Semak Keputusan PMR melalui SMS

Insentif RM0.03 sen untuk anda! Claim kat MynewsHub yer 

Adik saya yang MRSM tu ambil PMR tahun ni. Mesti berdebar jer dia. Saya dah janjikan habuan yang agak best kalau dia boleh dapat 7A / 8A..harap2 dia boleh buatla. Kuat sangat main laptopnya. Entahla.. mungkin kat rumah jer balik sekali sekala dia lepaskan gian main laptop hampir seharian tau.

sumber : mynewshub

KUALA LUMPUR – Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 akan diumumkan Khamis ini.
Menurut satu kenyataan Kementerian Pelajaran Isnin, analisis keputusan PMR akan diumumkan di Putrajaya pada hari berkenaan.
“Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada hari sama,” menurut kenyataan itu.
Mulai tahun ini, kementerian memperkenalkan khidmat semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 yang diaktifkan mulai 10 pagi Khamis hingga 12 tengah malam, 28 Dis.
Maklumat lanjut berhubung khidmat pesanan ringkas (SMS) itu boleh diperoleh di laman sesawang kementerian www.moe.gov.my.
Seramai 481,292 calon menduduki peperiksaan PMR di seluruh negara tahun ini. – BERNAMA
Cara Menyemak Keputusan PMR melalui SMS
sumber : moe.gov.my


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...