Petala Cinta

Akhirnya  saya berkesempatan juga untuk menonton filem 7 petala cinta tu.
Semua orang yang dah tengok kata bestla...not bad...
Lagila membuak2 nak tengoknya.

Saya amik tiket kul 6:05pm walaupun masa tu dah hampir 10min berlalu.

Time saya tengok tu masa tu Hamka iaitu tunang Saidatul Nafisa meninggalkan Madrasah Qalbun Salim untuk study di Tanah Arab. Kiranya mereka akan berkahwin bila Hamka pulang nanti. Tetapi, masa yang dinantikan tu bertukar jadi cerita sedih kerana  Hamka dipercayai terbunuh semasa kejadian letupan di Tanah Arab. Saidatul Nafisa terlalu sedih namun tabah meniti hari-hari yang berlalu. Aby Ikhwan, ayah Saidatul Nafisa telah berhasrat untuk menjodohkan anaknya itu dengan Attar. Attar ni sebenarnya  bekas penjenayah yang melarikan diri ke Madrasah tu. Dah jadi baikla kiranya. Attar pun memang dah jatuh hati dengan Saidatul Nafisa ni. Hubungan mereka bahagia sehinggalah muncul Nida, seorang pelacur yang menaruh hati dengan Attar. Insiden Nida yang menggoda Attar telah menyebabkan Attar dihalau dan dipandang serong oleh penghuni2 di Madrasah tu. Tapi ada 2 orang kawan Attar ni yang pujuk Aby terima Attar semula.

Dalam masa yang sama,  Hilma iaitu adik Hamka menaruh hati jugak dengan Attar ni tapi dia sangat sayangkan hubungan persaudaraan dengan Saidatul Nafisa. Jadi, dia mengalah jerla...
Berbalik semula kepada kisah Attar yang dihalau ni. Last2nya si Nida ni mengaku yang dia yang bersalah dalm insiden tu. Attar memang seorang yang baik. pastu kawan2 Attar ni bawak Attar pulang semula ke madrasah tu. Masa tu si Attar ni kena tikam dengan penjahat masa dia kat bandar tu. Tak lama lepas tu, cinta antara Saidatul Nafisa dan Attar bertaut kembali.

Klimaknya masa hari perkahwinan Saidatul Nafisa dan Attar ni,  si Hamka muncul kembali. Jadi, apakah pilihan Saidatul Nafisa...hehe...
Antara Hamka, kekasih lama yang ditunggu atau Attar.buah hatinya yang baru...

Tapikan cerita ni bagi saya sangat bestla..unsur2 islamik! Bagus sangat untuk ditonton...

2 comments:

  1. alamak... apa ending nya??? siapa akhirnya yg terpilih... heheh

    tp kan kakyong tgk preview tu pun memang best..

    ReplyDelete
  2. http://akubencihacker.blogspot.com/2012/03/1st-giveaway-by-amna.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...