Nak awet muda? Tryla Cocoa Collagen Power Plus

Sekarang ni kebanyakan wanita sibuk pasal collagen kan. Yela...nak mengembalikan keremajaan. tambah2 umur macam saya ni ha yang dah over 25thn! hurmm..mestilah menitikberatkan pasal kecantikan. Lagipun ini adalah salah satu produk untuk kesihatan.

Selepas mengusha pelbagai produk di pasaran, saya pun teruja nak try produk Cocoa Collagen Power Plus ni. Tapi saya beli trial pack jer dulu. Nak tryla tekak ni boleh minum ke x..kang tak pasal2 beli sekotak membazir jer. Trial pack RM10 (5 sachets) + RM1 (postage biasa) kedekut taknak guna pos laju! bukan apa..saya buakn nak urgent pun. lagipun kadang2 tu guna pos laju sampai lambat jugak! Tapikan, not bad ar, dalam 3 hari dah sampai ke umah saya tau! 
Inilah loose pack Cocoa Collagen Power Plus


Apa itu Kolagen ?

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.
Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi,  dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.

KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN

  • memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • memelihara kelembapan kulit
  • menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • menguatkan otot dan tulang
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  • memelihara  kelenturan sendi
  • mengurangkan keradangan(inflammation)
  • memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf

KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

TANDA TANDA PENUAAN

  • kulit kusam
  • tak bermaya
  • tiada seri
  • kulit kedut dan mula kendur
  • pigmentasi kulit 
  • cepat letih dan lesu
  • sakit badan dan sendi
  • mudah lupa
  • kurang penglihatan



Korang minum collagen apa? Kan ada macam2 kat pasaran sekarang. Soy Collagen, NUtribeaty Collagen, D'herbd Collagen dan macam2 lagi. Produk kosmetik pun dah ada yang berasaskan collagen contohnya lipstick collagen daripada Sendayu Tinggi.

Apa yang penting, kena jaga kesihatan dan amalkan pemakanan yang sihat mulai sekarang.

7 comments:

  1. Dulu pernah minum yg ni.. rasanya okey je.. habis 2 kotak jugalah.. tp tak ingat sbb apa stop. Err.. sbb tak ada duit masa tu kot.. kih kih..

    ReplyDelete
  2. Elok sebenarnya kite as women take supplement mcm ni.. Or on kan cepat nak tua..

    ReplyDelete
  3. xpenah try lagi..blom bminat..hehe..

    ReplyDelete
  4. lebih best kalau akk kasi free..haha..

    gurau je yee :P

    ReplyDelete
  5. pernah amik CCPP ni, dah pernah jugak jadi agen jualan...
    tapi akak mmg jarang nak minum air2 instant ni..
    ni pun ada lagi tak abis tapi kat TM sana..

    ReplyDelete
  6. x de amik apa2 colagen pun.. ;)
    makan yg baik2 & sesuai jer.. ;)
    nanti boleh la buat review pasal coco collagen ni yer Lin

    nak ajak lin join segmen
    http://www.kakyong.com/2012/01/segmen-add-followers-and-friends.html

    ReplyDelete
  7. Salam semua, bagus amalkan kolagen ni saya dh try badan rasa ringan dll..
    jom jenguk tudung kt sini
    http://www.facebook.com/#!/zamnira?bookmark_t=page

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...