Saham Bank Rakyat : Dah beli akhirnya

Alhamdulillah...
Ada  jugak rezeki saya untuk membeli saham bank rakyat yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Itupun sebab dapat duit bonos.lepasla nk beli saham tu...amin...
Hajat hati pada mulanya nk beli handphone tp bila fikir semula lebih baik saya melabur kan..Bijak tak saya punya decision???Lantakla pakai hp cap ayam ni ha..Yang penting nnt saya ada simpanan pelaburan di masa hadapan.
Saya pergi kat Bank Rakyat cawangan Indera Mahkota, Kuantan. Fuhh! Penuh orang...Selama ni 2-3 orang jer yang ada tapi semalam...saya punya giliran lagi 30++ orang menunggu! Semuanya pegang borang saham bank rakyat nk submit. Saya tak berapa faham pasal saham ni tapinya selepas baca di sharinginfoz pastu ramai blogger yang beli saham ni jugak, terus cam nak jugaklah membelinya. Siapa taknak melabur dapat duit sebab dividen tinggi  kan. 15% setahun adalah kadar dividen yang paling tinggi di negara ni. Kalah ASB...hehe
Siapa yang belum lagi  beli, apakata kita serbu bank rakyat cepat2 sebelum dana 1 billion tu habis kat semua cawangan! Sediakan salinan I/C pastu duit. G bank rakyat isi borang tunggu giliran submit kat staff...Dah siap! Semalam staff tu mintak 1 jer salinan I/C. Caj RM5 jadi total RM505...
Antara syarat-syarat untuk apply saham Bank Rakyat yang telah dibuka awal bulan April adalah ANTARANYA:

  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Bumiputera beragama Islam dan bukan Islam
  • Bukan Bumiputera beragama Islam
  • Tidak muflis
Untuk maklumat lanjut, hubungi tele-Rakyat di talian 1-300-88-12265 or facebook @Bank Rakyat.


Kalau nk info lagi jom layari di sini http://sharinginfoz.blogspot.com/2011/04/pertanyaan-faq-mengenai-saham-bank.html


11 comments:

  1. Hmm menarik nie.. :)
    Macam nak try melabur gakler.. Nk bok kluaq duit dari ASB.. :) Tamak tuh.. hehee


    **Lynn, FM dah sampai.. I likeeee :)

    ReplyDelete
  2. @Myra Jay hehe..jom melabur! untuk masa depan...lin pun kuar duit asb masa nk buat pelaburan amanah hartanah tu...yg bank rakyat ni ada duit bonos..hehe

    ReplyDelete
  3. salam lynn~kak baru je balik dr melabur di bank rakyat indera mahkota! Ramai juga orgnya, dlm 20 orang! Hari Rabu lepas gi Bnk Rakyat kat bandar, dpt borang je...!

    ReplyDelete
  4. teringin gak...tp blom brkesempatan lagi..

    ReplyDelete
  5. Mmg bagus sahan bank rakyat
    pulangan yg sgt tinggi

    ReplyDelete
  6. best gak ek~

    adeh fulus x byk lak..kalo x nk join jgk la~

    oh ptot aritu tgk penuh je bank rakyat..sbb ni la ek

    ReplyDelete
  7. Lynn~kak duk kat belakan smk panglima perang! Berminat nak jumpa tak?

    ReplyDelete
  8. Masuk jangan tak masuk yang penting berlandaskan shariah, thanks for the link

    ReplyDelete
  9. Lynn- plan cenggitu la nk bok kluaq duit ASB masuk Bank Rakyat :)

    Tp xtau bila nk brkesempatan p melabur ha :)

    ReplyDelete
  10. wah dah beli ek, bagus la menabung dari muda kan...

    ReplyDelete
  11. Kalau nak beli boleh hubungi sy..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...