Bantu Adik Faris Yang Sakit Barah Darah

Assalamualaikum..
Pilu dan sedih apabila membaca kisah kesengsaraan yang dilalui oleh adik faris yang kini sedang terlantar di Sime Darby Medical Centre, Subang Jaya.
Adik Faris berusia 6 tahun. Pada awalnya Adik Faris hanya demam dan dimasukkan ke hospital sehinggalah disahkan menghidap barah darah.
Kesiannya..terasa sangat simpati dengan nasib anak kecil ini. Saya teringat bagaimana keadaan arwah mek saya yang terlantar di ICU Kubang kerian tahun lalu. Dengan wayar yang berselirat sana sini. Koma terus! sehinggalah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Saya hanya mampu untuk mendoakan agar Adik Faris boleh sembuh seperti sediakala. Hanya nukilan di blog sahaja mampu untuk menolong meringankan kos rawatan yang ditanggung oleh adik Faris.
Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah memasukkan duit ke akaun :

1140-1115-2218 atau 1628-5200-2738  Shamrulismawi IsmaiL


semoga bantuan yang diberikan boleh meringankan beban yang ditanggung oleh ibu dan ayah yang tabah ini.


SUMBER : MAZIDUL

Untuk lebih info pasal adik Faris ni bolehlah menjenguk ke --> KISAH ADIK FARIS DI BLOG MAZIDUL

1 comment:

  1. siannye .. kecik2 dah kena barah ... moga adik faris cepat sembuh...amin

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...