Kisah Hari Assyura


Semalam, saya and the gang (GWGF) Alaa..saya kan sukarelawan Gabungan Wawasan generasi Felda telah bekerjasama dengan pihak GPW (Gerakan Persatuan Wanita) untuk buat bubur assyura ni. Hurmmm..kami datang awal 8.30 pagi. Makan2 kat kedai roti canai dulu pastu baru g tolong2. Buat kat Wisma JKKR Chini Timur 2. Layan gambar2 jerla yer. Oh yer! Nak cerita sikit kisah bubur assyura ni. Biasanya orang buat bubur ni bila tiba 10 Muharam. 
sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Bubur_asyura
Sejarah hari Asyura
Peristiwa Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s., Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam. Nabi s.a.w. bertanya apa yang yang mereka lakukan? Orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka. Maka Musa berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. (Riwayat Bukhari).

Ada juga anggapan bahawa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Nuh. Kononnya, selepas diselamatkan daripada banjir besar, maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan dengan juga dengan Nabi Nuh.

Puasa hari Asyura pula merupakan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. (Riwayat Bukhari).[2]

Semalam diorang masak bubur assyura jenis orang Kedah punya. Kalau Kelantan punya jenis yang berempah tu kan.

        makcik2  sibuk membuat persiapan membuat bubur assyura

 
         sepakat membawa berkat! Inilah hidup di Felda...

 
         posing jap! saja nk environmnet merah!

 
          banner mesti ada! barulah syok...

 
          Geng2 GWGF tunjuk bakat kacau bubur assyura. awal lagi..masih cair dan tak lika sangat

 
       saya pun nak tunjuk bakat jugak! hehe..nampak gemukla..ke memang saya dah gemuk erk..

 
         Suasana mengacau bubur assyura

Gambar bubur assyura yang dah siap takdela pulak! haha..lupa lak nk snap tadi..Ada cabutan bertuah jugak. Dapatlah tupperware..oppss silap! bukan brand tupperware yer..bekas plastik jer

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...