Mahalnyer...Good year

Semalam rabak kejap poket saya gara2 viva sayang. Hurmmm..demi viva syg terpaksala kan.Dah puas survey rata2 kuantan tu smpai kat semambu tau..bukan apa.nk dapatkan harga yang terbest!Akhirnya saya melaburkan duit kt ekdai cina kat Jalan Wong Ah Jang.
Bajet nk tukar sebelah jer pastu dlm lingkungan RM150 ke bawahla namun apakan daya,,kita hanya merancang kan...Saya terpaksa tukar kedua-dua belah tayar viva! Yang sebelah tu mmg dah patot sangat tukar coz tayar pecah! merbahaya weh...sebelah lagi pun bunga tayar tinggal 20-30% jer...lagipun takkan tukar sebelah jerkan. Nanti sure tak balance tayar depan, sebelah baru sebelah yang lama...Tokey tu promote tayar murah sikit tp..Semestinya tayar pilihan saya adalah tayar Goodyear...Sebab tayar skang ni mmg pakai brand tu pun dah ketahanannya agak lama! Almost3 years dah pakai.Semalam ada snap gambar tp takde kabel lak nk transfer masuk laptop ni. Pinjam kat google ajerla yer..Saiz tayar saya 165/60/14...sebijik tayar RM170 tau! Mean saya melaburkan RM340 semalam kat tokey cina tu..Alignment buat kat kedai lain sebab kat situ mahal. RM20...Takleh kurang da...


Gnilah rupa tayar saya skang...tapi rim saya kaler merah!hehe...


Read more ...

Rahsia Solat dari sudut Sains dan Kesihatan


Tahukah anda bahawa solat boleh merawat penyakit yang kritikal ?
Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains.

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Berikut adalah beberapa hasil kajian yang telah dilakukan berkaitan solat:
AKTIVITI OTOT - Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas
Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.
“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.
ISYARAT OTAK - Ng Siew Chok
Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.
“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya
Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.
“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.
Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.
Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.
Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.
KOMPOSISI TUBUH - Dr Fatimah Ibrahim
Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.
Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.
“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.
Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.
Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.
Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.
“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.
“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.
Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.
Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.
Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.
Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.
Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.
Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.
“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.
Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.
Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.
“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.
Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit
Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.
“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.
Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.
(Artikel ini dipetik daripada tulisan Ziauddin Sharuddin dalam laman web berita harian, untuk panduan dan rujukan umat Islam berhubung manfaat dan fadhilat solat )

Read more ...

Rezeki bercuti menang GA

semalam saya bercuti sebab nk menguruskan my viva 4eva...
So, seharian saya tak online semalam. Dah tengah2 malam baru nk bukak tenet cek sesuatu. Ada satu yang menghampakan tapi nk citer yang gembira jerla...
sebenarnya penganjur, cik azie ni berbesar hati nak bagi adiah lebih sebabnya cik azie ni dapat result cemerlang dalam SMP baru ni. Tahniah buat cik azie yer.



TERIMA KASIH CIK AZIE yer...

Read more ...

Tersentuh rasa hati dengan video ni.

Masa blogwalking tadi Lin terjumpa satu post kat blog kak aisya pasal video ni.
Taknak buang masa, jomlah kita hayati sebagai seorang Islam...Pasti tersentuh hati...

Sebelum tu kredit to ibnusyukran atas perkongsian video tu yer

Read more ...

Jawab survey online dengan ipanel dapat duit

Bila dah ada blog ni, rugi kalo tak aplikasikan segala lubang dan lubuk untuk membuat duit kan. Kalo heartbeat semua blogger dah tahu kita akan dapat duit based on click dan referral. Churp2 plak based on click dan assignment. Nak cash out mmg lambat lagila sbb had withdrawl min RM100! Saya tahu pasal program baru ni pun via Cikgu Dahlia. Pastu nadia pun ada inform kat shoutmix. Program ni namanya iPanelonline.


Ipanel telah ditubuh pada tahun 2004. Kami adalah sebuah syarikat kaji selidik yang profesional. Dalam masa yang singkat, melalui usaha kami, iPanel telah mempunyai ahli dari China, Hong Kong, Taiwan, Singapura, Indonesia, Thailand, Malaysia, Australia, New Zealand, Jepun, Korea, Philippines, Vietnam dan lain-lain. Kejujuran dan perjanjian adalah prinsip kami, kami akan memberi perkhidmatan yang berkualiti untuk anda.

Cara untuk mendaftar :

1. Klik REGISTER IPANEL . Kena isi form. Macam nilah rupanya form yang kena isi tu.


2. Bila dah siap register tu, ipanel akan antar link activation kat email. kita klik jerla kat email pengesahan tu. Terus log in ke akaun kita.
3. Secara automatik kita dah dapat 50 point selepas berjaya mendaftar tu.

Kita boleh tambah point yang ada dengan cara menjawab survey. Hari2 kita login pastu tengoklah ada survey yang available ke tak. Setiap survey point berbeza tau.Dengan point yang kita kutip tu ar kita boleh convertkan ke duit. Tapi dibayar melalui akaun Paypal. Jadi, kalo takde lagi akaun paypal tu jom daftar paypal dulu.

Yang penting mende ni tak perlukan modal serta bukan SCAM. Apa salahnya kalo kita mencuba kan. Terpulang pada diri sendiri.

JIKA BERMINAT, 


Read more ...

BE baru lagi arini :)

Seronoknya...baru jer semalam dapat 2 BE baru, arini nuffnang baik hati lagi nak bagi BE baru kat blog contest saya tu. Padahalnya tak update sangat sekarang ni...
Status nuffnang saya still GLITTERATI even saya pasang iklan dari tempat lain. Jangan risau..jom kita letak iklan adsniaga dan 701panduan tu. Nanti bila status bertukar, kita remove semula..hehe


Tapi yang tak bestnya, BE baru tu still nak menempek kat LR jugak! Maksudnya ada 3 iklan yang kena berebut tuk kuar kat LR tu..huhu


Oh nuffnang, ni yang buat daku lagi sayang kat kamu! Tapikan bagila iklan lain yang menempek kat header takpun SS lak...



Perasaan arini sangat gembira...sok bagi BE lagi yer. leh pecah rekod last year..4 hari dapat BE berturut2...Memang bestla bila dapat BE..Cepat sikit bleh cash out byk sikit...

Hujung minggu yang penuh ceria...


Read more ...

Saya Mahu Header Percuma!


Yied, nk header percuma yer!
 Nak ganti header skang ni..al maklumlah dah xvalid lagi url tu..hehe




Read more ...

STATUS GLITTERATI, 2 BE BARU DAN ME

Arini nak celoteh sikit. Pasal BE dulu yer. Seronok sebab dapat BE baru arini. 2 lagi tu! Sangat adil sebabnya NUFFNANG bagi kat Blog Personal & Blog Contest! Syok kan...Tapi 1 satu BE yang dah ME ar...xperla kan. Dah tamat tempoh...nak buat guane.Terima jerla. Yang tak berapa nak best adalah semua BE kat satu tempat jer kat LR! Kena bersaing antara sendirila nak kuar iklan kan...huhu...



Kenapa Lin petakkan STATUS GLITTERATI tu erk? Ha...sebabnya ada yang tanya pasal iklan2 yang Lin letak kat blog tu tak menjejaskan status nuffnang ker...Tamak haloba kan. Ala...cuba2 jer. Tu ar...nuffnang ni cuma competitor ngan google adsense, youthsay, advertlet jerkan...Yang lain2 takpun. Ini antara iklan yang Lin letak kat blog Lin. Jom usha... Tapi mintak maaf yer Lin tak berapa nak paham lagi sistemnya ni. Dalam proses nak belajar lagi. Sama mcm nuffnang, based on click dan impression.


Jadi, selain heartbeat dan Churp2 yang seme orang dah tau, apakata kita tambah lagi side income kita dengan menambahkan iklan2 dari syarikat yang lain pulak...Jangan risau..setakat ni, status nuffnang tak akan berubah..Tengok jerla screenshot kat atas tu bertarikh arini.



Read more ...

baucer RM500 OLI COLLECTION

Ingat lagi tak saya buat post b4, Menang CONTEST OLI COLLECTION BAUCER RM500...
Mulanya ingat bley tukar duit tapinya tak boleh...kena tebus barang OLI COLLECTION jer. Tak kisahla kan. Dapat juga amik yang berkenan kat hati secara percuma! Barang yang saya tebus kebanyakan untuk umah...Untuk ma...sebab ma yang beli kuih raya tu.hehe...kasi chance ar kat ma kan. Jom tengok apa yang saya tebus dengan baucer RM500 tu! 


Ini jer yang saya tebus. Tak percaya kan??? Sikit jer barangnya

Pasu bunga : 2 x rm64.90 = RM129.80---ma yg teringin pasu ni letak kat tepi TV
Handbag Hitam (saya punya) = RM45.90 --Dah less ni..Kalo x, RM79.90
Handbag Coklat (ma punya) = RM45.90 ---Dah less ni..Kalo x, RM79.90
Set Dinner 35pcs corak bunga ros kecik2 = RM199.90 --kawin nanti kena beli 1 set lagila...
Tray 3 set kaler hijau = RM29.90 ---sebab cam cantik jer tengok bunga dan corak tray!
Set cultury = RM39.90 --- menggatai amik mende ni
Tempat letak kunci bentuk crown = RM19.90 ---dah siap sangkut,xde dlm gambar atas

Total = RM511.20

Kena bayar lagi RM11.20 kat Kak Ina tu sebab lebih...Ada 3 barang lagi tak sampai..kain telekung, set cultury  pastu rak kunci...Biarlah tak sampai pun. Dapat semua barang kat atas ni pun dah sukahati...

BEST TAK? hehehe


Read more ...

Bila mereka bersatu...saya tersingkir!

Hihihi..tajuk macam orang nak kawin kan...
Bukanlah sebenarnya..
Yang bersatu adalah dua orang budak comel ni ha...
Diorang berdua ni cousin! Sorang Yati sorang lagi Nisa...Jarak umur setahun...

Teka mana Nisa mana Yati...hihi

Nak tahu x apa diorang buat tu? Khusyuk bebenor!
Diorang sedang layan lagu Thomas Arya- Merayu!

si yati tu pandailah nyanyi berbutir..tapi si Nisa ni pandai jugak..bunyi aaaaa jerla..sungguh menghiburkan bila dengar diorang ni nyanyi! Sebenarnya diorang ni takleh duk samer2...bertekak jer..tapi disebabkan lagu tu, maisng2 layan perasaan jer..haha


Ni kat meja sayalah ni..saya tersibgkir bila diorang ada datang ofis! sibuk sekali nak tengok youtube!huhu... saya duk bersembang jerla...best tak kejer saya?


Read more ...

Dah lama simpan..mujur ada kenduri!

Apa agaknya baru nak pakai tu erk...
*
*
*
*
*
*
Sebenarnya baju ni ha...


alamak! cam nak jatuh jer bersandar kat almari tu...kain dier cam lengan baju tu corak2nya...Baju ni saya beli last year nak pakai untuk raya puasa bulan 9. Lama dahkan..baru nak pakai masa kenduri umah kawan sabtu lepas.
Nak mujur ada kenduri pastu malas nak iron baju. sambar baju ni jerla terus.tak perlu nk iron dah! tudung tu pun yg dah siap beriron!just sauk jerla.tak menjadi pakai tudung tu tapi bantai jerla.herot2...tudung siap takde yang match dgn baju tu.Lama jugak kat umah kawan tu. adik dia yang kawin. Lupa lak..kawan saya ni ada blog jugak! anak dia comel sangat2..
jom usha blog dia sekali. dia ni lecturer tau kt kolej cyberjaya.
http://kura2berani.blogspot.com

ni plak nk tunjuk saya makan apa kat kenduri tu.segan nak snap gambar sendiri. amik gambar hidangan jerla. ada se lauk yg saya tak amik sebabnya time tu kena pantang makan nenas! Gara2 senggugut...hehe


Read more ...

Bertuah GA ni...

Alhamdulillah..setelah sekian lama menyepikan diri untuk join GA, akhirnya ada jugak rezeki buat saya...
Ramai yang bertuah...20 orang semuanya. Jom usha! Entri saya di sini---> ENTRI GA

Thanks OYA...

Saya menang ticket GSC kot...seronoknya...

Read more ...

Peraduan Shine With Sofy Menang Berlian


Jom cuba peraduan ni kot2 ada peluang menang berlian.
Saya dah siap print out borang tp lum antar lagi. Boleh email ataupun pos!
Kalo nak tahu lagi lanjut silalah layari

Tetiba mood nak join contest jer skang...kalo untung sabut. timbul kan...
kita tawakal jerla...


Read more ...

Saya bertuah Untuk GA ni...

Dah lama tak update pasal menang GA kan. Dah banyak GA yang saya tinggalkan. Mood hilang selama sebulan! Huh..lama kan. Oklah Lin nk update sikitla beberapa GA yang Lin bertuah dalam bulan Mac ni. Tak sangka masih ada rezeki buat Lin.


1. Lin bertuah dalam "Tangan bertuah Cik Nico"
TQ Cik  Nico yer...TQ pad sis Lela Farouk yg selalu mengalerkan saya pasal kemenangan yer. Cara pemilihan pemenang memang sangat telus tau! Tak caya sila terjah yer...


Ni ar Cik Nico


2. Lin menang keychain Sunway Lagoon dari GTO
rasanya dah last2 minute join ga bro eyriqazz ni. Rezeki..alhamdulillah..bukan senang nak jadi orang yang bertuah ni kan...

3. Lin jadi peserta terakhir untuk GA sis Haja


Ni pun mmg las minute join. Mujur sempat lagi. Best2..Sis LelaFarouk..tq tau alertkan saya lagi..

Lin ada dapat satu adiah comel tp tak tau dari saper. Sebab penganjur tak tuleh apa2 pun. Nanti Lin update gambar adiah tu yer. Lin juga nk update Hadiah RM500 yang Lin menang tu nanti..Tunggu yer...



Read more ...

ASMARA 1 DAN ASMARA 2 TV3

Siapa yang tak tengok cerita Asmara dulu yang ditayangkan di TV3? Sayalah orangnya tu..bukan tak tengok lansung tp tidak mengikuti sebabnya pada malam yang sama tu saya layan si Capik kat TV2. Hehe...bila iklan baru bukak TV3 tengok asmara tu! Bagi sesapa yang tidak berkesempatan tengok citer ASMARA 1 tu, meh nk citer sikit sinopsisnya yang saya amik kat blog perekacerita.com





Drama Asmara mengisahkan Zaliya (Faezah Elai) yang terlanjur dengan teman lelakinya, Raziq (Nazim Othman) sehingga mengandungkan anak luar nikah.

Bagi menutup malu, ayah Zaliya, Sahlan meminta Malik membenarkan anaknya, Asmara (Shaz Jazle) mengahwini Zaliya kerana Malik pernah berjanji untuk membalas hutang nyawanya. Malik yang tidak mengetahui tentang kehamilan Zaliya telah meminta Asmara menunaikan janjinya kepada bapa Zaliya. Walaupun keberatan dan mengenali perangai buruk Zaliya yang sekolej dengannya, Asmara terpaksa setuju dan melupakan perasaan hatinya dengan rakan baiknya Melati (Faralyna).



Pada malam pertama perkahwinan, Zaliya telah membongkar rahsianya malah dia juga memberitahu Asmara bahawa mereka hanya perlu berlakon dan akan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa.

Asmara yang mengetahui cerita sebenar Zaliya merasa tertipu dan marah kerana dijadikan Pak Sanggup oleh bapanya sendiri dek kerana terhutang nyawaZaliya pula tidak puas hati kerana dijodohkan dengan Asmara, sering mencari salah Asmara dan meminta diceraikan. Asmara akur dengan permintaan Zaliya dan akan menceraikannya selepas dia melahirkan anak.

Zaliya terpaksa menangguhkan pembelajarannya di kolej kerana kandungannya semakin membesar. Sahlan bimbang jika rakan-rakan perniagaan akan mengetahui tentang Zaliya telah mengurung Zaliya di rumah. Walaupun tidak mencintai Zaliya, Asmara telah bertindak untuk melindunginya dan berpindah keluar daripada rumah Sahlan.



Asmara telah memikul tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan berusaha untuk menjaga keperluan harian Zaliya yang sedang sarat mengandung. Zaliya mula berbaik-baik dengan Asmara dan jarang sekali bergaduh dengannya kerana Zaliya banyak bergantung kepada Asmara.

Raziq pula berasa tidak puas hati kerana Zaliya tidak mengugurkan anaknya dan telah merancang sesuatu. Adakah bunga-bunga cinta akan mekar di hati Asmara dan Zaliya? Bagaimana pula dengan nasib Melati? 



Caner plak sambungan citer ASMARA 2 musim ni erk????






Asmara (Shahz Jazie) sukar untuk menerima kenyataan yang isterinya Zaliya (Faezah Elai) telah meninggalkan dirinya buat selama-lama, Zaliya yang masih koma dikatakan sudah meninggal dunia oleh Sahlan. Hanya Sahlan, Rohayu, Tria dan Orang Gaji Sahlan sahaja yang mengetahui perkara sebenar mengenai Zaliya.
Penampilan Asmara mula berserabut dan tidak terurus kerana tidak menjaga diri selepas kematian Zaliya, walaubagaimanapun Asmara masih tetap dan bertegas dengan pendiriannya. Dalam masa yang sama, Asmara akan terus berdendam pada Sahlan yang menjadi punca perpisahannya dengan Zaliya.
Walaubagaimanapun Asmara tetap menjaga batasan tingkah lakunya dengan Sahlan, kerana Sahlan merupakan bapa mertuanya. Asmara tekad untuk menerima kenyataan dan berubah demi Adam dan watak Osman yang menjadi perbualan dalam musim lepas akan di zahirkan dalam musim ini untuk tontonan bagi menambah kehangatan drama Asmara musim ke 2.


Sumber: http://blog.mohdisa.com/sinopsis-drama-asmara-2-tv3.html#ixzz1H9kVmw7z

jom tonton setiap SELASA JAM 9.00 malam yer di TV3.



Read more ...

Gara2 Cikgu Dahlia saya pergi Marina Seafood

Disebabkan sangat teruja dengan cara penyampaian cikgu dahlia tentang sebuah restoran yang sy tak tahu pun glemer kat Tanjang Lumpur tu, saya tela mencuba sendiri kenenakan masakan kat Restoran Marina Seafood Tanjung Lumpur! Saya pergi sempena my birthday aritu. Dah 2x pegi dalam masa seminggu tu! Fuhh! memeang enak seperti yang dikata sis Dahlia tu. Selama ni kalo nak makan kitorg g area tepi pantai tu. Tak sangka plak kt situ memang best!
Saya try menu spesel Ketam goreng telur masin. Untuk kuah order tomyam pastu sayur kailan goreng ikan masin. Menjilat jari..sedap gilerla...Rasa lengkap jer bahan2 tu. Tapi saya tak sempat snap gambar dek khusyuk sangat makan ketam tu. 
Jadi, saya pinjam gambar2 daripada Cikgu Dahlia jerla yer. 


memang special!

kailan sedap!

TQ CIKFU DAHLIA yang merekemenkan tempat ni. Memang berbaloi2...So.pasni kalo trn Kuantan, memang saya akan teringatkan ketam goreng telur masin ni jer...



Read more ...

Keputusan SPM Diumumkan Rabu Ini

mStar Online : Keputusan SPM Diumumkan Rabu Ini

Keputusan SPM Diumumkan Rabu Ini

PUTRAJAYA: Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 akan diadakan pada 9 pagi Rabu ini di Aras 6, Blok E8, Kementerian Pelajaran di sini.

Menurut satu kenyataan pada Isnin, calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas 10 pagi hari yang sama.

Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos, atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri, tempat mereka mendaftar sebelum ini.

Kenyataan itu menyebut Kementerian turut memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan SPM melalui mySMS di talian 15888, mulai tahun ini.

Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai 10 pagi Rabu ini dan ditamatkan pada 12 tengah malam hari yang sama. - BERNAMA


Read more ...

Senggugut??? argghhhh....

kredit to google

siapa yg selalu kena senggugut? ermm..sayala tu.Tiap bulan pasti kena! kalo tak kena tu, kira bersyukur sangat2la.Dah bertahun2 menghadapi situasi ni.
Kalo tiba masa kena tu, alamatnya tak g kerjala...baring jer kat umah! pernah sekali tu saya bangun pagi  pastu ada rasa sakit2 sikit terusla mandi siap2! lepas tu baring n tdo kat katil sampaila petang baru bangun tau! mata lebam sebab terlebih tdo. Balm harimau tu dah sedia kat tepila..Tapinya sakit tu Tuhan saja yang tahu. Datang kejap2...time sakit tu, ak tau nak bua caner rasanya. Tengah2 tdo pun terjaga sebab sakit!
Pernah amalkan petua minum air halia tapi tak jadi pun.

Terjumpa petua baru ni. Dari petua orang kampung.
Rebus air asam jawa bersama gula merah sehingga mendidih. Apabila air telah suam, minum air tersebut. Jika diamalkan selalu, insyaAllah senggugut akan hilang.
Caranya mudah dan bahan yang biasa jer. Harus dicuba ni!

Time senggugut ni orang kata jiwa kita sensitif sikit. Memang yer pun kan..emosi kurang stabil. Saya berharap rasa sakit senggugut ni akan hilang suatu hari nanti...amin... orang kata bila dah kawin hilangla...yeker?? nak kawin cepat2la...


Read more ...

Saya Join Bloglist Yuyu Zulaikha 3

Hope masih diterima yer Yuyu comey...


Penuh harapan ni agar blog linazlina berada di bloglist Yuyu...
Lehla terbang bersama kupu2kecik tu...
Korang nak terbang jugak?
klik jer gambar comey kat atas tu yer...



Read more ...

Domain dan iHosterz : Murahnya!

Oklah...
entri arini citer pasal info yer kawan2..dah ramai yang tahu apakah domain tu kan.
So, Lin nak tujukan pada blogger2 baru yang rasa nak tahu. Pastunya kalo ada salah atau nak tambah dipersilakan yer.. sangat2lah dialukan..

Apakah domain tu?
Domain ni pada saya dikira macam rumah kita sendirila. Maksudnya URL blog kita ni..Nama blog ataupun website.
cthnya : www.linazlina.com (ini contoh domain berbayar...)
cth lg : http://strawberry-lynn.blogspot.com (ini domain percuma!)

Domain ni unik. Maksudnya tiada website yang mempunyai URL yang sama.

Jadi, apakah perbezaan dari segi guna domain berbayar dan percuma ni?
Sebenarnya byk kelebihannya kalo kita guna domain yang berbayar ni. Untuk pengetahuan Lin start guna domain sendiri masa 8 Mac aritu sempena my birthday. Senang nak ingat! hehe..jom tengok kenapa Lin nak sangat guna domain sendiri ni.

1. Domain yang pendek dan senang nak ingat..Contohnya www.linazlina.com lebih senang nak ingat berbanding http://strawberry-lynn.blogspot.com

2. Hak kita sepenuhnya. Di sini bermaksud bila kita dah rumah sendiri, tidak lagi menumpang kat rumah orang macam blogspot tu...jadi tiada siapa pun yang boleh sesuka hati nak terminatekan kita punya blog/website tu. Kalo kita menumpang ni, ada kemungkinan satu hari nanti kita akan hilang rumah sebab kuota dah penuh so kena buang sesaper yang menumpang! Faham tak camtu..hehe...

3. Kalo dari segi SEO plak, kalo kita guna domain yang berbayar ni peluang blog kita diindeks oleh enjin carian memang lebih tinggi berbanding dengan guna domain percuma. Ranking pun cepat jer dah naik tau! Dalam ms seminggu jer ranking alexa dah naik selepas guna domain sendiri.

4. Nampak lebih professional dan membina kredibiliti kitala. Mean nampak kesungguhan kita nak berblog tu kan. Sanggup nak bayar tuk domain tu. Dari segi profesional tu ialah bila kita ada domain sendiri, kita  akan dapat email domain tu tau. Contohnya camni : admin@namadomain.com (admin@linazlina.com)

oklah rasanya setakat itu sahaja saya nk kongsikan bersama semua. Jika ada penambahan sila bgtau kat komen yer...banyak web yang menawarkan domain dan hosting ni tapi saya syorkan gunalah iHosterz sebabnya boleh dipercayai dan PALING MURAH!!! Kalo tak percaya boleh survey...coz saya survey dulu semua sykt yang menawarkan domain dan tenyata iHosterz paling murah! Cuma RM29 setahun!

Kalo terasa nak dapatkan domain dari iHosterz boleh klik kat gambar bawah ni.


Next entri Lin nak citer pasal iHosterz plak yer...Apa yang menyebabkan Lin pilih iHosterz berbanding domain dari xxxx,yyyy dll tu..Hosting pualk masih dalam perancangan. Kena belajar dulu serba sedikit.
Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...