Kesilapan Dalam Ombak Rindu!

terjumpa info ni kat FB tadi..
Ada seorang blogger ni yang memang teliti bagi saya...dapat mengesan beberapa kesalahan dan kesilapan dari pelbagai sudut movie. Hampir semua movie dia kaji...Untuk suka2 katanya.
Saya ambil sikit jer dari blog beliau. jika nak tengok lagi silalah berkunjung ke blog GOOFSPOT yer
Saya ni kalau dah tengok cerita tu takdenya nak kaji2...jarangla nak perasan kesalahan...


6. Seorang hamba Allah muncul sedang sujud bersolat di tepi (saf hadapan) secara tiba tiba lepas tukar syot. Lihat di tepi skrin selepas syot bertukar. 

7. Semasa Haris baringkan Izzah, rambut yang berada di bahunya tidak jatuh ke belakang. Tukar syot, rambutnya berada di belakang badannya secara tiba tiba. 


P/s : korang punya azam 2011 dah tercapai ker?? Lagi 15min tahun 2012 akan muncul...umur pun makin bertambah ni
Read more ...

Jangan TERKEJUT yer...

kredit : google

Blog saya dah berubah!  Dalam sesi mengemaskini. Tapi still belum habis lagi.
Banyak benda nak kena setelkan.

Sempena tahun baru 2012...
Blog pun nak berwajah baru! hehe
Read more ...

IPAD 2 IDAMAN KALBU DI TAHUN BARU

Nak tanam azam...
Nak pakai ipad 2 jugak tahun depan..
Nak mengharapkan mennag contest or lucky draw macam takde harapan jer...
Opsss...kalaulah Denaihati sudi menunaikan impian saya mendapatkan gadget ni best jugak!


nak ipad 2...

Ke ada orang nak bagi sebagai hantaran kahwin erk ???? (Berangan ke aper neh?)
Read more ...

Episod Akhir Tentang Dhia Sedih!

Biarpun dah ramai yang menulis pasal ending Tentang Dhia ni, saya nk jugak tulis! Suka hati sayala kan..blog saya...lagipun tengah kering idea...hihi.
Semalam saya xtengok pun Tentang Dhia tu. Orang lain dah sibuk2 kat facebook cerita barulah saya tengok online. Sebenanrnya saya tak pernah miss tengok cerita tu tapi semalam ada kat luar. Terlepasla.
Apapun mujurlah satu blog tu yang dah siap download kat website dia. Sori kawan2..saya lupala nama apa website tu. Google2 terjumpa.. Mula2 tengok kat tonton.my tapinya gambar takde. Frust dah masa tu.

Ending yang sangat sedih! Sehidup dan semati.. Zikir dan Dhia
Betapa tabahnya hati Dhia menerima dugaan daripada keluarga mertuanya. Kesian dia time Zikir tidak mempedulikan lansung pasal dia. Banyak kali berlinang air mata masa tengok episod last ni. Mujur tengok sorang2 dalam bilik yang gelap..haha! 
Tak sangka ending macam tu. Tak pernah lagila kot selama ni tengok drama melayu yang last2nya hero dan heoin mati sama2...
Tapikan...jahatnya mak Zikir tu. Geram betol ar. Kalau takde watak ibu Zikir tu mesti jalan cerita hambar kan..hehe

Anyway, Nora Danish sangat cantik bila bertudung.



Read more ...

RM3 DISKAUN WATSON


Watson’s RM3 off discount coupon for Dove Daily Treatment Conditioner (180 ml, assorted range)

Redemption method:
 Print this coupon by clicking the link below and present it at any Watsons stores nationwide (except East Malaysia) to enjoy the offer.

Redemption period: 1st - 31st Dec 2011

Redemption outlet: Watsons Nationwide (except East Malaysia)

Terms and Conditions
*Coupon is only valid from 1 – 31 December 2011. While stock last.
*Print out and present this coupon upon purchase at any Watsons stores nationwide (except East Malaysia).
*One coupon is only valid for one purchase only.
*Coupon cannot be used with any other promotional scheme.


Read more ...

Exabytes 100 Blog Program is back!

Hi Sir/Madam,
Greetings from Exabytes!
Exabytes is back with our 100 blog project and would like to invite you to join us again in our blog banner advertising adventure!
Our terms are more or less the same as previous except for we have added a few small new terms.
You may read more at http://blog.exabytes.com.my/2011/12/28/exabytes-100-blogger-ads-program/ .
However, for you, we will be preparing the payment 4 weeks after the banner ads is up instead of 6 weeks.

In the mean time, we would like to also invite you to join our Facebook Contest to stand a chance to WIN an iPhone 4s, iPad 2 and 43 other attractive prizes.
The more you share, tag and submit, the easier you will be winning the contest.
You may read more information from here https://www.facebook.com/exabytes.com.my?sk=app_7146470109
Last but not least, do invite your friends to join us in our 100 blog program and our Facebook Contest.
Happy New Year and Happy 2012!

sumber : email saya...

p/s : sori..lately malas nak memikirkan caner nak olah ayat. terus copy n paste jer dari email..

cepat join tau! Manalah tahu ada rezeki..
Read more ...

Kesan bila takde mood

google

Saya sedang merasakan diri saya tidak ada mood. So, nak menaip entri pun memang malas. Idea memang takkan datang di kala begini. Jadinya, saya cuma blogwalking ajerla..kerja pun bertangguh...

Terima kasih kerana sudi membaca...


Read more ...

JAWAB SURVEY DAPAT TOPAP RM10! TERHAD 5000 ORANG

KAJIAN KEFAHAMAN DAN PERSEPSI BELIA TERHADAP RASUAH DI MALAYSIA

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, sedang menjalankan kajian bagi mendapatkan pandangan generasi muda berkaitan isu-isu rasuah di Malaysia.

Anda yang berada di dalam kelompok Generasi Belia yang berumur 21 hingga 40 tahun dijemput untuk menyertai survei ini. Jawapan ikhlas anda dapat membantu IPPBM dalam mendapatkan gambaran mengenai fenomena yang berlaku. Anda juga boleh “forwardkan” borang survei ini kepada rakan-rakan yang berumur antara 21 hingga 40 tahun.

Sebagai tanda menghargai jasa anda, IPPBM akan memberi sagu hati berbentuk nilai tambah pra-bayar (top-up credit) bernilai RM10.00 kepada 5,000 orang pertama yang menjawab survei ini. Nombor kod top-up akan dikirimkan melalui email kepada anda yang berjaya  selepas pihak IPPBM menerima kesemua 5,000 borang soal selidik yang dijawab oleh responden.

Untuk menyertai survei ini sila klik ke url >> Kajian Rasuah

Sekiranya tidak dapat klik pada pautan di atas sila copy dan paste alamat di bawah pada browser anda:

Read more ...

Pencarian Blogger Aktif Oleh Mialiana.com

Pencarian Blogger Aktif
25/12/2011 hingga 31/12/2011

Hurmmm...adakah anda yang kak mia cari?

Jom join segmen kak mia!

Saya memang dikira aktifla jugak coz everyday) especially working day) saya kan on9 serta blogwalking menerjah mana2 blog. Kadan2 kalau rajin saya akan join contest blogger. Setiap hari saya akan pastikan saya post at least one entry agar blog saya tak sunyi dan bersawang. Biasanya nak cover hari cuti mesti create autopublish post!

Syarat lain ---> Kena ada shoutbox! Baru jer isi semula sebab shoutmix kan dah nak berbayar! Buang terus akaun kat shoutmix pastu register kat ishoutbox pulak!

TERJAH DAN JOIN  SEGMEN dengan klik banner di atas yer :)
Read more ...

Bedak Ronasutra Plus Skin Theraphy Oil


Akhirnya tanpa memikirkan lagi pasal duit, sebab nak sangat sebebnarnya ni. hehe...saya beli jer apa yang saya memang nak dna inginkan. Kalau fikir duit abis, mesti takbeli punya. last2 duit belanja yang bukan2!
Seronok giler bila dah beli apa yang saya nak...
Saya dah start pakai bedak ronasutra tu. Besla...mmmg nmpk flawless tau. Saya beli dengan harga RM43 di kedai kat Kuantan Parade. Dia letak harga RM48 kasi less RM45. Saya katalah kat online boleh beli dengan harga RM43 pastu dia pun bagila harga RM43. Beli Natural Buff. Untuk lebih lanjut pasal bedak ni bolehleah refer balik entri saya yang ni--- > Bedak Ronasutra tu best ker?
Pastu masa tengah tunggu adik ipar saya balik kerja saya menyinggah kat farmasi assyifa yang berdekatan. Asalnya nak beli BIO OIL tu. Last2 budak tu rekemen kata yang COCOA BUTTER lagi elok, so saya pun belila. Sebenarnya tujuan saya nak memudarkan parut jerawat kat muka ni ha. Tapi saya tak guna lagi sebabnya VCO masih ada. Dah abih nanti saya baru nk try Skin Theraphy Oil ni.
Tak sabar nak menggunakan dua-dua produk yang memang saya dah lama nak ni. Disebabkan bedak ronasutra ni jugakla saya ke KP malam tadi semata2 nak beli kabuki brush kat guardian! Korang pernah guna tak produk2 ni??? share sikit sama saya......

Read more ...

PROMOSI BULAN DISEMBER PETRONAS

Jom berbelanja di Kedai Petronas bulan Disember ni untuk item seperti bawah. 



ada contest ni. Cepat beli


Dah beli untuk adik saya


saya suka kacang ni.


Sumber : mymesra









Read more ...

DiGi iPhone 4SURE I DO 1ST’

Teruja betul saya dengan Iphone 4s ni. Apa taknya!
SIRI tuh..
Seandainya saya berpeluang mendapat Iphone 4s ni tak kiralah secara free ataupun pinjam, apa saya nak buat dulu ialah tak lain dan tak bukan...Terima kasih FIRST kepada yang sudi bagi pada saya tu. DIGI nak bagi saya tak???
 ~mood  muka seposen~

TESTING THE SIRI FIRST!

Untuk sesiapa yang masih belum faham apakah SIRI tu. Saya nak explain beria tak panadai sangat tapi apa yang saya faham ialah SIRI ini adalahs atu teknologi di mana menggunakan suara sahaja sebagai arahan. Dasyat kan!!! Marvellous ar. Kita cuma perlu cakap jer pastu henfon (iphone 4s) tu akan jawab dan lakukan seperti yang kita arahkan melalui suara kita tadi. Untuk lebih faham, tengok video di bawah yer.

Sumber : youtube

Bila dah testing the SIRI tu saya nak nak bagi ma dan  abah cuba teknologi yang best tu! Ambil gambar atau video untuk mengabadikan kenangan dapat iphone 4s ni. Lepas ni kalau pergi mana2 tak perlu bawa kamera dah sebab dah ada iphone 4s yang best! Henfon lama bagi kat ma atau abah gunala sebab dah dapat iphone 4s....



p/s : berangan ni... kalaulah impian menjaid kenyataan...akulah manusia paling happy di dunia!





Read more ...

GiveAway by darkbatman.com

Siapa yang tak kenal blogger femes ni?
darkbatman!

Masa mula2 dulu memang saya ingat sokmo url blog ni sebabnya agak unik di mata saya. Macambest jer  kan...Cara penyampaian dalam blog pun sempoi dan mudah difahami. Disusuli dengan gambar2 yang mudah nak faham.
Tak nak cakap banyak lagi. Siapa yang nak join silakan ke blog darkbatman sekarang. Hadiah??? Seperti di bawah :


Syarat : kena tag! So, Lin nak tag blogger syue dan sis fadzilah

Tarikh tutup : 31 Disember 2011

Read more ...

Bedak RONASUTRA best ker???

Bedak ni memang glemer kan... Kebaikan memakainya pun memang banyak dah terbukti bila baca testimonial kat mana2 jer  pelusok internet ni. Namun, saya belum berani untuk mencubanya. Saya cuma pakai bedak pixy jer skang ni.

Kawan2 kat luar sana dah pernah pakai ker bedak ni? Okey x? Ada yang saya baca tu kata boleh hilangkan parut jerawat! Agak teruja dengan testimonial tu sebabnya kulit muka saya ni memang bermasalah sangat. Saya cuma sapu VCO jer sebelum tdo. Dah pudar sikit parut jerawat tu. Tapi kalo bedak ronasutra ni boleh hilangkan jerawat, nak jugak try! hehe

Tentang Bedak Ronasutra ni:

* Diperbuat dari 100% tanah galian asli & bahan mineral terpilih untuk melindungi, merawat dan merapi wajah anda. Berfungsi sebagai pelindung matahari, foundation serta bedak solekan. Bebas talkum, bahan sintetik, minyak, pengawet & pewangi.
* Melindungi kulit dari sinar UV matahari, habuk, kotoran & bakteria.
* Merawat & mengurangkan masalah jerawat & resdung, iritasi kulit disebabkan oleh "peeling", pori kulit yang besar serta kulit berminyak/kering.
* Sesuai untuk semua jenis kulit, umur & jantina.
* Boleh dipakai pada waktu tidur tanpa mudarat.
* Merapi & menyerikan wajah dengan hanya satu sapuan. Tidak perlu gunakan "foundation" berasingan. Serbuk halus & lembut, tidak kelihatan bertepung. Tahan lama & menghalang kulit dari berminyak.
* Formula halal & suci serta bebas pewangi boleh dipakai pada waktu solat/haji.

Yang penting tiada tarikh luput!

Harga : RM43

InsyaAllah dapat gaji nanti saya berhasrat nak beli jugak satu! Orang kata nampak jer sikit tapi tahan lama bedak ni...
Read more ...

Jadi jugak buat tutorial threader Comment ni

Setelah berhempas pulas...inilah hasilnya. Kalau ikut betul2 arahan pasti menjadi punya. Saya memang dah lama nak buat macam tu pastu cik puanhady ada buat post pasal tutorial ni teruslah saya terjah maribinablog nak test buat jugak. Alhamdulillah..tak susah mana pun.
Tapi, saya nk bezakan warna antara admin dan visitor tu. Try buat tutorial ada silap..Mungkin ada kesilapan sy tak sedar kot. Biarlah dulu.

Bila buat comment macam ni senang sikit nak reply kan..Takdelah komen yang kita reply berada kat bawah sekali tapi ikut pada komen yang kita reply tu. Elok jer terletak kat bawah komen yang kita komen tu! (tak pandai nak buat ayat. macam hampeh jer...sori...)

Korang taknak cuba ker? ------> TUTORIAL THREADED COMMENT


Read more ...

Dividen ASB 2011 7.65 sen, bonus 1.15 sen seunit

KUALA LUMPUR: Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

Agihan pendapatan itu meningkat 0.15 sen seunit berbanding agihan yang dibayar tahun lalu iaitu 7.50 sen seunit.

Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM7.04 bilion, meningkat 21 peratus berbanding RM5.82 bilion tahun lalu manakala peruntukan bagi pembayaran bonus pula sebanyak RM628.29 juta.

Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang unit yang boleh dikemaskini, mulai 3 Januari 2012.

Semua urus niaga ASB di ibu pejabat Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), pejabat dan ejen ASNB di seluruh negara akan ditangguhkan mulai 21 Disember sehingga 2 Januari depan.

“Prestasi ASB sepanjang 2011 adalah memuaskan meskipun pada suku terakhir, pasaran saham didagangkan dalam suasana tidak menentu dipengaruhi prestasi pasaran global yang terjejas berikutan ketidaktentuan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan krisis hutang Eropah,” katanya pada sidang media mengumumkan agihan pendapatan ASB, di sini, semalam.

Hadir sama Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman. 
Ahmad Sarji berkata, sehingga 15 Disember 2011, tabung ASB memperoleh pendapatan kasar RM7.19 bilion, di mana pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat menyumbang sebanyak RM4.09 bilion, keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat menyumbang RM2.25 bilion dan RM0.85 bilion disumbangkan pendapatan pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan lain pendapatan.

Beliau berkata, pengiraan pengagihan dan pendapatan itu berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan 2011, manakala pengiraan bonus pula berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan 10 tahun bermula dari 2002 hingga 2011.

Katanya, kadar pengagihan pendapatan dan bonus tabung ASB itu adalah kompetitif dibandingkan dengan instrumen pelaburan lain yang sesuai dijadikan perbandingan.

Sementara itu, Hamad Kama Piah, berkata pihaknya menerima sambutan yang menggalakkan daripada pemegang unit ASB untuk meningkatkan jumlah pelaburan masing-masing.

Beliau berkata, tahun ini penambahan dalam skim ASB melebihi RM13 bilion berbanding RM12.1 bilion tahun lalu.

“Peningkatan jumlah penambahan pelaburan dalam ASB ini menunjukkan pelabur percaya dan yakin dengan prestasi yang dicatatkan skim ini,” katanya. 



SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE

p/s : tak sabar nak update buku ASB neh....hehe
Read more ...

Semak Keputusan PMR melalui SMS

Insentif RM0.03 sen untuk anda! Claim kat MynewsHub yer 

Adik saya yang MRSM tu ambil PMR tahun ni. Mesti berdebar jer dia. Saya dah janjikan habuan yang agak best kalau dia boleh dapat 7A / 8A..harap2 dia boleh buatla. Kuat sangat main laptopnya. Entahla.. mungkin kat rumah jer balik sekali sekala dia lepaskan gian main laptop hampir seharian tau.

sumber : mynewshub

KUALA LUMPUR – Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 akan diumumkan Khamis ini.
Menurut satu kenyataan Kementerian Pelajaran Isnin, analisis keputusan PMR akan diumumkan di Putrajaya pada hari berkenaan.
“Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada hari sama,” menurut kenyataan itu.
Mulai tahun ini, kementerian memperkenalkan khidmat semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 yang diaktifkan mulai 10 pagi Khamis hingga 12 tengah malam, 28 Dis.
Maklumat lanjut berhubung khidmat pesanan ringkas (SMS) itu boleh diperoleh di laman sesawang kementerian www.moe.gov.my.
Seramai 481,292 calon menduduki peperiksaan PMR di seluruh negara tahun ini. – BERNAMA
Cara Menyemak Keputusan PMR melalui SMS
sumber : moe.gov.my


Read more ...

Risiko kurang tidur serta tip lena tidur


Entri ini ditulis sebabnya saya memang kurang tidur malam tadi. 3 jam jer masa saya beradu! Sungguh tak produktif bekerja pada hari ini. Dah alang2 nak buat entri smabil2 tu buat research sikitla pasal risiko kurang tidur ni. Humm...banyak efek negatif sebenarnya jika kita tidak mendapat tidur yang secukupnya tau!

Antaranya ialah :

Sumber : e-kesihatan
Kurang tidur boleh menyebabkan obesiti sebabnya ada sejenis hormon yang dikeluarkan iaitu ghrelin dan   menyebabkan rasa lapar! Jadi, memebuatkan selera meningkat.

83 peratus berisoko mendapat penyakit hypertension! Kurang tidur menyebabkan tekanan pada tubuh, memaksa jantung berdegup lebih pantas, kata pakar. 


Kurang tidur menyebabkan mata saya bengkak! Lebam di lingkaran mata. Sungguh buruk..macam panda! huhu Apabila kurang tidur juga nak buat kerja pun malas. Nak mengupdate blog lagilah malas. Ni pun menggagahkan juga menaip entri ni. Mood pun agak kurang baik jugak! Daya tumpuan agak kurang kalau mata mengantuk macam ni.


Banyak lagi risiko jika kurang tidur :
  • menyebabkan badan jadi lemah dan lesu
  • menyebabkan muka jadi tak ceria dan pucat
  • menyebabkan pedih-pedih pada mata dan mata jadi merah (memang pun kan...)
  • mudah tumbuh jerawat pada muka (dahlah kulit saya memang sensitif)
  • menyebabkan otak berserabut dan tertekan (ada benarnya)
  • mudah pening kepala

Kesimpulannya, jika kita kurang mendapat tidur yang secukupnya badan akan menjadi letih dan lesu seterusnya mengundang pelbagai penyakit. Kita disarankan agar memperolehi tidur paling kurang pun 5jam tau.


sumber : google

Jadi, lepas ni  cuba disiplinkan diri untuk tidur pada waktu yang sepatutnya. Pesan untuk diri sendiri ni. Selain itu, pastikan tidur tu nyenyak dan lena! Jangan pulak tidur dah ikut jadual tapinya tak lena...tak ok jugak camtu.


nak tidur dengan lena...tambah2musim hujan ni

petua yang diambil dari petua kesihatan

1. Sejam sebelum anda nak tidur, minumlah dua sudu makan apple cider yang dicampurkan dengan satu sudu madu asli dan setengah cawan air. Amalkan setiap malam sebelum tidur. Mudah-mudahan lepas mengamalkannya anda akan dapat tidur lena dan berasa segar di pagi hari.

2. Ambil 10-12 biji kurma cina dan sedikit biji manjakani. Rebuskan kedua bahan ini sehingga mendidih. Amalkan meminum air rebusan ni setiap pagi dan malam. InsyaAllah anda akan rasai hasilnya.


Langkah lain yang boleh diambil -----> Nak tidur dengan lena

1. Tutuplah semua lampu. Bila gelap senang sikit nak tidur.
2. Pastikan suasana senyap sunyi. Bolehlah dapat aura nak tidur tu
3. Sebelum nak tidur tu, masa nak lali tu beranganlah sikit! Ynag indah2la...sampai terlena...

“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh neyra shazeyraLennymoriza dan ditaja oleh Vitamin Semulajadi
Read more ...

Dingin Lavenda Lakonan Eira Syazira Best


Saya ni jarang sangat nak layan tv malam2 tau melainkan ada cerita yang betul2 menarik perhatian saya. Apatah lagi kalau hari Jumaat kan. Sok kan cuti..metsilah saya nak on9 giler2...haha..
Tapi, berbeza kali ni. saya teirngin nak tengok cerita Dingin Lavenda tu. Ala..yang Eira Syazira berlakon pakai tudung jadi org baik dan lemah lembut wataknya.

Sinopsis cerita ni yang diambil dari manggaonline



Drama bersiri 13 episod tersebut mengisahkan tentang persahabatan Jannah (Eira Syazira), Nana (Faralyna Idris) dan Murni (Zarina Zainordin) yang akan melanjutkan pelajaran mereka di Melbourne, Australia selepas tamat Kursus Persediaan Pelajar ke luar negara di universiti tempatan di Malaysia.
Pada awal pengenalan, Jannah dan Murni tidak menyenangi sikap Nana yang suka berlagak dengan barang-barang mahalnya. Pewangi Lavenda yang digunakan oleh Nana juga menarik perhatian Jannah dan Murni. Matthew (Salleh Mahfooz) menunjukkan minatnya terhadap agama Islam dan sering bertanyakan soalan-soalan kepada Nana.
Hubungan Jannah, Nana dan Murni menjadi rapat apabila Nana bersetuju untuk mengikut mereka menghabiskan cuti semester di kampung. Nana mula belajar untuk hidup secara sederhana dan mendalami diri dalam didikan agama. Selepas setahun, mereka bersiap sedia untuk bertolak ke Melbourne. Jannah yang berpegang teguh dengan agama Islam juga berjaya membimbing Nana berubah menjadi seorang Muslimah yang soleh.
Perangai Murni mula berubah menjadi sensitif dan kebudak-budakan selepas tiba di Melbourne.  Jannah yang sudah bertunang dengan Azhar (Azlee Khairi) selalu berhubung melalui kiriman emel. Kata-kata Azhar yang selalu memberi semangat dan dorongan kepada Jannah untuk berdepan dengan pelbagai cabaran baru di bumi asing.
Jannah bertemu semula dengan Matthew di Melbourne. Matthew sering menghabiskan masa bersama Jannah, Nana dan Murni kerana keinginannya untuk mempelajari cara hidup Islam. Kemesraaan Matthew dan Nana telah menyebabkan Murni cemburu sehingga berlaku pergaduhan besar antara Murni dan Nana. Murni juga marah dengan Nana yang telah merampas Matthew daripadanya.
Akibat terlalu mengikut nafsu dan jiwa yang memberontak, Murni telah bersekedudukan dengan Megat dan berjinak-jinak di bar. Sementara, Nana yang telah menemui jodoh bersama Iskandar, Jannah pula berdepan dengan kekecewaan selepas Azhar beralih cinta kepada sepupunya, Munira.
Apakah Jannah akan menerima lamaran Matthew yang sudah memeluk agama Islam? Bagaimana pula dengan Murni yang semakin tenggelam dalam dunia gelapnya? Jannah yang tidak pernah berputus asa untuk mencari Murni bertekad untuk membimbing kawan baik mereka ke jalan yang sebenar. Berjayakah Jannah?




cantik kan dia...manis jer..anggun!

Serius! Cerita ni memang best sangat2! Jom tengok setiap hari Jumaat 9 malam yer

Barangan kosmetik bernilai RM350 free jer ni. Serius tau..
Read more ...

Kisah Hari Assyura


Semalam, saya and the gang (GWGF) Alaa..saya kan sukarelawan Gabungan Wawasan generasi Felda telah bekerjasama dengan pihak GPW (Gerakan Persatuan Wanita) untuk buat bubur assyura ni. Hurmmm..kami datang awal 8.30 pagi. Makan2 kat kedai roti canai dulu pastu baru g tolong2. Buat kat Wisma JKKR Chini Timur 2. Layan gambar2 jerla yer. Oh yer! Nak cerita sikit kisah bubur assyura ni. Biasanya orang buat bubur ni bila tiba 10 Muharam. 
sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Bubur_asyura
Sejarah hari Asyura
Peristiwa Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s., Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam. Nabi s.a.w. bertanya apa yang yang mereka lakukan? Orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka. Maka Musa berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. (Riwayat Bukhari).

Ada juga anggapan bahawa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Nuh. Kononnya, selepas diselamatkan daripada banjir besar, maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan dengan juga dengan Nabi Nuh.

Puasa hari Asyura pula merupakan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. (Riwayat Bukhari).[2]

Semalam diorang masak bubur assyura jenis orang Kedah punya. Kalau Kelantan punya jenis yang berempah tu kan.

        makcik2  sibuk membuat persiapan membuat bubur assyura

 
         sepakat membawa berkat! Inilah hidup di Felda...

 
         posing jap! saja nk environmnet merah!

 
          banner mesti ada! barulah syok...

 
          Geng2 GWGF tunjuk bakat kacau bubur assyura. awal lagi..masih cair dan tak lika sangat

 
       saya pun nak tunjuk bakat jugak! hehe..nampak gemukla..ke memang saya dah gemuk erk..

 
         Suasana mengacau bubur assyura

Gambar bubur assyura yang dah siap takdela pulak! haha..lupa lak nk snap tadi..Ada cabutan bertuah jugak. Dapatlah tupperware..oppss silap! bukan brand tupperware yer..bekas plastik jer

Read more ...

Blog Hiburan Terbaik – Tahniah Abang Nara Beautifulnara

Insentif RM0.03 sen untuk anda! Claim kat MynewsHub yer


Sumber : amanz.my


Ingat tak yang nuffnang mintak vote blog untuk pelbagai kategori tu? Ha! dah keluar keputusannya. Jom usha siapa yang menang. Bertanding keseluruhan Asia Pasifik tau. Dasyat2 siapa yang menang ni.  Yang bestnya blog abang nara pun menang! Tak sia2 saya vote :) Tahniah abang nara yer..Blog beautifulnara memang best pun


Blog Fotografi Terbaik : Photoblog.hk (Hong Kong)
Blog Geek Terbaik : GeekOut.ph (Filipina)
Blog Kekeluargaan Terbaik : ChildHood 101 (Australia)
Blog Makanan Terbaik – Lady Iron Chef (Singapore)
Blog Fesyen Terbaik – Cheeserland.com (Malaysia)
Blog Gaya Hidup Terbaik – JanniEpperson.com (Filipina)
Blog Dengan Rekabentuk Asli – Eat, Show and Tell (Australia)
Blog Pelancongan Terbaik – Justwandering
Blog Hiburan Terbaik – Beautifulnara (Malaysia)
Blog Mikro Terbaik – Kennysia (Malaysia)
Blog Hidden Gem – Googlygooeys
Blog Paling Berpengaruh – Xiaxue
Blog Rantau Terbaik Asia-Pasifik – Xiaxue



Barangan kosmetik bernilai RM350 free jer ni. Serius tau..
Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...