Cantik Dengan Kos Murah SELAMAT, BERKESAN & BEBAS KESAN SAMPINGAN

just to share dengan kawan2 blogger yang lain khususnya para wanita...


Kadangkala bukan semua produk moden itu sesuai dengan anda. Sudahlah harganya mahal, mungkin juga ia boleh membawa kesan buruk pada kulit anda. Apa kata mulai hari ini, anda mengamalkan konsep ‘back to basic’. Hanya dengan barang-barang asli dan semulajadi, anda boleh membelai tubuh dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki. Bagi yang sudah berkahwin, suami pasti makin sayang kerana sudahlah pandai bercantik-cantik, bahkan pandai juga berjimat cermat! 

Tiada Lagi Masalah Rambut Gugur
Rendamlah kacang hijau semalaman. Setelah itu, tapis dan gunakan airnya untuk disapu ke seluruh kulit kepala. Picit dan urut perlahan-lahan sewaktu meratakan air ini ke kulit kepala. Amalkan sentiasa.

Parut Wajah Kurangkan Keyakinan
Tumbuk sedikit kulit kayu manis (sedikit sahaja) sehingga hancur. Campurkannya dengan sedikit air dan bedak sejuk. usah terlalu pekat atau terlalu cair. Sapukan bancuhan ini ke kulit wajah terutama pada bahagian yang berparut. Lakukan seberapa banyak yang anda mahu. Lama kelamaan parut itu semakin memudar. Selain membantu mengurangkan parut, ia juga menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat.

Atasi Kulit Berkedut
Buka peti sejuk dan dapatkan sebatang lobak merah segar. Selepas dibersihkan, parutkan lobak merah ini dan campurkan dengan sesudu tepung jagung dengan sebiji kuning telur. Selepas bancuhan ini sekata, ratakan pada wajah. Jika rajin amalkan petua ini sekali sehari. Anda pasti teruja dengan hasilnya.

Haluskan Kulit Wajah
Dapatkan sedikit asam jawa. Larutkan bersama air dan sesudu tepung ubi. Kacau sehingga ia menjadi larutan yang pekat. Setelah sebati, pupurkan bancuhan ini pada wajah. Biarkan ia mengering dalam kira-kira 15 minit. Kemudian, bilas dengan sempurna.

Ayuh Licinkan Kulit Muka
Petua ini sering dilakukan oleh wanita India dan khasiatnya sudah terbukti. Buka kabinet dapur dan ambilah 1sm kunyit hidup. Setelah dihancurkan, campurkan kunyit ini dengan setengah sudu asam jawa dan sedikit bedak sejuk. Sebatikan campuran ini dan sapukan ke seluruh wajah dengan rata. Biarkan ia kering dan lakukan setiap hari sebelum anda tidur.


kredit : RAPI



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...