Pentingnya Page rank untuk blog!

Rentetan entri saya bertajuk page rank saya dah naik tu. maka, saya menerima satu soalan daripada kak atie yang tanya kenapa dan apakah perlunya page rank ni pada blog kita.
Dengan itu, saya telah menggoogle dan terjumpa diblog ariffshah berkaitan isu page rank ini.



PageRank™ adalah analisisa algoritma pautan (link) yang dinamakan sempena pengasas Google Larry Page (Page-Rank) yang memberikan pemberat dalam bentuk angka kepada laman web di internet bertujuan untuk mengukur kepentingan sesebuah laman web.
PageRank™ merupakan trademark Google dan telah dipatenkan oleh Universiti Stanford. Walaupun begitu, Google masih mempunyai hak eksklusif terhadap PageRank™. Universiti Stanford telah menerima sebanyak 1.8 juta saham Google yang kemudiannya telah dijual pada harga $338 juta.


  • Index Google akan bermula dari laman yang mempunyai PageRank yang tinggi dan berakhir dengan laman yang mempunyai PageRank rendah. Itulah sebabnya suatu masa dahulu, semua orang tergila-gilakan untuk meng-submit URL laman web mereka ke direktori web yang mempunyai PageRank yang tinggi supaya laman web mereka diindex secepat mungkin. Namun begitu, langkah ini tidak lagi memberi sebarang efek dengan pengenalan cara baru Google meng-index laman web: caffeine
  • Di dalam Search Engine Results Page (SERP), nilai PageRank akan diambil kira untuk menentukan kedudukan laman tersebut dalam senarai hasil carian untuk sesuatu kata kunci. Laman yang mempunyai Pagerank tinggi cenderung untuk disenaraikan di muka pertama berbanding laman lain yang mempunyai PageRank rendah. Pada kebiasaanya, laman yang tersenarai di muka pertama SERP akan mendapat nikmat trafik yang kadangkala melimpah ruah
kredit : ariffshah

6 comments:

  1. tadi nana da try wat pr tu:)

    ReplyDelete
  2. Salam Lynn..makasih yer ngan jawapan tue baru & terima kasih berssh payah mengoogle ...skrg baru k.atie paham.!!

    ReplyDelete
  3. makasih gak buat n3 khas tuk persoalan k.atie tue.Semoga rakan2 blogger yg xpaham ttg pagerank cam k.atie akan paham dgn penerangan Lynn nie...TQQQQ

    ReplyDelete
  4. tak tau pepe pasal nie, rupanya camtu, tq for sharing.

    ReplyDelete
  5. Myra pun mula tak berapa faham pasal page rank nie.. Kira buat blog pun untuk suka2 je..
    Tp sekarang dah fhm sikit2 :>)
    TQ Lynn

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...