SAYA LAYAK! SKIM RUMAH PERTAMAKU HANYA UNTUK PEKERJA SWASTA - AWANG ADEK

Terasa nak beli rumah sebagai aset dan harta masa depan. Jadi, jom kita g bank tanya2 pasal skim ni. Saya layak!


KUALA LUMPUR : Skim 'Rumah Pertamaku' bagi membantu golongan muda berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan memiliki rumah pertama adalah khusus untuk pekerja swasta, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein. Beliau berkata penjawat awam tidak layak memohon kerana mereka mempunyai kemudahan pinjaman perumahan bagi kakitangan kerajaan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Abdul Manan Ismail (BN-Paya Besar) pada persidangan Dewan Rakyat di sini Khamis.
Awang Adek berkata pembeli yang layak boleh memohon pinjaman menerusi 25 buah bank termasuk institusi kewangan Islam bagi membeli rumah yang berharga dalam lingkungan RM100,000 hingga RM220,000. Skim tersebut menawarkan 100 peratus pembiayaan oleh bank komersil untuk mereka yang berpendapatan tidak lebih RM3,000 sebulan, katanya.
Kepada pertanyaan Datuk Idris Harun (BN-Tangga Batu), Awang Adek memaklumkan ia mula dilaksanakan pada 8 Mac lalu.


Sumber: BERNAMA, 31 Mac 2011
Sumber : http://pmr.penerangan.gov.my

1 comment:

  1. Sekarang nie dok survey gak rumah2, mana tau ada yg berkenan, leh amik skim nie ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...