Cabaran Malaysia #Merdeka54

Kamus Dewan memberi makna merdeka sebagai 
(1) bebas daripada penjajahan, kurungan dan naungan; 
(2) lepas daripada tebusan dan tuntutan; 
(3) berdiri sendiri, tidak bergantung pada yang lain.

Itu pengertian daripada orang yang bijak pandai. Tetapi, jika kita bertanya kepada anak murid yang bersekolah rendah, jawapan mereka biasanya mmelibatkan perbuatan. Antaranya ialah ada perbarisan, kibarkan bendera, menyanyikan lagu Negaraku dan pelbagai lagi jawapan yang boleh dikaitkan dengan sambutan Hari Kemerdekaan.

Teringat saya pada soalan adik saya malam tadi.

Adik : Kaklong, hari Jumaat nanti cikgu kata hari kebebasan. yeke?
Kaklong : (Saya tersenyum...) Ermm...yela..hari sambutan kemerdekaan kan.

Apa yang saya nak tekankan di sini, erti kemerdekaan itu adalah sebuah kebebasan di mana tanggal 31 Ogos 1957 merupakan hari di mana Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Tanah melayu)  bebas daripada sebarang penjajahan. Dari segi luarannya Malaysia pada hari ini telah bebas mempunyai corak pemerintahan demokratik yang tersendiri dan berdiplomatik tetapi jika diselami secara ke akar umbi, corak pemikiran segelintir rakyat Malaysia hari ini masih ada lagi di takuk lama dan dijajah oleh anasir-anasir luar yang membelenggu kehidupan kita pada hari ini. Tambahan pula, zaman era teknologi semakin berkembang pesat. Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Sebagai rakyat Malaysia yang merdeka, seharusnya kita memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.

Menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan seluruh rakyat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti. Seharusnya kegemilangan ini menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju dan moden.

Pada tahun ini, tema sambutan hari kemerdekaan negara kita ialah "Tansformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera". Walau apapun tema namun, tujuannya hanyalah satu. Mengenang perjuangan perajurit-perajurit kemerdekaan dan sebagai langkah untuk Malaysia terus mengorak langkah dengan matlamat dan visi.

Malaysia sememangnya semakin maju ke hadapan seiring dengan negara maju yang lain. Tengok saja bangunan-bangunan di Kuala Lumpur yang menjadi mercu tanda Malaysia. Transformasi yang telah berjaya.


Jom dengar dan hayati lagu tema kemerdekaan ke-54 ini.



Pencipta : Raja Mohd Sham Bin Raja Saari
Senikata : Zaira Aziz
Gubahan : Raja Mohd Sham Bin Raja Saari
Penyanyi : Gemersik Chorus
Terbitan : Bahagian Perkhidmatan Muzik


Kemakmuran kedamaian terus dinikmati
Kejayaan kemahsyuran sama dirasai
Ayuhlah kita merealisasikannya
Kitalah pemangkin transformasi negara
Transformasi berjaya rakyat sejahtera
Kita bersatu melangkah bergandingan bersama
Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan
Kita Satu Malaysia


Entri ini ditulis sebagai memenuhi “Cabaran Malaysia #Merdeka54 dianjurkan oleh Blog Denaihati dengan kerjasama eQurban.com

1 comment:

  1. good luck lin.. seronok masuk contest bee tk de idea lorh ..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...