Domain dan iHosterz : Murahnya!

Oklah...
entri arini citer pasal info yer kawan2..dah ramai yang tahu apakah domain tu kan.
So, Lin nak tujukan pada blogger2 baru yang rasa nak tahu. Pastunya kalo ada salah atau nak tambah dipersilakan yer.. sangat2lah dialukan..

Apakah domain tu?
Domain ni pada saya dikira macam rumah kita sendirila. Maksudnya URL blog kita ni..Nama blog ataupun website.
cthnya : www.linazlina.com (ini contoh domain berbayar...)
cth lg : http://strawberry-lynn.blogspot.com (ini domain percuma!)

Domain ni unik. Maksudnya tiada website yang mempunyai URL yang sama.

Jadi, apakah perbezaan dari segi guna domain berbayar dan percuma ni?
Sebenarnya byk kelebihannya kalo kita guna domain yang berbayar ni. Untuk pengetahuan Lin start guna domain sendiri masa 8 Mac aritu sempena my birthday. Senang nak ingat! hehe..jom tengok kenapa Lin nak sangat guna domain sendiri ni.

1. Domain yang pendek dan senang nak ingat..Contohnya www.linazlina.com lebih senang nak ingat berbanding http://strawberry-lynn.blogspot.com

2. Hak kita sepenuhnya. Di sini bermaksud bila kita dah rumah sendiri, tidak lagi menumpang kat rumah orang macam blogspot tu...jadi tiada siapa pun yang boleh sesuka hati nak terminatekan kita punya blog/website tu. Kalo kita menumpang ni, ada kemungkinan satu hari nanti kita akan hilang rumah sebab kuota dah penuh so kena buang sesaper yang menumpang! Faham tak camtu..hehe...

3. Kalo dari segi SEO plak, kalo kita guna domain yang berbayar ni peluang blog kita diindeks oleh enjin carian memang lebih tinggi berbanding dengan guna domain percuma. Ranking pun cepat jer dah naik tau! Dalam ms seminggu jer ranking alexa dah naik selepas guna domain sendiri.

4. Nampak lebih professional dan membina kredibiliti kitala. Mean nampak kesungguhan kita nak berblog tu kan. Sanggup nak bayar tuk domain tu. Dari segi profesional tu ialah bila kita ada domain sendiri, kita  akan dapat email domain tu tau. Contohnya camni : admin@namadomain.com (admin@linazlina.com)

oklah rasanya setakat itu sahaja saya nk kongsikan bersama semua. Jika ada penambahan sila bgtau kat komen yer...banyak web yang menawarkan domain dan hosting ni tapi saya syorkan gunalah iHosterz sebabnya boleh dipercayai dan PALING MURAH!!! Kalo tak percaya boleh survey...coz saya survey dulu semua sykt yang menawarkan domain dan tenyata iHosterz paling murah! Cuma RM29 setahun!

Kalo terasa nak dapatkan domain dari iHosterz boleh klik kat gambar bawah ni.


Next entri Lin nak citer pasal iHosterz plak yer...Apa yang menyebabkan Lin pilih iHosterz berbanding domain dari xxxx,yyyy dll tu..Hosting pualk masih dalam perancangan. Kena belajar dulu serba sedikit.

6 comments:

  1. Tumpang tanya boleh? :)

    1. Email tu nanti di mana kita nak buka kalu buat domain sendiri ni?
    2. Kalau dah buat domain, di mana kita nak log in? Blogspot juga ke?

    Terima kasih ya awal2 diucapkan! :)

    ReplyDelete
  2. miza pun guna khidmat iHosterz

    ReplyDelete
  3. yong da lupa sjak bila guna domain sndri hehehe

    ReplyDelete
  4. guna hosting pulak lagi best lyn hee

    ReplyDelete
  5. tahniah lin..

    cuma kak, kakyong advise u letak n3 belah kiri.. sbb lambat loading n3 blog lin ni.. letak 2-2 sidebar belah kanan.. ;)

    ReplyDelete
  6. akak pon tgah berkira2 nk domain sendiri..pinjam hosting member jer..harap free..ngehee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...