Alyah Penyanyi Terlantar di hospital

Sumber : gua.com.my
Penyanyi yang sedang popular dengan lagu 'Kisah Hati', Alyah telah dimasukkan ke Pusat Pakar Perubatan Damansara pagi tadi akibat terkena air panas. Kejadian jam 10pagi itu berlaku ketika Alyah sedang membuat air sebelum keluar menghadiri sebuah rakaman program di NAR Studio.
Ekoran kejadian itu, Alyah melecur teruk dari bahagian perut ke peha sehingga menyukarkannya untuk berjalan. Difahamkan pelantun lagu 'Tak Mungkin Kerna Sayang' ini terpaksa didukung turun ke kenderaan sebelum dibawa ke hospital.
Sehingga artikel ini ditulis, keadaan Alyah masih lemah dan terpaksa dimasukkan ‘air’. Menurut pengurus Alyah, doktor memaklumkan bahawa Alyah masih tidak merasai kesakitan tersebut kerana masih terkejut. Namun, pemilik nama Noor Hasliah Abu Hassan ini mungkin akan merasainya kemudian apabila luka itu mula menggelembung.
Doktor juga dijangka akan membalut luka Alyah dengan plastik khas untuk mengelakkan luka tersebut dari dijangkiti kuman. Kami di gua.com.my berdoa semoga Alyah dapat berehat secukupnya agar cepat sembuh.

2 comments:

  1. kesian Alya,.moga x serius dan cepat sembuhm,.

    ReplyDelete
  2. hushhh...mcm jasmin hamid lak aritu trkena air panas tp kat kaki...pedih giler tuu..sy pernah kena gak dulu kat peha...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...