eqbalzack.com Writing Contest [2] - Lecturer-student relationship, anything wrong?


Hubungan PENSYARAH - PELAJAR,

Sebenarnya perkataan hubungan ni terlalu 'general' untuk dimengertikan.

Pada pendapat saya, jikalau hubungan antara pensyarah dengan pelajarnya tu berlandaskan hal yang berkaitan dengan pembelajaran contohnya  untuk menyelesaikan masalah ataupun bertanyakan sesuatu yang tidak faham tentang sesebuah topik, tidak ada salahnya. Lagipun, di zaman sekarang hubungan pelajar dengan pensyarah bukan lagi setakat hanya di kelas tetapi sudah menjangkau sehingga ke bilik pensyarah itu sendiri dengan perbincangan yang lebih tertumpu pada aspek pembelajaran tanpa ada maksud yang tersembunyi. Selagi niat untuk belajar itu tersemat dalam diri, tidak mengapa pelajar itu rapat dengan pensyarahnya tetapi mestilah ada batasan jika bukan mahram. Jangan pula sehingga menimbulkan kecurigaan dan buruk sangka terhadap orang lain. 

Dalam hal ini, pensyarah juga mestilah berlaku adil dengan semua pelajarnya. Jangan pula disebabkan telah baik dengan seseorang itu, maka, pilih kasih memberi markah berlaku walaupun tugasan yang diberikan tidak seberapa hasilnya! Dalam hal sebegini, ada juga segelintir pelajar yang cuba meraih kejayaan mudah dengan merencana agenda tersembunyi di sebalik hubungan baik yang terjalin dengan pensyarah. Itu sudah semestinya harus dielakkan! Namun, dalam isu hubungan mahasiswa dan pensyarah yang disalahgunakan, saya menganggap ia tidak wajar dan jika berlaku sekalipun, ia mungkin kes yang amat terpencil. 

Kesimpulannya, apa yang saya ingin nyatakan di sini, tiada salahnya hubungan yang terjalin di antara pensyarah dan pelajar yang berteraskan kebaikan. Jangan salah guna kebaikan sudahla yer. Sebagai pelajar yang mempunyai daya sahsiah yang tinggi, pandai-pandaila menjaga tatasusila dan adab. Apatah lagi profesion pensyarah yang dipandang tinggi masyarakat kita pada hari ini.

Ada tak di kalangan pembaca yang bercinta dengan cikgu sendiri dulu? Jika itu yang sudah tertulis di azali, tiada siapa yang dapat menghalangnya kan.  Itu hubungan lain pula...hehe


Lin nak tagged Cute Mum join jugak :)

4 comments:

  1. Nadh datang melawat peserta contest mr.Eq. tahniah.. Suka cara kamu menyampaikan pendapat.

    moga berjaya. ;)

    ReplyDelete
  2. Semoga berjaya, penulisan yang bagus

    ReplyDelete
  3. salam.CH jln2 sini dr contest yg sama bro eqbalzack....
    Good luck juga buat kamu.... (^^)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...