Taiping Golf Resort vs Cikgu Tuisyen

Assalamualaikum
Entri kali ni adalah berkaitan dengan keserabutan yang sedang melanda.
Next week bersamaan hari khamis-ahad pihak P1 bersama Warisan Global akan mengadakan kursus pembangunan kapasiti untuk penyelia2 pusat internet bawah P1 ni. Jadi, saya antara salah seorang yang agak bertuah tu. Masalahnya, tempat tu nun jauh di sana...Nak sampai ke situ ambil masa dalam 7jam jugakla...xtau nak drive sendiri ke nak g naik bas???4 hari means banyak baju kena bawak then laptop pun kena bawak sendiri ni..huhu...Beratnya nak mengangkat...Dah terbayang ni...Kena bawak beg beroda jer gayanya. Aritu tak diwajibkan pergi pastunya wajib lak ni! adoi...kena fikir nak g ngan apa jer skang...


Yang kedua plak saya tengah serabut fikir apa yang saya nak ajar budak sorang ni nanti. Yela...orang dah beri kepercayaan pada kita kan tolong kasi tusyen kat anak dia yang nak UPSR tahun ni. Dia suruh start bulan 5 ni. Saya ni dahla xde pengalaman mengajar tau. Silibus pun ntah aper2 skang. Dah tak tau dah apa yang diorang belajar...Banyak yang nak kena revise ni. Ada saper2 yang boleh tolong kasi cadangan x baper nak caj budak ni? Ajar semua subjek UPSR...Saya cuma terfikir nak caj rm5/jam...xreti nak manage jadual ni. Tolong....

2 comments:

  1. syu tag lynn..

    http://syu90contest.blogspot.com/2011/02/cabutan-bertuah-bernilai-rm100.html

    join ye..

    tQ~

    ReplyDelete
  2. Assalamua'laikum Wrmbth,

    Salam ziarah, :) Cantik blog ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...