Puding Kastard dan Puding Buih! Mana best?

Sebenarnya saya bercadang nak mencuba resepi ni. Kalau menjadi, nak jual kat bazar Ramadhan. Mencari rezeki di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. hehe...last year jual jeli kelapa tapi tahun ni kelapa muda agak payah sikit. Sayang nak amik muda2 ni sebab ma buat kueh...Lagipun saya memang suka bab masak2 ni...

Saya usha2 resepi puding pastu terjumpalah resepi yang agak senang ini. Pasti akan dicuba. Hajatnya nak buat cam kat dalam gambar bawah ni.


sumber : google

Resepi : myresepi.com

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 1 cawan tepung kastard
  • 6 cawan air
  • Bahan utk kuahnya
  • 1 tin susu cair (apa2 brand)
  • 1 tin gula (guna tin susu cair)
  • 2-3 tin air (ikut suka nak pekat kurangkan air)
  • 2-3 s/b tepung kastard (kalau nak cair tak yah letak)
  • sebiji telur (dikocak dan ditapis(betuk ke ayat ne yek..))
  • kacang tanah -digoreng tanpa minyak.dibuang kulit dan ditumbuk sederhana halus.
  • 1 tin buah-buahan campur -utk hiasan
  • sehelai daun pandan /esen valina

Cara-cara

  1. Untuk Puding
  2. Campurkan tepung kastard dan air kedlm periuk dan dikacau rata.Letakkan dia atas api yg kecil sambil dikacau perlahan2 sehingga pekat dan berkilat.Kalau dah gelembung2 dah masak le tu maknanya.Angkat dan tuangkan kedalam acuan/loyang.
  3. Untuk Kuah
  4. Didalam bekas yg sama(jimat bekas) satukan gula,air dan susu cair diatas api yg sederhana besar sambil dikacau rata sehingga gula larut/mendidih.
  5. Masukkan daun pandan/esen vanila dan telur serta tepung kastard yg dibancuh dgn sedikit air.Kacau rata. Bila dah mendidih,matikan api biarkan sejuk barulah diletakkan didlm peti sejuk.
  6. Sebelum dihidangkan,potong kecil2/keluarkan puding dr acuan dan tuangkan kuah bersama buah2an campur.Taburkan dgn kacang yg ditumbuk tadi.

Seterusnya, puding yang saya biasa makan di rumah mak angkat saya! Sangat sedap puding buih ni..rasanya memang sangat halus dan pasti nak lagi! 

sumber : itakitchen

Bahan-bahan
  • 20 gm agar-agar 
  • 6 cawan air
  • 5 camb gula pasir
  • seketul gula batu
  • 6 biji putih telur
  • pewarna merah
Kuah Puding
  • 1 tin susu cair
  • 1 1/2 cawan air
  • 4 camb gula 
  • sedikit garam
  • esen vanila
  • 2 biji kuning telur
  • Nata dcoco
Cara-cara
  1. Campurkan agar-agar dan air .Masak agar-agar hingga larut. Masukkan gula pasir dan gula batu. Biar sehingga gula larut dan sedikit pekat.
  2. Setelah masak, biar hingga agar-agar sejuk sedikit, tetapi jangan biarkan keras.
  3. Pukul putih telur hingga  kental dan gebu.
  4. Masukkan putih telur  ke dalam larutan agar-agar tadi. Pukul hingga rata dan sebati.
  5. Masukkan sedikit pewarna merah.
  6. Masukkan agar-agar di dalam acuan. Sejukkan.
Untuk kuah
  1. Campurkan kuning telur dan gula. Pukul sekejap.
  2. Masukkan susu cair , air dan sedikit garam. Kacau
  3. Masak hingga mendidih dan sedikit pekat. Masukkan esen vanila . Tutup api.
  4. Sejukkan kuah puding.
  5. Cara hidang : masukkan puding buih dlm bekas, tuangkan kuah puding. Letakkan buah campur atau nata dcoco.
  6. Sedap dimakan sejuk..







2 comments:

  1. Semalam ida beli puding kastard. tak sedap plak ! Lynn buat sedap sedap yer.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...