AKPK bagi kita duit?

Mesti antara kita biasa dengar psl AKPK kan? Ala..
Agensi Kaunseling dan pengurusan Kredit tu!
Kisahnya begini...
Saya dan seorang member saya ni ada hal yang berkaitan kad kredit! Kitorang berganding bahu buat tuisyen setiap hari tau untuk cover semula all debts! At least takdelah rasa sangat bila nak bayar..tak payahla guna duit gaji. Si Fiza (kawan saya) ni pun katalah kat saya.
 " Lin, AKPK tu boleh bagi kita pinjam duit ker?" 
Saya pun jawabla "Entahla Fiza..kalo boleh pinjam duit kita g setel cepat2 hutang kita kat bank tu!" 


Sebenarnya, masa tu kami sedang berkira2 nak apply yang Amanah Ikhtiar Malaysia tu nak bukak bisnes! pastu masa kat Kuantan, ternampaklah AKPK kat depan taman kerang tu. Sebab tu bercakap pasal ni. Dan malam tadi saya teringat psl perbualan kami dan google sikit2 psl AKPK ni.


Bagaimana AKPK boleh membantu anda? info dari AKPK


Pendidikan KewanganProgram pendidikan kewangan untuk kemahiran asas pengurusan wang dan juga tip bagaimana untuk menggunakan kredit secara bertanggungjawab.  
Kaunseling Kewangan dan NasihatKaunseling peribadi dan nasihat untuk mengurus kewangan anda dengan bijak – daripada bajet, pengurusan wang dan isu berkaitan dengan kredit. Pelajari bagaimana untuk menangani bebanan kredit dengan penuh tanggungjawab untuk masa depan yang cerah.
Program Pengurusan KreditKawal semula kehidupan anda dan juga bebanan kredit anda. Para kaunselor kami akan bekerja dengan anda untuk menyediakan pelan pembayaran semula pinjaman peribadi melalui rundingan dengan penyedia perkhidmatan kewangan anda*.
AKPK tidak menyediakan pinjaman atau pembiayaan kewangan.
* Penyedia perkhidmatan kewangan terdiri daripada:
  • Semua bank perdagangan
  • Semua bank Islam
  • Semua syarikat insurans
  • Semua pengendali takaful
  • Institusi kewangan pembangunan (dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia)
  • Pengeluar kad kredit/caj (dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia)

Sedang godek2 lagi info kat AKPK ni. Sedang berkira2 nak pergi AKPK Jumaat ni. Herm..harap2 boleh menyelesaikan serba sedikit mslh pengurusan kewangan saya sekarang... 


3 comments:

  1. nanti share-share ya dear....nadia neh pn same, berkira2 pening dgn mslh kewangan...

    ReplyDelete
  2. Lynn share nanti ya..mana tahu boleh panggil dia org beri ceramah kat sekolah kak!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...