PEGAWAI KASTAM DITEMUI MATI DI PEJABAT SPRM WILAYAH


KUALA LUMPUR : Seorang penolong pengarah kastam Selangor ditemui mati di tingkat satu, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane, di sini Rabu pagi.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali memberitahu sidang media bahawa Ahmad Sarbani Mohamed, 56 tahun, ditemui mati kira-kira 10.15 pagi.
Katanya, Ahmad Sarbani yang bertugas di pejabat kastam Pelabuhan Klang, datang sendiri tanpa diarahkan ke pejabat SPRM itu untuk bertemu pegawai penyiasat.
Sumber: BERNAMA, 6 April 2011

------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR : Polis menyiasat kes seorang penolong pengarah kastam Selangor, yang ditemui mati di tingkat satu, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini hari ini, sebagai kematian mengejut.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata siasatan awal Unit Patologi Forensik mendapati Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang ditemui dalam keadaan tertiarap di gelanggang badminton di Tingkat 1 bangunan itu, mengalami kecederaan di kepala.
Menurutnya, Polis menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.42 pagi dan sebuah kereta peronda polis tiba di bangunan SPRM itu pada 10.49 pagi sebelum anggota berkenaan memaklumkan kepada Ibu Pejabat Polis daerah Cheras. Beliau berkata motosikal milik Ahmad Sarbani, Modenas Kris dengan nombor pendaftaran WGG8543 dan sebuah topi keledar ditemui di tempat letak kenderaan.
Zulkifli berkata satu pasukan khas yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah ditubuhkan bagi menyiasat kes itu.
Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata punca kejadian itu akan disiasat, namun menurutnya siasatan berhubung kes pegawai kastam disyaki terlibat dengan rasuah perlu diteruskan.
Sumber : BERNAMA, 6 April 2011


1 comment:

  1. mcm2 je skang nih..

    lynn..jom join teka-teki kt blog saya.. expired mlm ni..!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...