Minyak diet...minyak sihat!

Alhamdulillah...pos laju yg sgt ditunggu2! akhirnya tiba jua ke rumahku arini...
Mesti dah biasa dengar pasal VCO ni kan. Oh yer! Lin beli kat ardinihumaira. Dapat free gift  lagi tu! 
TQ Dini..
saya pilih yang softgel sebab testimonial kata yg ni ok sikit. kalo liquit takut tak tahan dengan rasanya. Al maklumlah pure oil!

free gift yang dni kasi..lipgloss avon! baik  kan dni...


Saya dah telan 2 biji tadi..sebiji lagi sapu kat muka! Okla..leh tahan jugak rasanya. taksabar nak tengok perubahan dalam masa terdekat ni...harap2nya masalah akan berkurangan. Nanti saya akan update sikit2 yer apakah perubahan yang saya alami.
Jom kita mengenali serba sedikit pasal minyak kelapa dara ni...saya pun baru tahu pasal minyak kelapa dara ni sebab adik ipar saya tanak minyak tu untuk ubat kelemumur anaknya. Pastu terbaca dalam majalah RAPI edisi 15 April pasal khasiat minyak kelapa dara. Sebab tu saya teruja nak try VCO Catalyst ni dek testimonial orang ramai yang dah menggunakannya.


Jadi apakah sebenarnya minyak kelapa dara? Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya. Selama 40 tahun kempen dan kajian Negara Barat yang menentang penggunaan minyak kelapa secara meluas sebenarnya adalah ditujukan kepada minyak kelapa biasa yang menggunakan haba dan kimia ketika diproses dan bukannya minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara sebenarnya amat sukar dicari dipasaran kerana prosesnya yang rumit dan sukar diproses secara komersil dan besar-besaran.  
Kajian-kajian dekad seterusnya telah mendapati bahawa minyak kelapa dara memberi pelbagai kesan positif seperti berikut: 
  1. meningkat dan memperbaiki sistem pertahanan badan
  1. meningkat kadar metabolisma badan
  1. anti virus, bakteria, kulat dan parasit yang semulajadi
  1. anti oxida semulajadi
  1. meningkat fungsi kelenjar tairoid
  1. melindungi kesan sinaran ultra violet dalam cahaya matahari
  1. tidak meningkatkan kepekatan atau platelet darah
  1. meningkat penghadaman dan penyerapan khasiat makanan
  1. berupaya menurunkan berat badan
  1. meningkat pertumbuhan sel kulit, rambut dan badan manusia
  1. membekal sumber tenaga dengan cepat
  1. melembab dan melembutkan kulit
  1. mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit
  1. mengurangkan kesan keracunan makanan
  1. membakar dan mengurangkan kolesterol dalam badan
  1. menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat
  1. mengurangkan risiko dan kesan penyakit jantung
  1. mengurangkan risiko dan kesan darah tinggi
  1. mengurangkan risiko dan kesan kencing manis
  1. mengurangkan risiko dan kesan demam
  1. mengurangkan risiko dan kesan batuk biasa
  1. mengurangkan risiko dan kesan batuk kering
  1. mengurangkan risiko dan kesan selsema dan resdung
  1. mengurangkan risiko dan kesan demam campak dan cacar air



2 comments:

  1. sy pn start amek gak ni..
    ekekek, nnti kite tuko2 pendapat psl produk ni yer..
    haah, tak sabo nk tgk perubahan yg baik tu.. =))

    ReplyDelete
  2. Nanti kongsi ye perubahan yg dialami :)


    *Dni memang suka bg freegift kan, tu yg untung beli ngn Dni :)



    Tolong Vote "Ada hadiah buat korang…"

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...