Nasib baik kereta ok dan gajah pun takde!

Al kisahnya...
taknak jammed punya pasal ar ni! hihi

Kami balik kampung kat Tanah Merah masa raya kedua tu. Kemudian, raya kelima balik Pahang semula ar cadangnya. Sebelum nak balik Pahang tu singgah di Jeli kat rumah makcik ambil petai dan ubat! Perjalanan agak jammed sebab jalan Jeli-Grik melalui Bukit Bunga. Orang nak singgah shopping2. So, disebabkan taknak jammed tu, pakcik saya ada syorkan jalan yang sampai jugak ke Terengganu tanpa melalui jala  biasa tu ( Tanah Merah- machang-Jerteh)

Jadi, kami bergerak turun selepas Maghrib. Menuju ke Dabong-Sg.Sam-Gua Musang
Dahla malam dan kami tak biasa jalan tu jadi, agak sukarla sikit. Jeli- Sg.Sam dah amik masa hampir 2 jam! Pastu cari Felda Sungai Aring sebab nak ke Kuala Berang. Kononnya shotcut kata pakcik saya tu. Jalan okey dan macam highway! Kami pun lalu Felda Sg.Aring tu. Dahla kat Dabong dan Sg.Sam tadi melalui pedalaman dan bukit bukau dah. Turun naik bukit jer...pedalaman lagi tu. Kat Sg.Aring ni lagilah...jalan kecik dan berlopak sana sini. Puas mengelak tapi terkena jugak! Signboard ke Kuala Berang masa awal2 jer ada tunjuk!Risau jugak sehinggalah kami jumpa polis roadblock kat atas bukit. Polis tanya nak g Terengganu ker? Lega sikit..maksudny dah betul ar jalan tu kan. Pastu saya tanya abang polis tu, baper jauh lagi nak ke Kuala Berang? Dia kata " Lebih kurang 2 jam lagi. Kalo ke Tasik Kenyir tu lebih kurang sejam jugak!" huhuhuhu...nak patah balik pun jauh...nak taknak kena teruskan jugak....Jadi, kami pun teruskan perjalanan melalui jalan yang memang kami tak pernah lalu tu. Melepasi Taman Negara Koh...
Kemudian, tibalah kami kat "highway" tu. Di awal perjalanan dah tertera sign gajah! Fuhhhh...dahla takde kereta lansung tau! Nak mujur kebetulan masa tu ada 2 kereta yang rasanya baru pertama kali jugak lalu jalan tu konvoi. Mean ada  4 bijik kereta  jer yang melalui jalan "best tu". Jalan tu besar tapi ada jugak part yang berlopak dan berlubang. Bayangkan...

1. Kiri kanan jalan hanya hutan.
2.Kiri kanan berbukit. Bila2 masa ada tanah runtuh! Sebab ada sign board tanah runtuh jugak.
3.Line lansung takde! Kalau emergency mmg takleh buat apa.
4.Tiada lansung kereta atau orang atau kampung. 
5.Tiada lansung penunjuk arah. Bak kata entah sampai manalah kita dah jalan. Arah mana pun takde sign tau. Giler ar rasa malam tu!
6.Jalan tu banyak jugak lencongan dan turun naik bukitla...
7.Kalo tetiba minyak kereta habis entahla macam mana...sangat mengharukanla...kalo kereta rosak ker...mintak simpangla...

Rasanya hampir 300km jugakla kami melalui jalan tu. Sehinggalah last sekali ada signboard Tasik Kenyir pastu nak ke Kuala Berang kena straight lagi. Lalu jalan kampung plak..Okeyla sikit. Tapikan memang saya takkan pilih jalan tu dah walaupun diberi sejua sekalipun! Bahaya....takut..mujurlah takde gajah yang melintang kat jalan masa tu. Ada sanctuari gajah tau kat jalan tu. Kereta mujurlah tak meragam apa2...alhamdulillah..sangat seriau!
tak ramai yang tahu akan kewujudan santuari gajah kat jalan ni
kredit to rasdi


Tadi saya search pasal jalan tu. Rupanya belum diwartakan lagi dan rata2 orang yang pernah melalui jalan tu taknak lalu dah..Kebanyakan yang lalu orang dari Ipoh nak ke Kuala Terengganu. Kira shortcutla tuk diorang. Tapi macam saya ni, better patah balik masa kat jeli tu lalu jalan biasa yang kami lalu tu. Serikkkkk sangat dah...biarlah jammed daripada lalu jalan bahaya camtu. Dahla tengah malam..kalau siang mungkinlah okey lagi...Pemandangan memang cantikla..ada beberapa keping gambar saya tengok dari forum lowyat ni
bayangkan keadaan waktu malam. Seolah2 tiada penghujung kan...

tak nampak pun view ni..kan malam masa tu. Rupanya nampak Tasik Kenyir tu

jalan besar. okla..tapi part lain tak best..huhu

Pengalaman yang tak mungkin dilupakan. Siapa yang pernah lalu jalan ni erk..jomlah share2 sikit...Dah sampai sini kami pun lalu jalan macam biasa..Kuala Berang-Ajil-Bukit Besi dan seterusnya.

inilah peta jalan tu..kredit to google





nak mintak duit raya kat Denaihati pun boleh..


14 comments:

  1. alhamdulillah
    semua selamat kan..

    ReplyDelete
  2. nasib baik kan, kalau x gajah tuh kasi terbang2 je itu kereta..huhu

    ReplyDelete
  3. Fuhh memang mencabar, mujuq takdak pape kan..

    ReplyDelete
  4. Kami sekeluarga pun pernah lalu jalan tu dari kenyir ke gua musang, memang menyeramkan kalu malam..sampai di felda aring jalan teruk sangat tapi sangat seronok kerana pemandangan indah di tasik kenyir..rasa insaf bila lalu di tengah hutan Allah..terasa kecil diri ini..

    ReplyDelete
  5. walaupun adda dok jeli tu tp xpernah pun smpai tasik kenyir...kihkihkih..tp mmg tau pun jalan kt situ byk la cik gajah...tp org tua2 ckp jgn disebut2 nama dia tu..sbb dia cepat jer dgr.yerla telinga dia kan besar..biasa la org tua2 byk sgt pntang larang..tp klu sy mmg xsebut la klu dh tmpat2 cmtu..hehehhe

    ReplyDelete
  6. saya kerje kat aringb gua musang....kilang sawit...mula2 seriau la jugak...dah lama2 ni biasa la...pengurus saya hari2 ulang pg balik kuala...nasihat saya
    1 jgn laju
    2 kalu kete lowerd x yah gatal nak lalu jln ni...
    3 kalu hujan atau mlm jgn lalu
    4 kalu jd ape2 tunggu tepi jln tahan lori sawit, mesti orng tolong
    kalu nk tengok view sini memang terbaik...
    minyak mesti full..stesyen minyak xde...
    harap brguna

    ReplyDelete
  7. hati-hati jelah...
    saya kja kilang sawit aring...

    ReplyDelete
  8. apa keadaan terkni jalan felda aring ye??berlubang2 lagi ke??

    ReplyDelete
  9. apa keadaan terkini jalan felda aring ye??jalan berlubang2 lagi ke??

    ReplyDelete
  10. haha..jalan felda aring kan..??1st lalu bulan lepas.sunyi gila drive sorang2 kak..brani redah pun sbb member kata jalan ok.dua jam stengah dari KT ke Gua Musang.lahaii..stengah jam skali selisih dgn 4x4 bwk bangla.tp nasib baik tngahari la.blh tngk view tasik kenyir.hehe.then itu yg last.btw area felda aring B jalan still belubang kiri kanan. :)

    ReplyDelete
  11. Br lalu jalan ni dr gua musang nak ke kuala berang..memang seram tahap gaban..dah la dgn ujan nye..jalan plk berkabus..lg la x blh bwk laju..langsung xde kereta yg ikut laluan yg sama..mcm pelik pun ada..walhal br jam 9 mlm..rasa mcm cite twilight zone jek..nyaris nk terbabas kat area taman negara kuala koh tu sbb tetiba muncul kereta dr arah dpn bg lampu tinggi..memang tobat xkan lalu jalan ni mlm2 dah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...