Grooming free kat AVON!

Masa saya ambil hadiah saya di butik AVON Kuantan tu, saya berkesempatan untuk dapat pakej make up sebab masa tu kebetulan ada orang Avon daripada KL tengah buat promosi pasal barangan make up... pastu dia pun offer ar nk tolong make up kan muka saya. Jom tengok muka saya lepas make up..masa tu saya ada program viva club --> program amal basuh kereta. Mengular kejap sebab nk g amik hadiah yang saya menang tu ar. Tup tup dapat pulak pakej make up free. 


saya sedang di make up! terkelip2  mata masa tu

 inilah orang yang make-up kan saya tu..yg pompuan tu

 ada promosi set make up masa tu. RM80 untuk macam2...berbaloi2 ar

saya dan kawan saya selepas di make up!


Read more ...

Menang Contest AVON!

Saya ada join satu contest anjuran AVON sempena anniversary yang ke-125 masa bulan  berapa entah. Kemudiannya, saya hantar beberapa form dengan harapan menang hadiah utama seperti henfon ataupun macbook. Tapi, saya hanya dapat hadiah tempat ketiga (kira cam saguhati jugakla) berupa hadiah seperti di bawah. Kena amik kat butik AVON Kuantan. Pastu yang bestnya saya telah di make-up oleh orang Avon tu..best jugak...len gilerla muka saya! Kebetulan masa tu saya ada event viva club. Dalam satu hari tu macam2 mendela.



table clock eksklusif...

Pasal grooming nk citer kat next entri. Nanti panjang sangat pulak. hehe...


Read more ...

Pentingnya Page rank untuk blog!

Rentetan entri saya bertajuk page rank saya dah naik tu. maka, saya menerima satu soalan daripada kak atie yang tanya kenapa dan apakah perlunya page rank ni pada blog kita.
Dengan itu, saya telah menggoogle dan terjumpa diblog ariffshah berkaitan isu page rank ini.



PageRank™ adalah analisisa algoritma pautan (link) yang dinamakan sempena pengasas Google Larry Page (Page-Rank) yang memberikan pemberat dalam bentuk angka kepada laman web di internet bertujuan untuk mengukur kepentingan sesebuah laman web.
PageRank™ merupakan trademark Google dan telah dipatenkan oleh Universiti Stanford. Walaupun begitu, Google masih mempunyai hak eksklusif terhadap PageRank™. Universiti Stanford telah menerima sebanyak 1.8 juta saham Google yang kemudiannya telah dijual pada harga $338 juta.


  • Index Google akan bermula dari laman yang mempunyai PageRank yang tinggi dan berakhir dengan laman yang mempunyai PageRank rendah. Itulah sebabnya suatu masa dahulu, semua orang tergila-gilakan untuk meng-submit URL laman web mereka ke direktori web yang mempunyai PageRank yang tinggi supaya laman web mereka diindex secepat mungkin. Namun begitu, langkah ini tidak lagi memberi sebarang efek dengan pengenalan cara baru Google meng-index laman web: caffeine
  • Di dalam Search Engine Results Page (SERP), nilai PageRank akan diambil kira untuk menentukan kedudukan laman tersebut dalam senarai hasil carian untuk sesuatu kata kunci. Laman yang mempunyai Pagerank tinggi cenderung untuk disenaraikan di muka pertama berbanding laman lain yang mempunyai PageRank rendah. Pada kebiasaanya, laman yang tersenarai di muka pertama SERP akan mendapat nikmat trafik yang kadangkala melimpah ruah
kredit : ariffshah

Read more ...

Page Rank naik!

Arini masa blogwalking tadi, tengok ramai yang kata google dah update pagerank. So, saya pun tryla check PR blog sayani. Kala dulu2 check PR mesti 0 jer!
Tetiba tadi check dah PR2! Macam tak percaya jerkan..




Read more ...

Blog Update! Quick n3

Rindu sangat sama ini blog! Rindu nk berceloteh namun apakan daya...
Start ari Jumaat last week sehinggalah semalam saya tak online! Tetapi banyak perkara yang mengujakan ni...
Ada yang sedih dan ada yang menggembirakan sepanjang seminggu saya tak bukak lansung internet ni.
Tak sabar nak citer pasal event viva club, pasal cek exabytes, grooming free pastu menang hadiah Avon pastu dapat buffered earning baru dan macam2 lagilah!
Untuk entri ni, just nk update jer...takde point pun...Rindu...Lagipun mata tersangatlah mengantok! dah jadi panda..dahlah tak blogwalking pun...trafik agak merundum ar jugak...anyway thanks pada yang still sudi singgah blog lin ni 
Read more ...

BAHAGIANYA DIA BERSAMA IKAN ITU

Tengoklah keletah anak sedara saya yang macam amoi tu! Last weeks saya bawak dia g Klinik Chini ambil ubat m pastunya sambil2 tunggu tu bawaklah si kecil tu tengok kolam ikan. Betapa seronoknya dai tengok ikan2 yang besar2 dan cantik2 tu. Mulut tu duk mengomel jer...cakap apa ntah tak paham lansung!huhu


Tangan tu asyik nak tunjuk ikan jer yang sdg berenang, Kat semua orang dia nak tunjuk!

Mulut tu tengah pok pek! Tapi sepatah pun tak paham

seronok sgt tengok ikan!

ikan dalam kolam tu besar2 jugak

amoi Nisa!


Read more ...

Tutorial Backup Blogspot

Sekarang ni kan isu penggodam sedang hangat. Jadi, apakata sebagai langkah berjaga2 kita backup dulu post kat blog kita. Thanks tu http://syafzmagz.com atas tutorial ni yer. Saya sharekan kepada yang masih belum tahu.



Langkah 1:
Pergi ke Settings > Basic > Blog Tools. Pilih Export blog.
cara backup blog post export blog by syafzmagz1 Cara Backup Post Blogspot
 Langkah 2:
Tekan DOWNLOAD BLOG
cara backup blog post download blog by syafzmagz Cara Backup Post Blogspot
Tadi cara nak backup post blogspot anda, sekarang ni,

Cara Upload Fail Backup Post Untuk Blogspot anda (Import/Upload)

Langkah 1:
Pergi ke Settings dan klik Import blog.
cara backup blog post import blog by syafzmagz Cara Backup Post Blogspot
 Langkah 2:
Klik Browse dan pilih fail yang kita download tadi. Lepas tu, tick pada kotak Automatically publish all imported posts dan tekan IMPORT BLOG
cara backup blog post import a blog by syafzmagz Cara Backup Post Blogspot

Kredit tuk bro yer! Jom kita sama2 memback-up blog mulai sekarang...

Read more ...

Gandingan Yang Mantap! Apa kata korang?

Apa pendapat korang pasal gabungan makanan dan minuman ini?

LAKSA PENANG + LAICIKANG = SEDAPPPP


Setiap petang selepas balik kerja, kalau ada si Fiza takpun Cik Nor, mesti pergi kedai Cik Noni ni pekena mende alah ni! Cam ketagih pulak...Kuah laksa tu sedap, rasa ikannya walaupun nampak cair!

Kalau tetiba datang Chini, jom saya bawak g gerai Cik Noni ni yer..kita pekena ramai2 k!



Read more ...

Proton Exora BE Baru saya arini!

Alhamdulillah..semalam dah dapat BE, arini dapat lagi! Seronoknya...inilah yang dikatakan rezeki kan. Baru jer tadi dpt call menang something..nak tahu apakah dia? tunggu entry next week yer.. :)


Thanks pada Proteon Exora sebab sudi tinggalkan iklan kat LR blog ni. Dah lama blog ni tak dapat BE tau. Sikit2 kasi kat blog yg trafik hampeh tu sebabnya dah lama tak join GA...hehe

Oklah..nak balik lunch ni. Ini saya autopublishkan tuk malam nanti..hehe

Read more ...

Rezeki 2 hari berturut2!

First of all thanks to blogger yang buat giveaway! Sekarang ni saya jarang sangat join contest dan giveaway tetapi tetiba dapat hadiah. Semalam dan arini. Seronok jugakla kan...Saya pun dah tak ingat tau. Mood nak join tu masih terkubur..huhu


ini FM Port Dickson! Cumel kan..es krim! Tapikan ma kata envelope terbukak dah masa terima tu..Serius saya mmg dah tak ingat ga mana. Mujurlah cik Puan Pee ada bagi notes! Nampak sopeh sikit kan FM tu..mesti budak yang bukak tu buat! saper punya kerja la. Anyway, TQ sis!


Yang ni plak saya bertuah tuk 3rd ga ummi hani..dapat kopi radix 3 peket pastu coaster yang ditempah khas oleh ummi hani untuk pemenang2! cantik kan...hani order via heartbeat...kalau korang nak order jadilah ahli dulu yer. Register..leh tebus jer matawang korang tu. Sebab saya pun buat camtu jugak. Beli barang kat heartbeat guna affiliate.
Sangat suka dengan hadiah2 yang dapat ni.




Read more ...

Buffered Earning baru, DIGI mmg baik hati!

Saya dapat buffered earning baru arini...
lalalalalala....
Digi memang sayangkan saya! Selalu sangat bagi kat blog ni..
Thank You DIGI...
Thank You Nuffnang!



Tapi mengapa blog yang trafik sikit tu jugak jadi pujaanmu oh Digi..
Bagila kat blog ni...sian kat dia...


Read more ...

Anak Didik Saya Tu Anak doktor!

Arini saya nak mendedahkan one by one student kelas tuisyen saya.. Yang ni namanya adam. Anak seorang doktor tau! Bijak n terer speaking..malu! Mujurlah ajar sains...member ajar mate...
Tuisyen buat kat umah dia setiap petang sabtu. Pastu doktor request nak lebih banyak jam. So, kami pun decide buat ahad pagi. Alang2 dah ada kat Kuantan malam tu..Jadual yang sangat pack tau. Lepas jer abis tuisyen kt umah doktor tu, ada tuisyen kat umah kami plak start kul2.30-4.30...ada akak hantar anak dia. Apapun..rezeki... Saya sangat hepi mengajar sebabnya saya boleh recall balik ilmu yang dulu2 pastunya cambest jugak..buat kerja 2 in 1 ni..sambil menjana online, offline pun kena jalan jugakkkk...haha



inilah adam! ada adik sorang..pastu bakal dapat adik lagi...

Family Adam ni sangat baik. Bertuah dapat ajar Adam. Hurmm...dahla tak lokek en.saidi tu..
alhamdulillah...rezeki kami...




Read more ...

Game Antara Blogger


ada segmen! kenalah join kan...

kalau korang nak men game jugak, klik jer kat santai header tu!


Read more ...

Rezeki Hujung Minggu! Jadi cikgu murah rezeki kan?

Ini adalah catatan saya sendiri. Entri ni mungkin panjang..Kalau malas bca, sila pangkah yer..hehe


Sabtu 


Pagi----> macam biasalah...ke kelas tuisyen di Chini Atas ajar anak2 pekerja kilang. Minggu tu my turn ajar. Actually ada 3 group yang kami combinekan sekali. 
First - anak2 kilang 
2nd - Haiqal (budak tahun 6)
3rd - Pompuan..lupa nama..baru darjah 2!


Kami buat 3 in 1 tuisyen tu dlm satu kelas. Nak jimat masa. Aritu jugak terima bayaran drpd mak budak pompuan tu sebab dah cukup 3x ajar. Leh isi minyak untuk Kuantan petang tu..hihi.


Petang ----> yang ni home tuisyen. Anak doktor tau. English mmg fluent ar..malu tol! sy ajar sains. Banyak nak kena study smula. Zaman saya dulu mana ada lagi subjek sains ni..huhu...Sebelum g Kuantan tu, g kenduri jumpa dengan mak seorang budak psl tuisyen jugakla. Dia nk bayar tuisyen anak dia. (Masa cuti sekolah ni, budak tu tuisyen dgn saya..mean sementara jerla coz dia duk asrama)


Malam----> First time nk join meeting HOT V.O.C ni. Punyalah segan! Tak kenal sesaper pun...tapi wajib g sebabnya saya dah janji..Kul 8.30 janjinya tp ntah kul baper tunggu seme orang sampai. Pastunya kitorang g lepak kat kedai belakang balai trafik. Mujurlah dah biasa g kedai tu, so tak kisahla kalo terlost diorg! Walaupun ada insiden yang agak kelakar berlaku, tetapi buat dono jerla...syok dapat kenal kawan2 baru! Meeting sebab ada hot event yang diorang nak buat sabtu ni..apakah event itu? Tunggu yer...V.O.C tu apa? hehe..Viva Owners Club...Saya balik umah dlm kul12 malam..seriau jugak lalu jalan tu tp kuatkan semangat jerla.


Ahad


Pagi ----> Kul9.30 saya ada Ujian bertulis MPK. Datang pun dah lambat. Parking punyalah jauh..kena menyeberang jalan yang 1 way tu...Soalan pulak agak mencabar. Tawakal ajerla. Dah habis ujian tu, saya kena bergegas ke tuisyen anak doktor tu plak sebabnya doktor tu mintak jam lebih untuk ajar anaknya tu. Kan nak dekat exam. Before tu, saya beli barang kedai dan hantar adik kat terminal..Kalut jugak aritu.
Tapi, yang bestnya doktor tu bayar terus payment tuisyen anak dia. Rezeki lagi..alhamdulillah...Katanya setiap kali datang dia akan bayar terus! Tak kisahla kan..janji dui tu tak putus..


Petang ---> Selepas tuisyen kat uamh doktor tu plak, kami menjamu selera nasi kukus pastu curik masa ke Kuantan Parade. Saya ada beli somethung yg saya memang nak dari dulu lagi. Seronok dah dapat! Gara2 ralit tu jugak terlewat tuisyen kt umah! Slack betol kan. Sebabnya budak tu baru jer mendaftar. First time datang tuisyen. Tapi ok jerla...


Malam ----> Pergi beli barang kat Eng Hong! Macam suri rumah plak. blik tu sangat penat...tapi yang bestnya my parent belikan somthing dari Kelantan for me! hehe...


Entri ni dah panjangla. Kena syop dululah. Kesimpulannya, sejak bertuisyen ni rezeki memang tak pernah putus.Alhamdulillah..patotlah ada yang cakap jadi cikgu ni berkat..murah rezeki..yang penting kena ikhlas!




Read more ...

Semuanya free! Untungnya mereka...

Sekarang ni memang kemudahan ICT tu mudah sangat nak dibandingkan dengan zaman saya study dulu. Dahlah nak subscribe broadband mahal, kena g cc yang caj RM3 sejam! Tapi zaman skang ni, semua mende kebanyakan free..alangkah beruntungnya student2 skang. Tambah2 kat tempat saya tu. Dahlah boleh guna internet secara percuma..kalo wifi tak hairan kan..tapinya pusat internet tau! Hampir 3 tahun boleh guna free jer..datang tulis nama pastu guna internet! Kalau ada laptop boleh pakai wifi jer... Pastunya ada lagi tambahan ni..kg.wifi dag dipasang kat 3 tempat di kawasan saya tu. Fuhhh! Di mana-mana boleh akses internet nampaknya...Yang gambar di bawah ni saya snap yang di pejabat pos...lagi 2 menara (taktau nak panggil apa) dipasang kat sekolah pastunya tak ingat se lagi kat mana.



sesungguhnya saya tetap bersyukur kerana saya telah mendapat kemudahan internet sejak tiga tahun yang lalu secara percuma! Best tak..tak perlu nak fikir tiap bulan bayar broadband...

Terima kasih P1 sebab amik saya kejer!


Read more ...

Inilah hasilnya menjana income di internet tanpa modal!

Begini ceritanya.
3 hari lepas, saya check akaun tetiba adalah dalam transaction history tu cash deposit RM50. Pelik jugak coz saya ni jenis ingat akaun maybank saya tu aliran keluar masuk camner. Akaun maybank tu kira pelbagai guna. Sehinggalah saya terima email tadi. Betullah jangkaan saya. Rupanya duit yang saya cash out daripada says.my!
Duit tu masuk dulu dalam akaun kemudian barulah bagitau kat email..hehe..ingatkan duit apalah...Seronok kan bila kita beronline sambil membuat duit. Biarpun nilainya sikit tapi sangat bermakna...
Tak boleh nak link says.my tu sebabnya competitor nuffnang! Tapikan..banyak lagi cara kita nak dapatkan duit secara online ni..
Yang saya dah nampak hasilnya, of course ar nuffnang kan. Saya dah cash out aritu.
Kemudian, heartbeat.my tu pulak kita tak perlu kuar modal pun, saya dah redeem beli barang...
Then, ipanelonline jugak agak membanggakan sebab dalam seminggu dah boleh cash out. Tak perlu tunggu sebulan dan dapat duit. Churp churp pulak baru separuh! Takpe..lama2 jadi bukit kan...










Read more ...

Alyah Penyanyi Terlantar di hospital

Sumber : gua.com.my
Penyanyi yang sedang popular dengan lagu 'Kisah Hati', Alyah telah dimasukkan ke Pusat Pakar Perubatan Damansara pagi tadi akibat terkena air panas. Kejadian jam 10pagi itu berlaku ketika Alyah sedang membuat air sebelum keluar menghadiri sebuah rakaman program di NAR Studio.
Ekoran kejadian itu, Alyah melecur teruk dari bahagian perut ke peha sehingga menyukarkannya untuk berjalan. Difahamkan pelantun lagu 'Tak Mungkin Kerna Sayang' ini terpaksa didukung turun ke kenderaan sebelum dibawa ke hospital.
Sehingga artikel ini ditulis, keadaan Alyah masih lemah dan terpaksa dimasukkan ‘air’. Menurut pengurus Alyah, doktor memaklumkan bahawa Alyah masih tidak merasai kesakitan tersebut kerana masih terkejut. Namun, pemilik nama Noor Hasliah Abu Hassan ini mungkin akan merasainya kemudian apabila luka itu mula menggelembung.
Doktor juga dijangka akan membalut luka Alyah dengan plastik khas untuk mengelakkan luka tersebut dari dijangkiti kuman. Kami di gua.com.my berdoa semoga Alyah dapat berehat secukupnya agar cepat sembuh.
Read more ...

“I like Nippon Paint because...

Sekarang ni semua orang sibuk nak tukar cat baru. Saya pun nak jugak ganti cat baru umah saya ni. Opps..rumah ibu bapa saya. Saya belum beli rumah lagi. Menyewa secara percuma jer dengan parent. Dalam banyak2 cat, kenapa Cat Nippon ni menjadi pilihan ramai? Setelah dikaji dan membuat pemerhatian, ciri-ciri di bawah menyebabkan cat Nippon ni disukai ramai. Jom terjah ciri-ciri cat Nippon yang best ini.

Anyway, thanks to Nippon pait sebab menagnjurkan contest yang memberi peluang kepada kita untuk decorate bilik atau ruang di rumah kita dengan cat yang berkualiti ini. 
Seandainya Nippon paint dapat merealisasikan impianku untuk mengtransformasi bilik tidur jadi macam kat bilik bawah ni, alangkah bahagianya.......
Lebih bahagia lagi jika saya dapat memberikan hadiah berupa make over kediaman buat my parent sempena hari raya nanti. Pasti mereka sangat gembira melihat kediaman berubah menjadi istana dengan cat Nippont ni.

kalaulah cat rumah sekarang dapat digantikan dengan warna yang lebih ceria dan meriah lagi...semestinya dengan cat Nippon!

Termenung dan berangan semoga ruamhku ini bakal ditransformasi oleh Nippon Paint!
ruangan dalam ni ni pulak, seandainya dapat ditukar warna...lagi best!

Oh Nippon Paint...realisasikanlah impianku yang satu ini!


Kalau sesiapa yang nak jugak mencuba nasib bolehlah ke page Nippon Paint Facebook

I like Nippon Paint because it have a wide spectrum of beautiful colours and can change the look and feel of a room in a subtle or dramatic way.





Read more ...

Anak sedaraku Afrina dah botak!


Kenduri dibuat di Melaka. Kat umah nenek adik ipar. Sebabnya adik ipar berpantang kat sana.




Si Rina dan Nisa..sepupu!


Rina masa ni berumur 50 hari rasanya.

Nisa nak usik Rina


Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...