AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA


Ungkapan penuh bermakna. 
Aku memang anak malaysia... 
Aku memang dilahirkan selepas merdeka.

Setiap blogger ada pendapat masing-masing yang disampaikan dengan pelbagai cara tersendiri untuk menyatakan maksud ayat tersebut!

Namun, bila sebut pasal Anak Malaysia Merdeka mesti teringat gambar kat bawah ni kan.


Bangga saya tengok jalur gemilang negara kita!
Cantik...
Malaysia Merdeka...
Tiba tarikh 31 0gos pasti semua rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan di mana ia adalah satu tarikh yang sangat bersejarah dalam kalendar kita. 
Saya dilahirkan selepas merdeka.
Sebab itulah saya digelar anak malaysia merdeka.

AKU ANAK MALAYSIA + AKU ANAK MERDEKA = AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA

Pejuang-pejuang Kemerdekaan seperti Mat Kilau, Antanom, Mat Salleh, Rentap, Tok Janggut, Dato' Bahaman, Dol Said, Tok Gajah, Dato' Maharajalela dan lain-lain perlulah disemat dalam hati bagaimana mereka sanggup berkorban dan bertarung nyawa demi memperjuangkan kemerdekaan untuk Malaysia ketika itu.

Secebis kisah mengenai sejarah kemerdekaan yang dipetik dari malaysiamerdeka
Suara tuntutan kemerdekaan telah lama kedengaran. Malangnya setelah Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 apabila Hiroshima dan Nagasaki dibom, penjajah Inggeris kembali ke Tanah Melayu dengan niat menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah koloni.  

Peristiwa Di Malam Bersejarah 

Menjelang malam 30 Ogos, kelihatan jalan-jalan sekitar Bandar Kuala Lumpur dipenuhi dengan kenderaan-kenderaan awam yang membawa bendera Persekutuan Tanah Melayu. Batu Road umpamanya, sesak dengan kereta, bas, beca, basikal serta pejalan-pejalan kaki. Tua dan muda bersama-sama melangkah berpusu-pusu menuju ke Padang Kelab Selangor. Suasana malam penuh meriah diterangi lampu-Iampu hiasan di jalan-jalan dan bangunan sekeliling. Banyak kedai-kedai di sepanjang Batu Road dibuka sehingga larut malam. 

Sebuah pentas khas didirikan di padang itu dengan dihiasi dengan lampu yang berwama-warni sebagaimana juga di keliling padang. Di tengah-tengah padang terdapat tiga tiang bendera yang mengibarkan bendera UMNO di sebelah kanan, bendera Union Jack di tengah dan bendera Perikatan di sebelah kiri. Manakala berpuluh-puluh ribu rakyat jelata dari berbagai bangsa berkumpul di sekeliling padang sehingga ke jalan raya. Turut hadir pada malam itu ialah perwakilan-perwakilan rasmi, pemberita-pemberita dan jurugambar dari dalam dan luar negara serta Ketua-Ketua Parti Perikatan dari seluruh negeri. 

Karangan ini ditulis sebagai memenuhi syarat untuk contest Top SEO " Aku Anak Malaysia Merdeka "
yang dianjurkan oleh dezaman cottage


3 comments:

  1. memang kita patut bbangga dgn perjuangan tokoh2 tempatan memerdekakan negara dr penjajahan!

    Hopefully berjaya dlm contest ni:)

    ReplyDelete
  2. all the best.
    kami bangga jadi anak malaysia.
    :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...