ASMARA 1 DAN ASMARA 2 TV3

Siapa yang tak tengok cerita Asmara dulu yang ditayangkan di TV3? Sayalah orangnya tu..bukan tak tengok lansung tp tidak mengikuti sebabnya pada malam yang sama tu saya layan si Capik kat TV2. Hehe...bila iklan baru bukak TV3 tengok asmara tu! Bagi sesapa yang tidak berkesempatan tengok citer ASMARA 1 tu, meh nk citer sikit sinopsisnya yang saya amik kat blog perekacerita.com





Drama Asmara mengisahkan Zaliya (Faezah Elai) yang terlanjur dengan teman lelakinya, Raziq (Nazim Othman) sehingga mengandungkan anak luar nikah.

Bagi menutup malu, ayah Zaliya, Sahlan meminta Malik membenarkan anaknya, Asmara (Shaz Jazle) mengahwini Zaliya kerana Malik pernah berjanji untuk membalas hutang nyawanya. Malik yang tidak mengetahui tentang kehamilan Zaliya telah meminta Asmara menunaikan janjinya kepada bapa Zaliya. Walaupun keberatan dan mengenali perangai buruk Zaliya yang sekolej dengannya, Asmara terpaksa setuju dan melupakan perasaan hatinya dengan rakan baiknya Melati (Faralyna).



Pada malam pertama perkahwinan, Zaliya telah membongkar rahsianya malah dia juga memberitahu Asmara bahawa mereka hanya perlu berlakon dan akan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa.

Asmara yang mengetahui cerita sebenar Zaliya merasa tertipu dan marah kerana dijadikan Pak Sanggup oleh bapanya sendiri dek kerana terhutang nyawaZaliya pula tidak puas hati kerana dijodohkan dengan Asmara, sering mencari salah Asmara dan meminta diceraikan. Asmara akur dengan permintaan Zaliya dan akan menceraikannya selepas dia melahirkan anak.

Zaliya terpaksa menangguhkan pembelajarannya di kolej kerana kandungannya semakin membesar. Sahlan bimbang jika rakan-rakan perniagaan akan mengetahui tentang Zaliya telah mengurung Zaliya di rumah. Walaupun tidak mencintai Zaliya, Asmara telah bertindak untuk melindunginya dan berpindah keluar daripada rumah Sahlan.



Asmara telah memikul tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan berusaha untuk menjaga keperluan harian Zaliya yang sedang sarat mengandung. Zaliya mula berbaik-baik dengan Asmara dan jarang sekali bergaduh dengannya kerana Zaliya banyak bergantung kepada Asmara.

Raziq pula berasa tidak puas hati kerana Zaliya tidak mengugurkan anaknya dan telah merancang sesuatu. Adakah bunga-bunga cinta akan mekar di hati Asmara dan Zaliya? Bagaimana pula dengan nasib Melati? 



Caner plak sambungan citer ASMARA 2 musim ni erk????






Asmara (Shahz Jazie) sukar untuk menerima kenyataan yang isterinya Zaliya (Faezah Elai) telah meninggalkan dirinya buat selama-lama, Zaliya yang masih koma dikatakan sudah meninggal dunia oleh Sahlan. Hanya Sahlan, Rohayu, Tria dan Orang Gaji Sahlan sahaja yang mengetahui perkara sebenar mengenai Zaliya.
Penampilan Asmara mula berserabut dan tidak terurus kerana tidak menjaga diri selepas kematian Zaliya, walaubagaimanapun Asmara masih tetap dan bertegas dengan pendiriannya. Dalam masa yang sama, Asmara akan terus berdendam pada Sahlan yang menjadi punca perpisahannya dengan Zaliya.
Walaubagaimanapun Asmara tetap menjaga batasan tingkah lakunya dengan Sahlan, kerana Sahlan merupakan bapa mertuanya. Asmara tekad untuk menerima kenyataan dan berubah demi Adam dan watak Osman yang menjadi perbualan dalam musim lepas akan di zahirkan dalam musim ini untuk tontonan bagi menambah kehangatan drama Asmara musim ke 2.


Sumber: http://blog.mohdisa.com/sinopsis-drama-asmara-2-tv3.html#ixzz1H9kVmw7z

jom tonton setiap SELASA JAM 9.00 malam yer di TV3.



7 comments:

  1. suka tengok hero dia..kiut jek..

    ReplyDelete
  2. Owh gitu citernya.. Myra tak tgk Asmara1, bila tgk yg 2 nie cam blur2.. skg dah faham ler :)

    ReplyDelete
  3. kakyong memang tak sempat layan tv.. dulu rajin juga jengah kat web tv3.. la ni langsung tidak.. tp citer ni macam best jer...

    ReplyDelete
  4. bee tengok yg pertama nk tengok yg ke dua pulak lah ..

    ReplyDelete
  5. @Myra Jay
    samala myra..lin pun tak tengok asmara 1..baru download nk tegok dari awal ni..hehe

    ReplyDelete
  6. @kakyongaah kakyong..citer ni mmg best pun..layan ajerla..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...