Saya Nak Samsung Galaxy S II Sebab



PENDAHULUAN


Beta.my memang berinformasi,
Berita terkini dalam dan luar negeri,
Bersama Mynewshub yang baik hati,
Menaja gadget impian hati.

Perkara utama nak cakap..

TERIMA KASIH 
sebab...

Bagi peluang untuk saya merealisasikan impian nak gadget yang best ini

ISI KANDUNGAN

Contest ini dianjurkan oleh Beta.my & ditaja oleh Mynewshub

GADGET ni memang IDAMAN KALBU sejak dilaunchkan lagi. Ciri2 yang ada padanya tidak terdapat pada hp saya sekarang ni. Al maklumlah hp sekarang ni dah jauh ketinggalan. Apa yang best hp ni sampai semua orang tergila-gilakan?
  • Hp saya skrg ni tebal..boleh baling anjing org kata..kalau baling kat kepala orang tu kiranya mmg 2-3 minggu baru hilang benjol! Tak macam Samsung Galaxy S 11 ni kan. nipis jer...apa taknya! cuma 8.49 milimeter tau!
  • Pilihan masa kini--> touch screen. Cam bangga jer bila orang tengok kita tengah touch screen hp. Dulu-dulu kan keypad biasa jer. Nak jugak merasa touch-touch ni kan..syok jer bila terbayangkan! Tambah2 pulak skrin Samsung Galaxy S 11 ni memang antara gadget yang mempunyai saiz skrin besar iaitu 4.7 inci. Sekali ganda lebih besar daripada enset saya yang sedia ada ni.
  • Kamera 8.0 MP! Pilihan yang tepat tu sebabnya saya suka mengambil gambar-gambar. Selama ni guna hp yang 2.0 MP jer. Gambar pun memang out ar! Sedih...Kalo dapat Samsung Galaxy S 11 ni memang puas hatila.
  • Lastly, sebab yang agak penting ialah operasi Android 2.3 Gingerbread Kira yang latest ni. Di pasaran sekarang rata-rata orang nak gadget yang berplatformkan android kan. Aplikasi percuma banyak boleh download di android market dan ada pelbagai.
Nak cakap pasal ciri2, sudah semestinya kalah hp saya ni. Sebab tu saya nak sangat Samsung Galaxy S 11 ni tambah2 pulak bila dapat secara percuma. Ada jugak insna yang memahami saya ni.. (ayat sedih pulak) . Nak beli sendiri tak berkemampuan. Padan bayar PTPTN ajerla duit gaji.
Saya TAKNAK simpan harapan sangat nak dapat Samsung Galaxy S 11 ni (tapi nak jugak taruh harapan tinggi) Bukan apa, syaratnya kena kreatif. Saya ni bukannya otak yang geliga nak mencipta video ke, mengarang cerita sedih ke, berpantun-pantun, edit sana sini. 


Paling penting, SEBAB UTAMA saya nak SGS11 ni adalah saya nak tweet-tweet dengan beta.my! Saya nk online FB Mynewshub pakai hp jer. Taknak bukak pc dah.

PENUTUP

Ini sahajalah coretan saya untuk mendapatkan Samsung Galaxy S11 daripada Beta.my dan Mynewshub.Moga-moga ada rezeki di hujung tahun 2011 ni dapat gadget impian secara percuma. Kalaula dapat Samsung Galaxy S 11 nanti, hp lama ni bolehla bagi kat ma pakai.
Sebelum tu, nak tengok tak hp saya sekarang?


Saya harap pihak penganjur sudi membuka peluang kepada saya untuk memiliki Samsung Galaxy S 11 Teringin jugak nak menggunakan segala fungsi yang ada pada Samsung Galaxy S 11 tu. Nanti ambil gambar cantik sikit bila masuk dalam blog.

Minta maaf pada Cikgu Bahasa Melayu sebab banyak kesalahan ejaan dan ayat yang tunggang terbalik yer. Saya tak pandai buat karangan...


p/s : ini bukan kisah rekaan yer. Ini jugak bukan entri membodek..hehe..tapi entri minta kasihan...aci tak??

3 comments:

  1. Good Luck Lynn, myra pun nk join jugak, entry dah karang semalam, blom publish je, tinggal nak touch up sikit lagi :D

    ReplyDelete
  2. Gud luck kak lynn...ganah jugok org pahang weh..heee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...