Antara 2 : Hayati

sumber : google

sekadar renungan pagi Rabu...
Hidup cuma dalam 2 nafas :


1. Nafas naik
2. Nafas turun


Hargailah nafas yang naik kerana udara disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.


Hidup cuma ada dua pilihan :


1. Hidup dalam keredhaanNya
2. Hidup dalam kemurkaanNya


Hidup yang abadi cuma ada 2 tempat :


1. Kekal di dalam syurga
2. Kekal di dalam neraka


Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada Rukun Iman. Rukun Iman pula ada 6, jika hilang salah satu darinya maka hilanglah semuanya. Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT dan tidak terduga oleh fikiran kita. Untuk mendapatkannya, terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT. Amat sukar dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang tetapi tidak mempunyai "BOARDING PASS".


Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengepos sepucuk surat tanpa melekatkan setem. Ada 2 kemungkinan penyelesaian dalam kes ini :-


1. Dia mungkin didenda
2. Segala suratnya masuk tong sampah.


Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Sekurang-kurangnya bersyukurlah Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati Allah setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang. Lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.


Wassalam.




sumber : buletin nadwah Pahang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...