Risiko guna Minyak Masak Kitar Semula

Insentif RM0.03 sen untuk anda! Claim kat MynewsHub yer 


Isu sedang hangat ni..terjumpa di beberapa blog seperti teratakarmo dan dezamancottage pasal mende ni. Saya pun tengok kat mstar..


Ikuti lanjut yer..kredit to mstar online


Jangan Guna Minyak Masak Lebih Dari Sekali
PETALING JAYA: Pusat Racun Negara memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.
Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali.
"Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.
"Kebanyakan pengguna tidak membuang minyak yang telah digunakan. Mereka menyimpannya di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang" katanya ketika dihubungi The Star.
Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, Unipeq Sdn Bhd yang menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam bungkusan 1 kilogram.
"Berdasarkan piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia, minyak masak itu tidak sihat," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Siti Noor Baiyah Abdul Malek.
So, pasni kena beringatla yer...kena pesan kat mak atau isteri dan semua sedara mara kita yer...bahaya!

Barangan kosmetik bernilai RM350 free jer ni. Serius tau..

5 comments:

  1. kena hati-hati la lepas ni gayanya..

    ReplyDelete
  2. pasni kna bgtaw my mum..thanks..

    ReplyDelete
  3. beli jer yg 5 kg tu.. yg repack ni memang minyak yg sudah diguna, selalunya dari hotel2..

    minyak yg dijual di pasar mlm, yg dipam dari tin itu pun adalah minyak gred 3, ia minyak yg belum diguna, tp punya kelikatan yg tinggi.. jd masih byk lelemak dlm nya..

    kakyong dulu kerja kilang proses minyak masak.. jd dr pokok kelapa sawit, proses buah sawit, sampai lah proses minyak, memang kena tahu 'by heart'..

    ReplyDelete
  4. biasanya kalau goreng telus atau keropok minyak tu pakai balik, ini kira xelok jugak kot...

    ReplyDelete
  5. hmm..dulu pernah terbaca gak pasal guna bnyk kali minyak yg sama, ada google gak, tapi ada yg kata ok..huhuh..tapi yg minyak pek tu dgr2nya mmg tak elok..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...