Dapat duit raya RM42.6 juta

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) semalam mengumumkan kesemua 112,635 peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan menerima wang Hari Raya membabitkan peruntukan berjumlah RM42.6 juta.
Beliau berkata, pemberian itu adalah sebagai menghargai sumbangan peneroka kepada pembangunan Felda di samping membantu perbelanjaan persiapan menjelang hari lebaran.
Dalam satu kenyataan semalam, Najib berkata, kaedah pemberian wang Hari Raya kepada kesemua peneroka adalah sama dengan tahun lalu dan kadar bayaran terbahagi kepada dua kategori iaitu peneroka bersama Felda dan peneroka yang tidak bersama Felda.
"Seramai 100,357 peneroka atau 89.1 peratus yang bersama Felda akan menerima RM400 seorang dan ini melibatkan peruntukan berjumlah RM40.14 juta.
"Seramai 12,278 atau 10.9 peratus peneroka lagi yang tidak bersama Felda pula menerima RM200 tiap seorang melibatkan peruntukan berjumlah RM2.46 juta," katanya.
Pemberian wang Hari Raya kepada peneroka dilaksanakan sejak 2003.
Najib berkata, bayaran tahun ini meningkat RM5.41 juta atau 14.54 peratus berbanding bayaran tahun 2010 iaitu RM37.20 juta.
Pada tahun lalu, peneroka yang bersama Felda atau yang menjual hasil kepada Felda menerima RM350 seorang, manakala yang tidak bersama Felda RM150 seorang.
Menurut beliau, bayaran akan dibuat kepada semua peneroka dalam minggu kedua bulan Ramadan dan dibayar di peringkat rancangan Felda seluruh negara.
sumber : Kosmo online
Inilah yang best time raya bagi penduduk FELDA...Hehe..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...