Kelemumur???

Rambut korang ada kelemumur tak? Masa saya sekolah  srama dulu2 kan, rambut saya ni memang ada kelemumur tau! Yela...saya bertudung..pagi2 biasanya mesti basah rambut..Tak sempat nak kering pastunya dah pakai tudung! Tapi skang tak lagi... Macam2 syampu ada skang yang boleh digunakan untuk mengatasinya...Jom tengok apakah punca2 kelemumur tu sebenarnya...


1. Seborrheic dermatitis (gatal-gatal, kulit kepala berminyak)

Punca biasa menyebabkan kelemumur. Ia kelihatan merah, kulit kepala berminyak diselaputi keruping putih atau kuning. Ia bukan sahaja berlaku pada kulit kepala malah di kawasan kulit yang mengandungi liang minyak, seperti kening, tepi hidung, belakang telinga, tulang dada, celah kelangkang dan kadangkala pada bahagian ketiak.

Seborrheic dermatitis juga boleh berlaku dari usia bayi dilahirkan (ruam lampin) dan beransur hilang pada usia satu tahun.

Bagi mereka yang dijangkiti HIV, masalah ini lebih serius berbanding biasa. Biasanya doktor boleh mengenal pasti pesakit yang menghidap HIV berdasarkan keadaan kulit kepala mereka yang mengalami kegatalan serius hingga merebak ke bahagian lain.

Stres juga boleh mengundang masalah seborrheic dermatitis menjadi lebih teruk.


2. Kulit kepala kering, gatal dan berkeruping

Ia disebabkan cuaca panas. Bentuk keruping disebabkan kulit kepala kering biasanya kecil-kecil dan kurang berminyak berbanding lain-lain punca yang menyebabkan kelemumur.

3. Kurang mencuci rambut

Jika anda tidak membasuh rambut dengan kerap, minyak dan sel kulit daripada kulit kepala akan terbina, menyebabkan kelemumur.

4. Psoriasis

Masalah kulit berpunca daripada pengumpulan sel kulit mati yang menghasilkan keruping berwarna perak. Ia biasa berlaku di lutut, siku tetapi boleh juga berlaku pada kulit kepala.

5. Ekzema

Jika anda penghidap ekzema, kelemumur adalah masalah biasa.

6. Sensitif pada sesetengah produk

Kadangkala sensitif kepada sesetengah jenis produk rambut menyebabkan kulit kepala menjadi kemerahan dan gatal. Terlalu kerap mencuci rambut juga boleh menyebabkan kelemumur.

7. Jangkitan yis malassezia

Malassezia hidup pada permukaan kulit kepala hampir kesemua individu dewasa tanpa menyebabkan sebarang masalah. Namun kadangkala, ia berkembang tanpa terkawal, merembeskan lebih minyak daripada folikel rambut. Ini menyebabkan iritasi pada kulit kepala dan menggalakkan lebih banyak sel kulit terhasil.

Lebihan sel kulit akan mati dan tertanggal dan bercampur dengan minyak daripada rambut dan kulit kepala, menyebabkan ia kelihatan memutih, berkeping dan jelas kelihatan pada rambut juga pakaian anda.

Walaubagaimanapun punca sebenar malassezia tidak diketahui. Boleh jadi disebabkan terlalu banyak minyak pada kulit kepala, perubahan hormon, tekanan, masalah saraf seperti parkinson, sistem imun terganggu, tidak mencuci dengan kerap, dan semua masalah menyumbang kepada kelemumur.



Rawatan Kelemumur

Masalah kelemumur yang serius boleh diatasi dengan pengambilan syampu anti-fungus. Agen seperti ketoconazolebifonazole dan ciclopiroxolamine (juga dipanggil ciclopirox) yang terdapat dalam formula berlainan seperti krim, gel, losyen dan syampu boleh membantu mengatasi masalah ini.



sumber : sihat selalu

6 comments:

  1. bagi saya , produk sympu clear , mmg berkesan hlgkan klmumur..color dark blue..:D

    ReplyDelete
  2. saya biase pakai selsun blue skrg...

    ReplyDelete
  3. Myra smpai skrg dok ada kelemumur gak..huhuu..
    Xlarat tukaq syampoo..:P

    ReplyDelete
  4. KELUMUR ?
    farhan ada...susah nak hilang...lama dah ada....emmm...

    ReplyDelete
  5. waktu nadia skolah dlu pn duk asrama tp Alhamdulillahtak nek kelemumur tp bila dah start bekerja naek laa sikit..nadia guna syampoo CLEAR, setakat neh memang berkesan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...