Risiko kurang tidur serta tip lena tidur


Entri ini ditulis sebabnya saya memang kurang tidur malam tadi. 3 jam jer masa saya beradu! Sungguh tak produktif bekerja pada hari ini. Dah alang2 nak buat entri smabil2 tu buat research sikitla pasal risiko kurang tidur ni. Humm...banyak efek negatif sebenarnya jika kita tidak mendapat tidur yang secukupnya tau!

Antaranya ialah :

Sumber : e-kesihatan
Kurang tidur boleh menyebabkan obesiti sebabnya ada sejenis hormon yang dikeluarkan iaitu ghrelin dan   menyebabkan rasa lapar! Jadi, memebuatkan selera meningkat.

83 peratus berisoko mendapat penyakit hypertension! Kurang tidur menyebabkan tekanan pada tubuh, memaksa jantung berdegup lebih pantas, kata pakar. 


Kurang tidur menyebabkan mata saya bengkak! Lebam di lingkaran mata. Sungguh buruk..macam panda! huhu Apabila kurang tidur juga nak buat kerja pun malas. Nak mengupdate blog lagilah malas. Ni pun menggagahkan juga menaip entri ni. Mood pun agak kurang baik jugak! Daya tumpuan agak kurang kalau mata mengantuk macam ni.


Banyak lagi risiko jika kurang tidur :
  • menyebabkan badan jadi lemah dan lesu
  • menyebabkan muka jadi tak ceria dan pucat
  • menyebabkan pedih-pedih pada mata dan mata jadi merah (memang pun kan...)
  • mudah tumbuh jerawat pada muka (dahlah kulit saya memang sensitif)
  • menyebabkan otak berserabut dan tertekan (ada benarnya)
  • mudah pening kepala

Kesimpulannya, jika kita kurang mendapat tidur yang secukupnya badan akan menjadi letih dan lesu seterusnya mengundang pelbagai penyakit. Kita disarankan agar memperolehi tidur paling kurang pun 5jam tau.


sumber : google

Jadi, lepas ni  cuba disiplinkan diri untuk tidur pada waktu yang sepatutnya. Pesan untuk diri sendiri ni. Selain itu, pastikan tidur tu nyenyak dan lena! Jangan pulak tidur dah ikut jadual tapinya tak lena...tak ok jugak camtu.


nak tidur dengan lena...tambah2musim hujan ni

petua yang diambil dari petua kesihatan

1. Sejam sebelum anda nak tidur, minumlah dua sudu makan apple cider yang dicampurkan dengan satu sudu madu asli dan setengah cawan air. Amalkan setiap malam sebelum tidur. Mudah-mudahan lepas mengamalkannya anda akan dapat tidur lena dan berasa segar di pagi hari.

2. Ambil 10-12 biji kurma cina dan sedikit biji manjakani. Rebuskan kedua bahan ini sehingga mendidih. Amalkan meminum air rebusan ni setiap pagi dan malam. InsyaAllah anda akan rasai hasilnya.


Langkah lain yang boleh diambil -----> Nak tidur dengan lena

1. Tutuplah semua lampu. Bila gelap senang sikit nak tidur.
2. Pastikan suasana senyap sunyi. Bolehlah dapat aura nak tidur tu
3. Sebelum nak tidur tu, masa nak lali tu beranganlah sikit! Ynag indah2la...sampai terlena...

“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh neyra shazeyraLennymoriza dan ditaja oleh Vitamin Semulajadi

13 comments:

  1. maera takleh tidur 5 jam.tak cukup.kena cukup2 8jam.huhu~

    ReplyDelete
  2. lepas ni nak tidur gn cukup la..

    p.s : patutlah jerawat ika naik..huu~~

    ReplyDelete
  3. skrg ni..
    nini slalu tdo lwt..
    hadoii.
    masalah2...
    thx 4 the info..
    hehee

    ReplyDelete
  4. good info :)

    saya ni rasanya terlebih tido sampai badan jadi lesu hehe

    ReplyDelete
  5. @Khumaera Ismail aka Mariam Ismail samerla maira..lin pun kena tdo 8jam..kalo tak sure dok nguap jer

    ReplyDelete
  6. @eiyzniey samerla..sokmo jugak tdo lewat lately...

    ReplyDelete
  7. @Amirez terlebih tdo pun mengundang penyakit kardiovaskular jugak..hehe

    ReplyDelete
  8. kalau penat sgt.. mmg best tido :)

    ReplyDelete
  9. alhmdllh sy ni jenis sng tido ... tp siang2 xsuke tido..

    lin jgn tido lewat tau (hee..pndai je ckp kat org :p)

    ReplyDelete
  10. @Ummi Hanie samerla..siang pun saya tak suka tdo....

    ReplyDelete
  11. lin, kakyong yg dah anak 3 ni pun at least mesti tidur 7-8 jam.. hehhe.. walaupun masa anak sakit kerap2 x leh nak tidur lena.. tp bila dah lena., memang x sedor anak melalak.. hihihikkk..

    ReplyDelete
  12. datang sini untuk mengadili contest :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...