Jiwa & Lara TV3 slot samarinda pelakon semua best!


Menyusuli ‘Ramadan Terakhir’ di slot Samarinda, saksikan kisah cinta tiga segi antara Zaman (Aaron Aziz), Jiwa (Fauzi Nawawi) dan Lara (Neelofa) menerusi drama bersiri terbaru ‘Jiwa & Lara’ terbitan Luqsar Kreatif arahan Heykal Hanifah bermula 13 September 2011.
Drama bersiri 25 episod ini merupakan nukilan skrip oleh Mahizan Husain yang turut membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Faezah Elai, Khairil Anwar dan Mohd Kamarulzaman Taib (Che Kem).
“Jiwa & Lara’ mengisahkan persengketaan dan dendam antara Zaman, Jiwa dan Lara dari tahun 80an hingga kini. Zaman ialah seorang penjenayah yang berjaya melepaskan diri daripada kepungan polis telah menyembunyikan diri di ladang getah. Zaman telah dilanggar oleh kereta yang dipandu oleh Baha ketika membawa majikannya, Fakir. Zaman dibenarkan tinggal di rumah Baha walaupun ditentang oleh anak Baha, Lara yang tidak menyukainya.

Zaman yang licik pandai menyambar setiap peluang. Dia merancang strategi untuk memanipulasikan kebaikan Fakir yang mengusahakan ladang getah. Zaman bukan sahaja mendapat tempat berteduh malah ditawarkan untuk bekerja di ladang tersebut.

Jiwa menganggap Zaman sebagai pesaingnya dan mencurigai tentang keperibadian Zaman. Jiwa ialah seorang mandur di ladang tersebut yang dipercayai oleh Zaman dan amat mencintai Lara. Hubungan Jiwa dan Lara mulai retak apabila Lara terjerat dengan kata-kata manis Zaman. Lara akhirnya terlanjur dengan Zaman.

Zaman tidak berpuas hati dengan kehidupannya dan berikthiar untuk menghapuskan Jiwa bagi memiliki Lara. Jiwa dipukul dan dicampak ke gaung oleh Zaman. Apabila anak tunggal Fakir, Marini pulang dari luar negara, Zaman mula menyisihkan Lara yang hanya merupakan seorang penjual bunga. Zaman sanggup mengorbankan Lara bagi mengahwini Marini.

Marini terpaksa bersetuju dengan kehendak ayahnya untuk berkahwin dengan Zaman kerana dia telah mengandung anak luar nikah dengan teman lelakinya semasa di luar negara. Zaman yang tidak mendapat kepercayaan daripada Marini dan Fakir akhirnya bertindak ganas untuk membunuh mereka bagi membolot harta Fakir.

Jiwa diselamatkan oleh orang asli dan dirawat oleh Tok Batin. Tok Batin menasihati Jiwa untuk pergi merantau dan melupakan niatnya untuk membalas dendam pada Zaman. Jiwa akur dan mengikut kawannya menjadi kelasi kapal. Tanpa mengetahui tragedi yang menimpa Lara, Jiwa telah membawa diri.

Selepas 30 tahun, Zaman telah dianugerahkan gelaran datuk dan berjaya mengembangkan empayar perniagaannya. Jiwa yang kini menggunakan nama sebenarnya Bakhtiar Murshid kembali untuk menjadi pesaing Zaman dalam perniagaan. Sementara itu, Jiwa berusaha menjejaki Lara, wanita yang amat dicintainya dari dulu.

Apakah kesudahan bagi persengketaan antara Zaman dan Jiwa? Apakah cinta Jiwa dan Lara akan bersatu setelah terpisah sekian lama? Saksikan ‘Jiwa & Lara’ mulai 13 September 2011, setiapSelasa hingga Khamis, jam 10.30malam.

baca sinopsis nampak sangat menarik! kena tengok ni...

kredit to gua.com.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...