Gara2 Tak Backup Template! Padan Muka

Selamat pagi...

Mengantokgiler ni. Perasan tak kelainan blog ni?hehe...dah ok sikit kan nak loading? kalo x,rasanya asyik hang jer bila guna template sebelum ni. Tapi ada satu perkara yang membuatkan saya sakit hati tau. Sehari sebelum ni saya telah pun menukar template yang kaler pink/purple tu. (Sorila saya tak captured) Pastunya entah kat mana silapnya bila klik kat post2 lama tu xkuar plak! itulah padahnya rajin ngat try godek2 coding template tu! padan muka kan. Sebab tu ar Lin terpaksa menukar template tu emergency malam td! aduhai..tak pasal2 kan. Bila tukar template lain ni, paham2 ajerla macam2 nak kena touch up balik. Especially tang meta tag tu, nuffnang dll. Inipun Lin buat yang penting jer dulu. Dahla buat2 malam tadi tetiba nak view takleh plak! Yang Lin back up template tu plak yang sebelum diedit! bayangkanlah...gabra jugak mula tu sehinggakan Lin komen kat nescafe ais mintak tolong tanya naper jadi gitu. Risau blogspot delete blog Lin tu sebenarnya. Masa tu dah pukul2 lebih tau. Nak tido konpem tak lena punyala memikirkan kenapa blog takleh view!
Lepas tu Lin tryla ubah kat setting yang bahagian permission tu. Masa nak edit tu Lin just allow kan author jerla tuk view! Tapi pelikkan bila tetiba Lin as author ni xley nak view blog sendiri. Mujurlah bila dah tukar setting ke "allow anybody" tu terus ok blog ni. Tak paham naper jadi gitu. Padahal sebelum ni ok jer nak view coz kita as author.

Bila dah ok tu Lin pun cepat2lah edit template yang basic2 jer. Arini nak sambung lagi tengok tutorial lain. Jadi, kesimpulan kat sini betapa pentingnya kita backup dulu template blog kita tau. Padan muka saya kan. Mesti sesaper yang perasan saya tukar lagi template ni kata rajinnya Lin ni...Padahal terpaksa sebab post lama tak kuar! Hahaha...

Korang amik pengajaran tau kes saya ni! Oleh yang demikian, saya terpaksa bersengkang mata sehingga pukul 3 pagi dek blog ni...


2 comments:

  1. 2 la kak...lain kali ingt,kalu nk adjust coding html, make sure ade back up yg lame...coding html ni pakai c program, so kalu dh adjust sikit je habis berterabur...hihi

    ReplyDelete
  2. tau tak per sebelum tukar tu backup dulu..heee

    lyn jom follow blog bee yang baru ..blog hasil menanghosting ekeke...www.puanbee.com tau!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...