PM DATANG KAMPUNG SAYA NAIK HELIKOPTER

Semalam dan hari sebelumnya memang bising sikitlah kat tempat saya dengan helikopter. Al maklumlah PM nak datang mendarat kat padang sekolah. Dari umah saya jelaslah nampak padang tu. Saya tak g tengok pun apa yang berlaku cuma baca jer kat paper arini. 
Peneroka bakal dapat durian runtuh lebih RM500...rezeki ma aboh...amin...

Sumber : UTusan 


Peneroka bakal dapat durian runtuh lebih RM500 seorang


Najib Tun Razak bersalaman dengan ahli persatuan Al Wardah Pahang ketika hadir untuk merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan Dan Pendidikan Al Wardah Pahang kali pertama 2012 di Felda Chini Timur, Pekan, semalam.


PEKAN 15 Jan.- Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peneroka Felda di seluruh negara bakal mendapat durian runtuh selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia pada Jun ini.
Menurut Perdana Menteri, ini seperti mana yang beliau nyatakan dalam Bajet 2012 lepas iaitu peneroka Felda akan mendapat durian runtuh.
"Jangan bimbang, kita tidak akan rugi dalam penyenaraian tersebut, sebaliknya kita akan mendapat keuntungan lebih besar.
"Justeru, saya akan umumkan banyak mana seorang dapat hasil daripada penyenaraian itu pada masa yang sesuai," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Pendidikan Al-Wardah Pahang kali pertama di Felda Chini Timur di sini hari ini.
Menurut Najib, masyarakat peneroka tidak perlu berasa bimbang dan jangan mempercayai hasutan pembangkang yang mengatakan penyenaraian itu akan merugikan mereka.
"Saya jamin bila FGVH disenaraikan, semua insentif yang dinikmati selama ini seperti duit raya, bonus, pinjaman membesarkan rumah dan perumahan generasi kedua tetap diteruskan.
" Oleh itu, tidak ada sebab untuk khuatir kerana itu semua (hasutan) mainan politik, mereka (pembangkang) gusar kita mampu buat macam-macam sebab ia akan dapat sambutan daripada masyarakat Felda," katanya.
Sementara itu, Najib turut berkongsi dua petua dalam membentuk dan memajukan sesebuah pertubuhan atau kelab kebajikan sekali gus menampilkan imejnya di mata masyarakat.
"Setiap pertubuhan perlu memiliki seorang ketua atau pemimpin yang mempunyai hati yang ikhlas, jujur, berdedikasi dan tidak mementingkan diri sendiri.
"Ramuan kedua yang perlu ada ialah ahli-ahli kelab juga perlu mempunyai sifat sebagaimana ketua mereka selain berdisiplin, komited, setia pada pemimpin dan matlamat kelab," jelasnya.

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...