Side Income Churp2 dan Heartbeat.my

INI STICKY POST YER...
ENTRI TERBARU KAT BAWAH LAGI...


Assalamualaikum.


Petang yang panas terik ni dapat minum air kelapa atau air tebu memang best! sejuk jer tekak...Pagi tadi g servis kete kat Perodua. Mujur jer kejap siap antar 8:30pg dalam kul 9 lebih tu dah siap! Sempat jugak sambar kuih 3 biji dengan milo panas. 
Iklan jer kat atas tu. Saja intro. Nak citer pasal pendapatan blogger selain nuffnang. Al-maklumlah skang  ni nak dapat buffered earning punyalah payah! Saya punya BE semua dah ME tau! sangat sedih! Bilakah nuffnang nak bagi lagi BE baru erk



BE dah susah nak dapat, sambil2 tu meh kita menjana duit sampingan bersama Churp2. Satu company gak ngan nuffnang ni. Tidak akan ubah status gliterrati pun. Tapi kena ada twitter jugak! Register jerla kan. Bukan kena bayar pun. F0C! Biarlah lambat pun nak cash out janji nek jugak earningnya tu. Jom tengok earning saya setakat ni.


Sikit jerkan.Xperla...sambil2 kita online duit masuk.


Jangan lupa add Lynn punya twitter yer

Ada se lagi yang boleh bagi kita duit tau tanpa menjejaskan status gliteratti kita tu ha. Namanya heartbeat.my. Rasanya dah ramai blogger yang tahu pasal ni. Just click2 jerla..Tolong sesama kita. Okeyla...Mama Zharfan dah 2 x cash out tau!


Yang penting skang kita menggunakan saluran yang ada untuk menambah kan lagi income! Ye x? Jadi, apakata saper2 yang masih belum mendaftar tu jom kita daftar heartbeat.my ni. Korang klik banner kat bawah ni yer. Tutorial pasal heartbeat tu ada gak Lin buat entri lepas. 


Klik gambar kat atas ni nak daftar yer.

Rasanya itu jerla yang hendak dikongsikan arini. Tengah bersedih sama nuffnang sebab dah lama tak bagi BE baru ni.
Nuffnang, sok kasi BE yer...hihi


~google~







Read more ...

Contest Tiket Wayang dari Blogger Shakiddo

pelik tak?
Lin pos entri contest kat blog utama.
Sebabnya tak pelru letak banner kat sidebar..hihi...lagipun internet tgh slow+ bukan laptop biasa ni.Bantai ajerla kan.



Mintak2 dapatlah..rezeki..amin


Nak buat tugasan ni.


A) Berapakah harga pakej SEBULAN untuk Streamyx Broadband & Voice Deals bagi 2Mbps? Jawapan : RM130
B) Anda kena LINKkan juga salah seorang SPONSOR HADIAH iaitu hazmanfadzil.com 
Jawapan : dah follow n linkC) Soalan pemutus seri. Berapakah jumlah HARGA (dalam RM) untuk membeli siput sedut nih?
Jawapan tekaan : RM115



cepat join sebab tarikh tutup arini tau!


Read more ...

BUFFERED EARNING SIKIT GILER!

Baru berharap agar BE yang dapat tu akan bertahan lama tetapi hampa...Dahlah sikit giler earningnya. ish! bersyukurlah...nk harapkan click konpem lagi payah kan.
Korang jangan gelak yer tengok earning yg sangat ciput ni. Tengok jerla..malas nk highlight2 dah...tak malu pun..huhu
Skang blog saya dah takde BE lansung. emmmm...incik nuffnang, sila gantikan BE baru tuk saya yer...
Tengoklah total earning tu..ntah bila nak cash out kalau macam ni kan.




ke kena buat blog baru leh dapat BE ni? hihi...ada kan tips camtu..nk adil katakan...
Incik nuffnang, pujuklah advertiser tu...kasi chance ar kat blog ni nak mengiklankan biarpun blog yang turun naik trafik disebabkan tuan belognya dah kurang mood gara2 BE tak dapat2 ni.huhu
Tadi tengok ada iklan LG Optimus kat LR. Sempat snap! Kalo nuffnang baik hati, harap2 esok dia bermurah hati nak bagi..hihi



Jom doa bersama2 agar nuffnang bermurah hati nak bagi BE baru pasni.






Read more ...

Bloglist Anastasyea Bulan Mac 2011


Siapa yang nak join jugak segmen ni?
sila angkat tangan..

eh! silap...
sila klik header kata atas tu..

Cikgu SEO sayani tau...
jom join ramai2!

due date : 3 mac 2011


Read more ...

Peraturan baru CELCOM

Semalam try nak reload my celcom tp fail! nak check balance guna *124# pun xley tau. Katanta prabayar saya telah tamat. Kena beli prabayar baru.huhu


Pastu  saya call customer service tanya pasal hal tu. Padahal baru jer 2 bulan x topap. hehe..xguna sgt celcom. Saya pengguna maxis tegar.
Nak tahu tak kalo saya nak guna mean aktifkan no saya tu semula kena g celcom centre dan bayar RM100! tapi duit tu masuk dalam baki kita semula ar..Org tu kata itu peraturan baru 1 feb...ermmm...rm100....
Tak taulah nak bayar ker cari no.len jer..tpkan sayang ngan no tu. dah cantik dan dekat2 ngan no. maxis saya...


~google~


Read more ...

SMS DAN MENANG! BIDA SELEBRITI

Lafazkannya dengan stail cornetto?
Macamner tu erk?


Jom kita bida artis2 yang terpilih ni ha...Cara SMS jer...


23 Feb- 31 Mac jer tau


CARA MEMBIDA



Tak faham lagi?

Cuba tengok sini -----> CONTEST CORNETTO STYLE


Read more ...

BULAN MAC BULAN DUIT...

lagi seminggu nak jejak bulan MAC!


Apa yang best ngan bulan tu erk?Banyak sangat perkara yang saya sedang tunggu ni...



inilah yang paling bermakna sekali!
ingat yer..
8 MAC 
(Rasa cam nak buat contestla...)


viva punya birthday jugak...
kena spend duit banyak tuk incik viva nak aksi adiah ni..tahun ni NCD bape ntah...

Apalagi erk?
jeng jeng jeng...

saya dapat duit kutu! ngeee...sukernya...

ada lagi tau! Paling best ni...

tak sabar nak dapat surat camni...dari HSBC...Duit nuffnang first cash out last january aritu.taklah banyak mana tapi hasil titik peluh sendiri berblogging kan...

Nantikan contest saya yer. Bukan apa.rezeki ada bulan mac ni.so, nk aksi adiah yang agak best sikitla.hihi




Read more ...

Dia seksi x? Cuba tengok

Jom tengok si cilik Nisa ni pas mandi...



Sebenarnya beginilah budak2 dipakaikan tualanya selepas mandi kat PERMATA tu. Comel x?
Alamak..dah smeinggu tak jumpa nisa ar...gara2 g Taiping last week

Minggu ni nak g jumpa dialah...
Rindu...


Read more ...

Penantian berakhir. Dapat BE arini.

Arini kena gembira. Rasa nak melompat jerk.
Sebenarnya bukak nuffnang sebab nak tengok layout elok dah ke belum. Tetiba check kat earning dapat buffered earning baru! sungguh seronok tak terkatala. last dapat BE masa bulan lepas aritu pastu semua  dah jadi buffered. Tersangat sedey.
Oh nuffnang sayang..ingatkan kamu dah lupakan daku..ternyata kamu masih sayang padaku...
Thanks yer en.nuffnang
Tak dilupakan juga buat Maxis yang mempercayai blog ini.
Tapikan..naper layout nuffnang saya camni erk...takde kaler biru tu yang kotak2...Korang punya layout ok x?
Tapi xde plak tengok blogger2 menulis kata nuffnang punya layout jadi cam saya ni...
whateverla...janji dapat be!



saya dapat 2 BE arini. satu tuk blog utama dan satu lagi tuk blog contest! sangat adil kan..dahla 2 2 yang dapat tu kat LR. Baru sikit tu kan...takpe..kena blogwalking rajin2la ni.


TQ NUFFNANG & MAXIS!
Read more ...

Taiping Dalam kenangan! Jumpa blogger diary kecilku..

Masih terasa penatnya badan ni...sengal2..
Saya kan abru ejr balik dari kursus kat Taiping. 4 hari kat sana memang bestla. Tak terasa sangat lamanya kursus tu sebab ada seorang budak tu yang agak2 slumber dan membuatkan kami semua terhibur! Taklah boring sangat kat sana. Makanan kat situ ok2 jer. Jadual agak pack tapi mmg tak rasa sangat pun. Seronok dapat kenal dengan mereka2 ni. Tapi yang tak best adalah internet connection kat sana memang menyakitkan hari tau. So slow! Guna WIFI jer. Tempat tu memang dekat2 ngan hutan.jauh masuk ke dalam.
Ingatkan semalam nak stay kat KL jer tapi tak jadi sebab rasa masih awal nak bertolak ke Pahang. Tersilap jalan asalnya tp tak pusing balik. Tau x jalan mana? jalan lama tu yang lalu kut Muzium Orang Asli dan UIA tu. Mean tak lalu tol gombak! Terus sampai kat Genting Sempah. Tapinya jalan tu sangat2 menyeramkan. Tawakal jer semalam. Akceli bukan tak tahu jalan nak balik tapi masa tu dah jam, terlepas jalan..tak lepas nak masuk ke jalan yang sebenanrnya.hehe Teruskan jer perjalanan. Tanya org kampung kat situ kata leh tembus ke highway..lagi 20km.katanya lagi jalan tu dekat cuma bengkang bengkok sikitla..Dalam hutan tau. Sungguh seram...Tobat tak lalu dah.
Samapi kat umah kul10 malam...TErus tidola. Badan dah rasa letih...
Apapu  kenangan kat Taiping sangat best! Jumpa adik beradik yang lain.

Paling best saya jumpa blogger! Tak sangka giler..rupanya satu company..Tau x saper?


Cik ana kita tu tuan punya blog Diary Kecilku...Seronok jumpa kamu cik ana! 
Kitorang kena present blog kitorang malam tu...sebab belajar blogging...Pastu rasa cam pernah blogwalking jer blog tu...tak sangka jumpa real! Sila berkunjung ke blog dia sebab cik ana ni update pasal aktiviti kitorang sepanjang di Taiping Golf Resort!
Read more ...

PICASA ITU BEST RUPANYA...



Inilah hasil kedua percubaan menggunakan picasa ni.
Best....pasni lehla guna picasa...tak layan sangat dahla photoscape tu..hihi...

mata dahmengantok ni...

ini entri yang menarut yer...saya tak sempat nak fikir apakah yang saya nak tulis..
Tapikan..bestla guna picasa ni..kalo nak senang gunalah...

Tapikan...ada satru kekurangannya...
xleh nak isi watermark...huhu...bahaya ni!

Ke saya yang lum abeh explore lagi ni...
kalo betul ar xde cara nak isi watermark, nampaknya kena guna photoscape jugakla...

oklah..sambung belajar lagi....



Posted by Picasa
Read more ...
Testing from picasa ni..hehe...
best jugak....
amik kesempatan ni sambil belajar...
ka r..nak smabung belajar jap..
gambar hanya sebagai hiasan..
rindu kat nisa....huhu












Posted by Picasa
Read more ...

Hari kedua di Taiping Golf Resort

Second day kat sini. Start pagi tadi belajar pasal e! e apa? e-learning...e-gov...e-dagang
Best giler belajar pasal e-dagang tadi...Trainer tadi tu adalah yang e-bay punya tau! Memang teruja nak jual barang kat e-bay bila dia present tadi. Masyuk giler! Kena pandaila sikit..kena ada knowledge...
Masa riadah tadi ada tresure hunt. Group saya no.3! haha tersilap klu. Lawak gilerla..apapun sangatlah best!
Sesi malam lak pasal social media. Belajar twitter, facebook, skype...
ala..ngantok dah ni..curik masa jer menulis blog! Skang ni sesi perbincangan isu dengan en.nafis
Macam tak baper nak perlu sangat nak dengar..hihi
Oklah...dah ngantok..nak stop dah...


Read more ...

Kini di Taiping Golf Resort

Assalamualaikum...


Saya kini berada di Taiping Golf Resort...Jauh kan...Bayangkanlah dari Chini tadi kul7 lebih pastu sampai kat tempat yang cantik dan damai ni pukul 5! Betapa jauhnya perjalanan arini. Ingatkan dah sesat tadi...mujurlah laluan yang betul. 2x tanya orang kat jurutol tu tnya arah ke Taiping. Tak pernah lagi sampai ke Taiping tau. 8jam perjalanan yang sangat dasyatla...sian kat incik viva...huhu..


Sekarang ni sesi belajar blog. So, ada kesempatan ar nak update blog daripada berhabuk. Kpd smua pengunjung blog ni mintak maaf bebanyak yer sebabnya tak smepat nak berblogwalking maybe selama 3 hari ni. Al-maklumlah..berada di perantauan...di utara..dekat ngan gunung...dalam hutan..haha


Nanti nak update gambar plak yer...Ni tengok dulu gambar yang saya pinjam kat pakcik google ni yer...


kredit to pinganchorage.com.my

Pemandangan kat sekitar sini. Nice view. Cantik! HIjau mata memandang...berlatarbelakangkan bukit ke gunung ntah!

ni kat pintu masuk! jauh gak nak masuk ke dalam tu tau. kalo jalan kaki sure berpeluh2 basah baju tau.


ni  antara bilik yang terdapat di sini




Read more ...

HEARTBEAT INCOME MASYUK!

Selamat petang...


salam bahagia...Income heartbeat(HB) masyuk???
Ya...
Jika kita gigih berusaha! Tak percaya? income seorang blogger iaitu mama zharfan dah mencecah hampir 3 ratus tau. Padahal baru jer cash out...Jadi, kepada sesiapa yang amsih tertanya2 apakah HB ni, meh nak explainkan sikit. HB ni sebuah syarikat yang menjual souvenier (cam salah eja jer)hihi. kiranya macam e-shop ar...ada macam2 gift yang kita boleh tempah dengan design kita sendiri tau.
Macammana boleh dapat side income?
Dengan cara referral dan click! Jadi, kalo ada blog tu senangla kan.just tempek code banner kat blog pastu suruh pengunjung klik! Jangan risau sebabnya HB ni tak macam nuffnang. Xde istilah fraud click!
Nak tengok income saya setakat ni? sikit jer...
ala...kita register pun free jer kan. Status nuffnang pun tak effect




KLIK GAMBAR KAT ATAS KALAU NAK MENDAFTAR.

KETERANGAN LANJUT BOLEH DIDAPATI DI ENTRI INI




Read more ...

Agar-agar bandung pencuci mulut, roti telur sarapan pagi

Salam..semalam kan cuti maulidur rasul. Dahla ujan.nak ke mana2 pun malas.nak packing baju dan barang pun malas!xde mood...Duk umah pun just online n layan citer jerla kat tv.
Petang---> rajin pulak nak buat agar-agar bandung untuk dimakan bila2 masa jerla. Mula nak isi telur pastu tak jadi sebabnya ma kata kalo xjadi, hanyir palk telur tu. kena buang pusat telur...huhu.baru tahu telur tu ada pusat!
Skang ni agar2 tu ada dalam peti.
Buat agar2 paling senang dan mudah kan. Agar2 ni biasanya dijadikan sebagai pencuci mulut. Nak siapkan pun cepat tak makan masa sangat. Ni gambar agar2 yang saya amik kat google tau. Tapi, camnilah agar2 yang saya buat tu. kaler pink...



Pagi tu masa breakfast saya buat roti telur. Balas dendam sebab malam tu tahan perot nak makan.hihi.dah malam malasla nk makan..so, pagi2 terus buatlah..

~google~
suka sangat makan roti telur ni sebabnya lembut..apa jua makanan yang berasaskan telur memang sedapkan...nak buat pun senang! just salutkan dengan telur dan goreng!



Read more ...

Aisyah Zainal dan SEO!

Salam Maulidur Rasul diucapkan buat semua pembaca blog Lin ni. 
Arini ujan..rahmat...selalunya panas terik sebelum ni. Syukur...Oklah...arini Lin nak citer sikitla. Tadi cek keyword kat nuffnang pastu cek referral. Nak tengok gak penyumbang trafik ke sini kan. Mulanya tertanya2 jugakla sebab referral kedua tertinggi datang dari google.com.my So, lin try click.


Blog lin berada di page pertama carian Aisyah Zainal! Tapi last sekali ar.

tengok!google penyumbang kedua trafik blog arini...hehe

Lin pun nak selitkan sikitla pasal Aisyah Zainal ni. Yang dah bertunang dengan Ally Iskandar. Jom layan gambar2 diorang yang diambil kat beautifulnara



MERAH MENYALA KAN...
TAHNIAH BUAT AISYAH ZAINAL DAN ALLY ISKANDAR..

SEMALAT BERTUNANG...










Read more ...

Syoknya Shooping kat Nilai 3

Perjalanan sempena cuti sekolah CNY aritu.


Chini Phg - Tampin N9 - Tjg.Karang Slgr. - Trolak Perak - Nilai N9 - Tampin - Chini
Fuhh...toksoh katalah badan ni..letih wo! dahla balik kg. tuk kenduri...bukan balik saja2. Tolong macam2.
Masa on da way balik tu kitorang singgahlah kat Nilai 3 nk menunaikan impian ma yang dah lama teringin nak beli frame! Akhirnya terlaksana...Masa tu pun dah dekat kul8 lebih dah. Kedai pun ada yang dah tutup but still can shopping. Mulanya nak usha2 jer pastu last2 beli gak. Mujurlah keter dah full dgn barang dan orang,kalo x mesti dah angkut carpet dan tikar buluh dah!
Ma ajak g bulan 3 ni sebab dapa duit kutu!kena bawak 2 keter yang kosongla ni baru puas hati nak bershopping kan! Jom layan gambar2 yang sememangnya tak elok ni...kamera hp ni xelok kalo amik waktu malam.
kedai pertama g usha...ape ntah namanya. last2 xbeli pun..haha
penat kejo ngan nsia tu ha! aktif sangat

pakistan tu cam penat dah nak melayan kami

adikku yang suka snap pic sndiri!rambut kelako!

nisa xnk dipegang!dia nak g merata2

kedai kedua g!kat sini byk borong.kebetulan abang tuan punya kedai ni bukak kedai perabot gak kat tempat saya tu ha. kat chini.

aboh tgh pilih frame ayat al-Quran

nisa kat celah2 toto!men meter air

Banyak lagi kedai yang disinggah lepas2 tu tp xde picture! dah penat sangat. sampai kat Tampin kul 11 malam terus tdola. Next entri Lin tunjuk barangan yang telah dishopping kat Nilai 3 ni yer. Malas nak sambung kat entri ni panjang sangat nanti.


Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...