Tip dapat BE Nuffnang. Serius ni...

Semalam baru jer cash out nuffnang.
Tup  tup tup...


Pagi ni terus dapat BE baru....hehe...
So, selalulah cash out earning tu bila dah cukup pasti rezeki dapat BE mencurah-curah lagi..hehe...


Saya buat entri ni autopublish yer...sebenarnya ditaip pagi tadi...dah malam baru kasi keluar! 

Terima kasih pada CELCOM yer...

Saya ada menang duit raya dari blogger jugak...
RM10...suke jer bila dapat cash ni...hehe....

Korang taknak check ke kot2 nama korang tersenarai jugak dalam 10 orang yang lucky tu....

Read more ...

Cash Out Nuffnang Kali ketiga

Tangan dah gatal sangat...takleh tahan da....huhu...

Akhirnya ku klik jua cash out my earning semalam.
Biarpun amaunnya tidaklah sampai 3 angka namun saya bersyukur sebab nuffnang masih lagi menempek kasi BE kat blog ni...Thanks...
Trafik saya sejak 2 menjak ni agak teruk..orang kata tak guna ada BE kalau trafik ciput kan! Tapi memang betul pun...

Tak sabar nak tunggu cek HSBC Nuffnang awal bulan 11 nanti :)
Read more ...

Mood Mencantikkan Blog. Mood Mengupdate stori

Tajuk jer..tapi tak buat pun..bila blogwalking tengok blog orang cantik2 jer semua..blog saya ni serabot.
Niat di hati nak otter sikit tapi mood takde pulak. Malas jer...Bilalah masanya nak rajin ni erk..kalo ada menang duit ribu2 baru nak modify kot..hehe..tapi mungkinkah?????
Dulu-dulu rajinlah jugak ubah2 template, selongkar macam2 widget...sekarang ni tengah berpenyakit M tu yang lemau!
Nak update blog pun asyik bertangguh jer. Malas nak transfer gambar dari henfon sebenarnya. Jadi, celoteh jerla...kalo ada kontest yang senang dan kontest yang bagi adiah cash saya rajinla sikit nk join...hehe...kalo leceh2 tu saya dah malas sikitla...naperla dengan saya ni erk...
Kalau sebelum ni rajin buat autopost. Setiap hari tu kadang sampai 2 3 entri tau! skang ni?? 2 3 hari baru update satu entri..huhu....

Read more ...

Khas Untuk Yang Bergelar Suami dan Ayah


p/s : Do our best to be the best woman....
Read more ...

Mari Menambahkan Ilmu : RAHSIA SURAH AL-KAUTHAR


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Read more ...

Kontest : Saya Nak Menang Hadiah

Orang tua-tua kata...


Untung sabut timbul, untung manusia siapa yang tahu kan...

Berbekalkan kata-kata itulah saya nak join kontest ni. Manalah tahu ada rezeki untuk saya di sini menang apa yang diinginkan...


Tertanya-tanya mana satu pilihan hati
ermmmm...

Andai diberi pilihan mestilah saya nak menang hadiah utama!

sumbangan dari Denaihati

sumbangan Mohdzaid.com

Hadiah lain tu best jugak tapinya saya lebih suka hadiah yang berbentuk wang tunai sebabnya saya boleh menggunakan duit itu untuk tujuan saya sendiri. Contoh paling terdekat bulan ni saya nak kena servis kereta. Jujur ni...hehe At least bolehlah menampung sikit-sikit duit gaji yang ada ni. Andaikata saya tak guna duit tu, saya fikir nak saving jer dalam ASB ataupun Tabung Haji. Lagipun dapat baucer KFC! Syok... saya boleh guna untuk lunch nanti...digunakan bersama Hot Ticket Ramadhan tu yang boleh tebus 2 ketul ayam KFC.

Tapi..kalau saya dapat hadiah lain tu pun okey jer...saya terima dengan senyum lebar!

Penganjur, sila bagi saya menang yer... dah lama tak menang contest ni...Menang hosting daripada Exabytes pun best! Walaupun tak paham pun apakah dan kepenntingannya! Menang CD daripada Universal Music pun okey jer...

Ramainya penaja hadiah kan...whateverla...harap2 nama saya ni jadi cam sabut kat atas tu..timbul! hahaha..amin..doa banyak2! 
Siapa2 yang nak join jugak silakan klik banner kat bawah ni yer...


Untuk lebih point dan syarat lain, cepat terjah blog penganjur yer!

all picture kredit to google dan penganjur!



Read more ...

FALIHINJASMY.BLOGSPOT.COM : CUPCAKES PRINCES CONTEST, HADIAH WANG TUNAI UNTUK DIMENANGI!

Tuan punya blog ni sangat kreatif tau!

Cupcakes princess pasti menambat hati korang untuk terus mengikuti kisah yang berlaku...

Kalau tak percaya jom terjah kisah cupcakes princess KAT SINI

Bila dah terjah tu sure dapat jawab soalan punya! Macam kacang ajer...hihi

I. Namakan adik-beradik yang mempunyai pertalian darah dalam CUPCAKES PRINCES.
Afry, Benjy dan Eith

II. Afry merupakan graduan dalam bidang apa?
Graphic Designer

III. Nyatakan penyakit yang dihidapi oleh mama Fedrus Umar?
Leukimia

IV. Berikan nama penuh Fina a.k.a Fin.
Nursyafina Mohd Rasul atau Arieffin Hardy

V. Nyatakan nama negara (selain Malaysia) yang menjadi salah satu lokasi dalam CUPCAKES PRINCES.
New Zealand


VI. Berapakah jumlah gambar cupcakes yang telah digunakan sepanjang siri CUPCAKES PRINCES?
22 gambar


Hadiah yang sangat menarik untuk dimenangi :



1 x Tempat Pertama: Wang tunai bernilai RM 150.00

2 X Tempat Kedua: Wang tunai bernilai RM 50.00

5 X Hadiah saguhati: RM 10.00 cash/top up

Cupcakes pilihan saya :







Tarikh tutup : 30 September 2011

Lin nak tagged ------> myra , akmafaizal dan nanakimie





Read more ...

Tolong LIKE boleh tak kawan2 semua?

Lin ada masuk peraduan kempen merdeka utusan.
Jika kawan2 sudi nak tolong LIKE sangat2lah dialukan dan ucapan terima kasih tidak terhingga buat korang semua.


Klik gambar kat bawah tu yer




Jasa kalian sangat dikenang....


Dah Like Tolong inform kat wall fb takpun kat komen entri ni yer...ada something nak kasi sikit tuk yang bertuah....
Read more ...

Rezeki di Hotel Putra KL

Dua hari yang lepas saya kena menghadiri kursus teknikal komputer di Hotel Putra KL..Best! Makanan dan penginapan..hehe...
Ni juadah lunch..best seme lauk dia


Kursus pun best! sempoi jer...


Last day tu ada kuiz pasal apa yang kami belajar masa kursus. Rezeki memihak kepada saya sebab saya dapat tempat pertama! Hadiahnya netbook case...comey jugak! Tapi saya ada laptop..boleh masuk cuma takleh nk zip...
 action jer tu! hehe..kena bukak hard disk

posing dalam bilik 1011 Hotel Putra KL!

saya dapat tempat pertama kuiz!

Apapun best kursus kali ni. Tapi yang tak bestnya kereta saya pulak meragam...bateri dah weak..mujurlah ada kawan2 yang membantu..thanks semua..sori terlupa nak ucap terima kasih aritu sebabnya terfikir nak balik cepat nak g tukar bateri dulu..

Read more ...

Rezeki menang RM100 DAN 3000 BLOGWALKING...

Penat...
Minggu lepas banyak sangat travel...g jamuan raya kat Shah Alam pastunya g kursus...belum campur yang dekat2 ni lagi tuisyen...Dah travel banyak tu al maklumlah...duit pun cepat jerla abehnya..
Tetapi...alhamdulillah..rezeki masih ada..
Saya menang RM100 dari denaihati atas contest cabaran malaysia merdeka. 
Semua peserta seramai 20 orang dapat hadiah wang tunai RM100 tu. Bagus kan...alhamdulillah..dah terima kelmarin duit tu masuk terus dalam akaun. KEPUTUSAN PENUH DI SINI

Kemudian, saya ada join contest SEO dari blog Dezamancottage...tersenarai juagk dalam saguhati.
Dapat adiah 3000 blogwalking dan bloglist. Keputusan PEMENANG DI SINI

Pasni apa pulak menang erk..hehe...seronok bila menang cash ni. Semalam kereta saya tak hidup sebab bateri abeh...melayang RM150.00...mujurlah dapat duit claim g kursus aritu....
Read more ...

Bersarang...idea itu banyak tapi...

Saya curi sedikit masa saya ni untuk berceloteh dan memeriahkan blog saya ni yang semakin hari semakin hambar trafiknya. Badan ni kalo dapat g spa memang sangat best! Sepanjang minggu lepas sehinggalah saat ini dan esok saya akan travel...letihnya rasa..apa nak buat...
Idea untuk mengupdate blog tu dah bermacam2 cerita yang terkumpul since raya aritu tapinya maish belum berkesempatan nak bercerita. Pasal jamuan raya semalam...dan macam2 lagila. 
Di saat entri ini terpublish saya insyaAllah dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri kursus teknikal komputer. Best! Saya sangat suka...Yang tak betsnya saya kena g sana sorang2la....sedeynya...
Lepas ni okey kot bila dah setel semuanya.Amin..nak fokus untuk blog pulak...kesian dia.. Saya nak update saya menang wang tunai RM100 tadi...hehe..suka sangat...
Read more ...

Pesanan Korban Secara Online


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, hukum ibadah korban adalah sunat muakkad sunat yang sangat dituntut bagi yang mampu dan wajib bagi yang bernazar. Sebahagian ulama mewajibkan kepada semua umat Islam yang mampu untuk melaksanakan ibadah korban setiap tahun. Buangkan perasaan tidak cukup wang kerana insyallah dengan melaksanakan ibadah korban ALLAH SWT akan memberikan rezeki dan pertolongan yang tidak disangka-sangka.
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda : “ Barangsiapa yang mempunyai kemampuan, tetapi tidak melakukan korban, maka janganlah dia menghampiri tempat solat kami.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
Adalah disyorkan untuk melaksanakan ibadah korban di lokasi yang sangat memerlukan terutama di kampung pendalaman yang daif bukan di bandar yang umat Islamnya mewah dengaan makanan setiap hari. Antara lokasi yang dicadangkan adalah di Kemboja yang sebahagian besar umat Islam hanya makan daging setahun sekali.
kredit to google

eQurban.com menyediakan program Korban di Kemboja dengan kos yang sangat berpatutan iaitu RM230 untuk satu bahagian lembu atau RM1600 untuk satu ekor lembu atau RM500 untuk seekor kambing. Pesanan boleh dibuat secara online mulai sekarang sehingga tarikh tutup 7 hari sebelum Hari Raya Aidiladha.
Cara pesanan Korban Kemboja Secara Online :
  • Lawati website @ eQurban
  • Klik Tempahan
  • Pilih jumlah bahagian yang kita ingin laksanakan
  • Buat bayaran secara online atau dikaunter bank ke akaun bank yang telah ditetapkan
  • Setelah membuat bayaran masuk kembali ke link Tempahan dan klik borang bukti pembayaran
  • Dalam borang pembayaraan masukan Nama, Email, No hp, Bukti Bayaran dan Nama Peserta Korban
Pihak pengurusan eQurban di Kemboja akan mengambil gambar setiap ekor lembu yang dikorbankan untuk dilampirkan bersama sijil yang akan dikirimkan kepada yang telah membuat ibadah korban. Sila rujuk FAQ eQurban.com untuk maklumat lanjut.
Firman ALLAH SWT yang ertinya, “Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)
eQurban.com menyeru kepada semua umat Islam Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapore dan 1Dunia untuk mengeluarkan hanya RM230 atau USD95 nilai satu bahagian lembu untuk ibadah korban yang insyallah ganjarannya syurga seluas langit dan bumi yang tidak boleh disamakan dengan nilai wang RM230. Kepada yang ada masalaah peribadi, masalah kewangan dan berbagai masalah kehidupan pejamkan mata selok saku keluarkan wang RM230 dan laksanakan ibadah korban sambil berniat seikhlasnya untuk dapat redha ALLAH SWT, insyallah ALLAH SWT akan tunjuk jalan untuk menyelesaikaan masalah yang ada.
Kalau RASULULLAH SAW dan PARA SAHABAT berkorban setiap tahun mengapa tidak kita kalau benar kita sayangkan Baginda. Mari kita semua berazam untuk melaksana ibadah korban 1 keluarga 1 bahagian tanda kasih sayang kita pada RASULULLAH SWT. Semakin sukar kita mendapat sumber kewangan untuk ibadah korban semakin tinggi nilai pengorbanan kita di sisi ALLAH SWT dan semakin tinggi makam ibadah yang kita laksanakan.

Nota : Kepada organisasi, masjid dan surau yang mendapat pesanan korban yang banyak adalah disyorkan sebahagiannya dilaksanakan di Kemboja melalui eQurban.com.

Read more ...

Kisah 1 minggu pelbagai rasa

Isnin lalu, jiwa saya sangat tidak tenteram..Mood masa tu memang dah ke hutan kot. Serabot..Hidup sebagai manusia ni memang tak sah kalau tak diundang sesuatu yang kadang2 membuatkan kita terasa sangat sedih dan tidak keruan kan. Begitulah yang saya alami Isnin lepas.




Kemudian, keesokannya saya menerima satu berita yang agak gembira. Kalau dah memang namanya rezeki kan. Takkan ke mana..cuma lambat je sikit saya dapat. Kalau sesape yang anak Felda mesti pernah dengar pasal GWGF kan..Gabungan Wawasan Generasi Felda. Saya dilantik sebagai bidan terjun as volunteer untuk Felda Chini Timur 1! Apa yang bestnya ialah tiap bulan dapat elaun tau..Takdelah banyak tapi dapat jugak menampung hutang piutang yang ada tu :) Kerja pun sangat senang..just cari keahlian tiap bulan min 20 orang sahaja! Rezeki...Mood saya kembali berbunga...




Rabu pulak tiada apa yang best untuk dicoretkan. Kalau tak silap saya menyiapkan entri Cabaran Malaysia Denaihati sebabnya tarikh tutup 14hb. Kena siapkan sementara ada idea. Alhamdulillah berjaya submit... Dah terlist pun kat entri SENARAI PEJUANG CABARAN tu.

Pada Hari Khamis pulak, entah apa mimpi saya pakai baju kurung perGi kerja. Makcik2 kedai sebelah saya tu pun duk menegur jerla. Apa kena dengan anak dara diorang ni..haha...Sebenarnya nak g jamuan raya...Tapi hampa..makanan yang diidamkan tiada! Apadia? lemangla dicicah rendang...
Pada malam tu jugak kami sefamily ke Kuantan untuk celebrate birthday 3 orang ; aboh, apis dan Nisa... Buat makan2 jer kat umah adik..apapun have fun! very enjoyed it....

Jumaat : Balik dari Kuantan tadi pun dah lewat..sampai umah saya menyiapkan jahitan manik untuk baju nak pakai jamuan raya esok. Kan saya sukarelawan GWGF, kami semua djemput untuk menghadiri jamuan raya d Shah Alam esok. Plannya berkumpul di tempat kerja saya pukul 5pg..aduhai...kena bangun awal ni...harap2 terjaga....

Sabtu......saya akan menghadiri jamuan raya di Shah Alam...(InsyaAllah....)
Read more ...

Cabaran Malaysia #Merdeka54

Kamus Dewan memberi makna merdeka sebagai 
(1) bebas daripada penjajahan, kurungan dan naungan; 
(2) lepas daripada tebusan dan tuntutan; 
(3) berdiri sendiri, tidak bergantung pada yang lain.

Itu pengertian daripada orang yang bijak pandai. Tetapi, jika kita bertanya kepada anak murid yang bersekolah rendah, jawapan mereka biasanya mmelibatkan perbuatan. Antaranya ialah ada perbarisan, kibarkan bendera, menyanyikan lagu Negaraku dan pelbagai lagi jawapan yang boleh dikaitkan dengan sambutan Hari Kemerdekaan.

Teringat saya pada soalan adik saya malam tadi.

Adik : Kaklong, hari Jumaat nanti cikgu kata hari kebebasan. yeke?
Kaklong : (Saya tersenyum...) Ermm...yela..hari sambutan kemerdekaan kan.

Apa yang saya nak tekankan di sini, erti kemerdekaan itu adalah sebuah kebebasan di mana tanggal 31 Ogos 1957 merupakan hari di mana Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Tanah melayu)  bebas daripada sebarang penjajahan. Dari segi luarannya Malaysia pada hari ini telah bebas mempunyai corak pemerintahan demokratik yang tersendiri dan berdiplomatik tetapi jika diselami secara ke akar umbi, corak pemikiran segelintir rakyat Malaysia hari ini masih ada lagi di takuk lama dan dijajah oleh anasir-anasir luar yang membelenggu kehidupan kita pada hari ini. Tambahan pula, zaman era teknologi semakin berkembang pesat. Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Sebagai rakyat Malaysia yang merdeka, seharusnya kita memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.

Menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan seluruh rakyat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti. Seharusnya kegemilangan ini menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju dan moden.

Pada tahun ini, tema sambutan hari kemerdekaan negara kita ialah "Tansformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera". Walau apapun tema namun, tujuannya hanyalah satu. Mengenang perjuangan perajurit-perajurit kemerdekaan dan sebagai langkah untuk Malaysia terus mengorak langkah dengan matlamat dan visi.

Malaysia sememangnya semakin maju ke hadapan seiring dengan negara maju yang lain. Tengok saja bangunan-bangunan di Kuala Lumpur yang menjadi mercu tanda Malaysia. Transformasi yang telah berjaya.


Jom dengar dan hayati lagu tema kemerdekaan ke-54 ini.



Pencipta : Raja Mohd Sham Bin Raja Saari
Senikata : Zaira Aziz
Gubahan : Raja Mohd Sham Bin Raja Saari
Penyanyi : Gemersik Chorus
Terbitan : Bahagian Perkhidmatan Muzik


Kemakmuran kedamaian terus dinikmati
Kejayaan kemahsyuran sama dirasai
Ayuhlah kita merealisasikannya
Kitalah pemangkin transformasi negara
Transformasi berjaya rakyat sejahtera
Kita bersatu melangkah bergandingan bersama
Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan
Kita Satu Malaysia


Entri ini ditulis sebagai memenuhi “Cabaran Malaysia #Merdeka54 dianjurkan oleh Blog Denaihati dengan kerjasama eQurban.com
Read more ...

Jom tengok tahap mana anda seorang Malaysia

Ada satu kuiz ni di mana anda perlu jawab soalan dan nanti anda tahu setakat mana anda kata anda ni rakyat Malaysia!
Mudah jer...jawab A,B atau C jer..ada 20 soalan!
Jom buat...


KUIZ SAYA RAKYAT MALAYSIA
Read more ...

Menang Contest kat Sarang Jerung!

Alhamdulillah....
masih ada rezeki bulan Syawal ni.
Lepas dapat duit raya RM50 dan RM10 sebelum raya aritu, kini, saya dapat duit raya daripada jerung pulak!
Dapat RM10 hadiah saguhati untuk pra contest top referral.
Keputusan penuh di SINI


Contest ni sedang berlansung tau..JOMLAH JOIN...
Read more ...

Tanpa tajuk...I've lost something...

Monday blues ker erk....?
Malam tadi susahnya nak melelapkan mata...
Macam2 bermain di fikiran ni.
Serabot pun ada...
Pagi ni masih terasa lagi...
Saya nak meng'update' blog pun malas2.
Nak blogwalking pun  kena paksa diri...
Entahla...
something missing from my life...




Life must go on...
Read more ...

Jiwa & Lara TV3 slot samarinda pelakon semua best!


Menyusuli ‘Ramadan Terakhir’ di slot Samarinda, saksikan kisah cinta tiga segi antara Zaman (Aaron Aziz), Jiwa (Fauzi Nawawi) dan Lara (Neelofa) menerusi drama bersiri terbaru ‘Jiwa & Lara’ terbitan Luqsar Kreatif arahan Heykal Hanifah bermula 13 September 2011.
Drama bersiri 25 episod ini merupakan nukilan skrip oleh Mahizan Husain yang turut membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Faezah Elai, Khairil Anwar dan Mohd Kamarulzaman Taib (Che Kem).
“Jiwa & Lara’ mengisahkan persengketaan dan dendam antara Zaman, Jiwa dan Lara dari tahun 80an hingga kini. Zaman ialah seorang penjenayah yang berjaya melepaskan diri daripada kepungan polis telah menyembunyikan diri di ladang getah. Zaman telah dilanggar oleh kereta yang dipandu oleh Baha ketika membawa majikannya, Fakir. Zaman dibenarkan tinggal di rumah Baha walaupun ditentang oleh anak Baha, Lara yang tidak menyukainya.

Zaman yang licik pandai menyambar setiap peluang. Dia merancang strategi untuk memanipulasikan kebaikan Fakir yang mengusahakan ladang getah. Zaman bukan sahaja mendapat tempat berteduh malah ditawarkan untuk bekerja di ladang tersebut.

Jiwa menganggap Zaman sebagai pesaingnya dan mencurigai tentang keperibadian Zaman. Jiwa ialah seorang mandur di ladang tersebut yang dipercayai oleh Zaman dan amat mencintai Lara. Hubungan Jiwa dan Lara mulai retak apabila Lara terjerat dengan kata-kata manis Zaman. Lara akhirnya terlanjur dengan Zaman.

Zaman tidak berpuas hati dengan kehidupannya dan berikthiar untuk menghapuskan Jiwa bagi memiliki Lara. Jiwa dipukul dan dicampak ke gaung oleh Zaman. Apabila anak tunggal Fakir, Marini pulang dari luar negara, Zaman mula menyisihkan Lara yang hanya merupakan seorang penjual bunga. Zaman sanggup mengorbankan Lara bagi mengahwini Marini.

Marini terpaksa bersetuju dengan kehendak ayahnya untuk berkahwin dengan Zaman kerana dia telah mengandung anak luar nikah dengan teman lelakinya semasa di luar negara. Zaman yang tidak mendapat kepercayaan daripada Marini dan Fakir akhirnya bertindak ganas untuk membunuh mereka bagi membolot harta Fakir.

Jiwa diselamatkan oleh orang asli dan dirawat oleh Tok Batin. Tok Batin menasihati Jiwa untuk pergi merantau dan melupakan niatnya untuk membalas dendam pada Zaman. Jiwa akur dan mengikut kawannya menjadi kelasi kapal. Tanpa mengetahui tragedi yang menimpa Lara, Jiwa telah membawa diri.

Selepas 30 tahun, Zaman telah dianugerahkan gelaran datuk dan berjaya mengembangkan empayar perniagaannya. Jiwa yang kini menggunakan nama sebenarnya Bakhtiar Murshid kembali untuk menjadi pesaing Zaman dalam perniagaan. Sementara itu, Jiwa berusaha menjejaki Lara, wanita yang amat dicintainya dari dulu.

Apakah kesudahan bagi persengketaan antara Zaman dan Jiwa? Apakah cinta Jiwa dan Lara akan bersatu setelah terpisah sekian lama? Saksikan ‘Jiwa & Lara’ mulai 13 September 2011, setiapSelasa hingga Khamis, jam 10.30malam.

baca sinopsis nampak sangat menarik! kena tengok ni...

kredit to gua.com.my
Read more ...

Jamuan Raya Hanya berempat!





kisah hari Selasa

Saya selaku tuan rumah buat jamuan kat ofis. Yang merancangnya makcik berdua tu! Kitorang memang kamcingla coz diornag berniaga sebelah kedai kami. Makcik Leha yang tudung hitam tu tokey perabot pastu tokey Avon, CNI dan macam2 lagila. Makcik Nor plak tokey barangan jualan catalog! Kita order dengan dia pastu nnati dah sampai barang bayarla...boleh hutang! Tu yang best...kita order macam2 pastu bayarla sikit2 tiap bulan...hehe..okeyla...takyah keluar duit sedebuk!
Masa jamuan tu masing2 ada bahagian sendiri. Bawak  mihun, buat rendang...bahagian air...saya cuma buat ketupat ansi jer...hehe
Best kawan dengan yang lebih berusia ni, macam2 info dewasa dapat! haha
Tu yang sayang nak cari kerja luar tu..huhu

Read more ...

Wordless Wednesday






Read more ...

kedai 1 malaysiaj

Kt tmpt sy dh ada brgn 1 malaysia.. Kt dmart..tgk harga cm bese jer.. Korg rasa cmne?
Published with Blogger-droid v1.7.4
Read more ...

Nasib baik kereta ok dan gajah pun takde!

Al kisahnya...
taknak jammed punya pasal ar ni! hihi

Kami balik kampung kat Tanah Merah masa raya kedua tu. Kemudian, raya kelima balik Pahang semula ar cadangnya. Sebelum nak balik Pahang tu singgah di Jeli kat rumah makcik ambil petai dan ubat! Perjalanan agak jammed sebab jalan Jeli-Grik melalui Bukit Bunga. Orang nak singgah shopping2. So, disebabkan taknak jammed tu, pakcik saya ada syorkan jalan yang sampai jugak ke Terengganu tanpa melalui jala  biasa tu ( Tanah Merah- machang-Jerteh)

Jadi, kami bergerak turun selepas Maghrib. Menuju ke Dabong-Sg.Sam-Gua Musang
Dahla malam dan kami tak biasa jalan tu jadi, agak sukarla sikit. Jeli- Sg.Sam dah amik masa hampir 2 jam! Pastu cari Felda Sungai Aring sebab nak ke Kuala Berang. Kononnya shotcut kata pakcik saya tu. Jalan okey dan macam highway! Kami pun lalu Felda Sg.Aring tu. Dahla kat Dabong dan Sg.Sam tadi melalui pedalaman dan bukit bukau dah. Turun naik bukit jer...pedalaman lagi tu. Kat Sg.Aring ni lagilah...jalan kecik dan berlopak sana sini. Puas mengelak tapi terkena jugak! Signboard ke Kuala Berang masa awal2 jer ada tunjuk!Risau jugak sehinggalah kami jumpa polis roadblock kat atas bukit. Polis tanya nak g Terengganu ker? Lega sikit..maksudny dah betul ar jalan tu kan. Pastu saya tanya abang polis tu, baper jauh lagi nak ke Kuala Berang? Dia kata " Lebih kurang 2 jam lagi. Kalo ke Tasik Kenyir tu lebih kurang sejam jugak!" huhuhuhu...nak patah balik pun jauh...nak taknak kena teruskan jugak....Jadi, kami pun teruskan perjalanan melalui jalan yang memang kami tak pernah lalu tu. Melepasi Taman Negara Koh...
Kemudian, tibalah kami kat "highway" tu. Di awal perjalanan dah tertera sign gajah! Fuhhhh...dahla takde kereta lansung tau! Nak mujur kebetulan masa tu ada 2 kereta yang rasanya baru pertama kali jugak lalu jalan tu konvoi. Mean ada  4 bijik kereta  jer yang melalui jalan "best tu". Jalan tu besar tapi ada jugak part yang berlopak dan berlubang. Bayangkan...

1. Kiri kanan jalan hanya hutan.
2.Kiri kanan berbukit. Bila2 masa ada tanah runtuh! Sebab ada sign board tanah runtuh jugak.
3.Line lansung takde! Kalau emergency mmg takleh buat apa.
4.Tiada lansung kereta atau orang atau kampung. 
5.Tiada lansung penunjuk arah. Bak kata entah sampai manalah kita dah jalan. Arah mana pun takde sign tau. Giler ar rasa malam tu!
6.Jalan tu banyak jugak lencongan dan turun naik bukitla...
7.Kalo tetiba minyak kereta habis entahla macam mana...sangat mengharukanla...kalo kereta rosak ker...mintak simpangla...

Rasanya hampir 300km jugakla kami melalui jalan tu. Sehinggalah last sekali ada signboard Tasik Kenyir pastu nak ke Kuala Berang kena straight lagi. Lalu jalan kampung plak..Okeyla sikit. Tapikan memang saya takkan pilih jalan tu dah walaupun diberi sejua sekalipun! Bahaya....takut..mujurlah takde gajah yang melintang kat jalan masa tu. Ada sanctuari gajah tau kat jalan tu. Kereta mujurlah tak meragam apa2...alhamdulillah..sangat seriau!
tak ramai yang tahu akan kewujudan santuari gajah kat jalan ni
kredit to rasdi


Tadi saya search pasal jalan tu. Rupanya belum diwartakan lagi dan rata2 orang yang pernah melalui jalan tu taknak lalu dah..Kebanyakan yang lalu orang dari Ipoh nak ke Kuala Terengganu. Kira shortcutla tuk diorang. Tapi macam saya ni, better patah balik masa kat jeli tu lalu jalan biasa yang kami lalu tu. Serikkkkk sangat dah...biarlah jammed daripada lalu jalan bahaya camtu. Dahla tengah malam..kalau siang mungkinlah okey lagi...Pemandangan memang cantikla..ada beberapa keping gambar saya tengok dari forum lowyat ni
bayangkan keadaan waktu malam. Seolah2 tiada penghujung kan...

tak nampak pun view ni..kan malam masa tu. Rupanya nampak Tasik Kenyir tu

jalan besar. okla..tapi part lain tak best..huhu

Pengalaman yang tak mungkin dilupakan. Siapa yang pernah lalu jalan ni erk..jomlah share2 sikit...Dah sampai sini kami pun lalu jalan macam biasa..Kuala Berang-Ajil-Bukit Besi dan seterusnya.

inilah peta jalan tu..kredit to google





nak mintak duit raya kat Denaihati pun boleh..


Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...