Drama JUVANA TV3 buat saya terpaku!

Baru je lepas menonton citer JUVANA episod 1 kat tv3. Fuh! Memang melekat ar depan tv. Korang tengok tak?
Kisah malam ni menceriatakan tentang Daim yang disabitkan kesalahan kerana membunuh ibu serta teman lelaki ibunya. Pastu Dam diamukkan ke sekolah juvana kot. Masa kat sekolah tu macam2 insiden berlaku. Sangat seriau tau. Ada ketua sorang tu digelar 'Botak' yang sangat jahat! Dia belasah si 'Black' tu teruk sangatla. Tak sanggup nak tengok. Black ni budak baru yang masuk sama2 dengan Daim. Ada sorang lagi tu Apek memang dah budak kat sekolah tu pastu lari tapi ditangkap semula masuk sekolah jahat tu. Tadi abeh masa si 'Black' panjat pagar nak larikan diri. ENtah berjaya ke tak...sian sangat tengok! Seriau...


Kesimpulannya cerita ni memang gangster!


kredit to blog mohdisa

Sinopsis Drama Juvana TV3

JUVANA, sebuah drama bersiri yang akan mengupas sisi hidup pesalah-pesalah juvana. Selain menyelami dunia dan perasaan hati pesalah juvana, JUVANA juga mahu mendidik para penonton supaya mengambil iktibar daripada paparan kisah kehidupan watak-watak siri drama tersebut.
Drama Juvana mempunyai 13 episod semuanya, mengisahkan seorang remaja bernama Daim Yahya yang telah dituduh membunuh ibu dan teman lelaki ibunya. Daim telah dihantar ke sekolah pemulihan akhlak Wira Bakti iaitu sekolah badan bukan kerajaan semasa umurnya 17 tahun.
Dalam drama ini Raja lakonan Bront Palare akan menjadi watak warden yang jahat, Raja tidak memperdulikan Daim (Zahiril Adzim) yang dibuli oleh penghuni asrama yang jahat. Macam menarik bukan drama Juvana ini, tambahan pula ada Bront dan Beto Khusairay.
Daim kemudiannya mendapat sinar gembira apabila Cikgu Zakiah lakonan Izreen Azminda ( yang watak jahat dalam Samson Delaila). Cikgu Zakiah ini menjadi baik dalam drama Juvana ini. Dia akan membantu Daim yang lemah dan selalu menjadi mangsa buli rakan-rakan samseng yang ada di sekolah itu.
Itu adalah serba sedikit mengenai drama Juvana yan bakal ditayangkan di TV3 25 April ini, jangan lupa menontonnya jam 9 malam. Sudah pasti drama ini mempunyai nilai-nilai moral yang tinggi dan sesuai untuk tontonan semua lapisan masyarakat. 
Para pelakon2 juvana?
Bront Plarae ), Izreen Azminda, Zahiril Adzim, Irfan Roslan dan Beto Khusyairy

4 comments:

  1. salam...terbaek !
    mula2,15 minit pertame tgok dgan mama...pastu iklan, mama pom ckap : bye2,mama tido dulu , sumpah takot nak tgok citer ni...eeiii,budak2 zaman skrg ,,tak syg nyawe lasom ! hehe..

    ReplyDelete
  2. tak tgk abis..semalam dpt tgk ckit jer...nak tgk kat tonton nnt...

    ReplyDelete
  3. tgk jugak..
    tp rasanya daim tu mesti x bunuh mak dia kan?

    ReplyDelete
  4. rasenyer nnti si black tu mati la lin..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...