Dingin Lavenda Lakonan Eira Syazira Best


Saya ni jarang sangat nak layan tv malam2 tau melainkan ada cerita yang betul2 menarik perhatian saya. Apatah lagi kalau hari Jumaat kan. Sok kan cuti..metsilah saya nak on9 giler2...haha..
Tapi, berbeza kali ni. saya teirngin nak tengok cerita Dingin Lavenda tu. Ala..yang Eira Syazira berlakon pakai tudung jadi org baik dan lemah lembut wataknya.

Sinopsis cerita ni yang diambil dari manggaonline



Drama bersiri 13 episod tersebut mengisahkan tentang persahabatan Jannah (Eira Syazira), Nana (Faralyna Idris) dan Murni (Zarina Zainordin) yang akan melanjutkan pelajaran mereka di Melbourne, Australia selepas tamat Kursus Persediaan Pelajar ke luar negara di universiti tempatan di Malaysia.
Pada awal pengenalan, Jannah dan Murni tidak menyenangi sikap Nana yang suka berlagak dengan barang-barang mahalnya. Pewangi Lavenda yang digunakan oleh Nana juga menarik perhatian Jannah dan Murni. Matthew (Salleh Mahfooz) menunjukkan minatnya terhadap agama Islam dan sering bertanyakan soalan-soalan kepada Nana.
Hubungan Jannah, Nana dan Murni menjadi rapat apabila Nana bersetuju untuk mengikut mereka menghabiskan cuti semester di kampung. Nana mula belajar untuk hidup secara sederhana dan mendalami diri dalam didikan agama. Selepas setahun, mereka bersiap sedia untuk bertolak ke Melbourne. Jannah yang berpegang teguh dengan agama Islam juga berjaya membimbing Nana berubah menjadi seorang Muslimah yang soleh.
Perangai Murni mula berubah menjadi sensitif dan kebudak-budakan selepas tiba di Melbourne.  Jannah yang sudah bertunang dengan Azhar (Azlee Khairi) selalu berhubung melalui kiriman emel. Kata-kata Azhar yang selalu memberi semangat dan dorongan kepada Jannah untuk berdepan dengan pelbagai cabaran baru di bumi asing.
Jannah bertemu semula dengan Matthew di Melbourne. Matthew sering menghabiskan masa bersama Jannah, Nana dan Murni kerana keinginannya untuk mempelajari cara hidup Islam. Kemesraaan Matthew dan Nana telah menyebabkan Murni cemburu sehingga berlaku pergaduhan besar antara Murni dan Nana. Murni juga marah dengan Nana yang telah merampas Matthew daripadanya.
Akibat terlalu mengikut nafsu dan jiwa yang memberontak, Murni telah bersekedudukan dengan Megat dan berjinak-jinak di bar. Sementara, Nana yang telah menemui jodoh bersama Iskandar, Jannah pula berdepan dengan kekecewaan selepas Azhar beralih cinta kepada sepupunya, Munira.
Apakah Jannah akan menerima lamaran Matthew yang sudah memeluk agama Islam? Bagaimana pula dengan Murni yang semakin tenggelam dalam dunia gelapnya? Jannah yang tidak pernah berputus asa untuk mencari Murni bertekad untuk membimbing kawan baik mereka ke jalan yang sebenar. Berjayakah Jannah?




cantik kan dia...manis jer..anggun!

Serius! Cerita ni memang best sangat2! Jom tengok setiap hari Jumaat 9 malam yer

Barangan kosmetik bernilai RM350 free jer ni. Serius tau..

5 comments:

  1. Cantik bertudung dari x bertudung =)

    ReplyDelete
  2. Xpenah layan lg citer ni.

    Klau best nk tgk kat tonton lah..

    ReplyDelete
  3. eira cantik bertudung

    ReplyDelete
  4. tak suke la citer cmni. kadang2 TV tu ajar org jd jahat. tak suke bile tv tunjukkan orang baik jd orang jahat

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...