Tengok Wayang Di Rumah dengan ASTRO FIRST

Tetiba terasa nak berkongsi pasal Astro First ni. Mesti ramai yang dah tahu kan...
Kini, dengan adanya program baru dari astro ni maka, jimatlah sikit duit kita daripada menonton wayang kat TGV ker GSC ker...duk umah sambil bersantai jer tengok citer2 baru kuar skang! Sangat syok bunyinya kan...
Tapi, saya belum pernah lagi mencuba ni..Baru nak usha2.


Rupanya senang jer langkah nk tengok movie ni. Korang tahu? Meh nk tunjukkkan caranya.


Sumber : Astro dan Mohd.Zaid



Setakat ini, hanya terdapat 3 movie untuk ditonton iaitu Damping Malam, Aku Masih Dara dan Ngangkung. Bayaran tuk setiap movie hanyalah RM15 jer dan boleh ditengok sehingga 48 jam! Berbaloi kan. Bil RM15 tu tadi akan dimasukkan terus ke dalam bil semasa.
1 astro first mohdzaid Astro First   Pawagam Di Rumah Anda
Langkah 1 : 
Sila ke Saluran 480 Astro First untuk melihat senarai filem terkini dan tekan butang Biru di alat kawalan jauh Astro untuk membuat tempahan. Lihat pemilihan bahasa (melalui butang I-II) dan tonton saluran promosi Astro First (melalui butang Hijau).
2 astro first mohdzaid Astro First   Pawagam Di Rumah Anda
Langkah 2 : 
Tekan butang “OK” untuk menempah filem pilihan.
Langkah 3 : 
Tekan butang Biru sekali lagi untuk mengesahkan tempahan.
4 astro first mohdzaid Astro First   Pawagam Di Rumah Anda
Langkah 4 : 
Anda akan melihat kod 16 digit di kaca TV. SMS kod berkenaan ke 32999 dan anda akan menerima balasan SMS untuk pengesahan tempahan. Filem pilihan anda akan muncul dalam tempoh 5 minit selepas itu. Mudah sangat!
5 astro first mohdzaid Astro First   Pawagam Di Rumah Anda
Langkah 5 : 
Untuk menonton filem pilihan anda itu, tekan butang Kuning. Jika anda belum membuat tempahan, anda akan melihat ini diskrin. Namun, jika anda sudah menempah, anda akan melihat judul filem pilihan anda di ‘Filem-Filem Saya’ dalam tempoh 5 minit. Selain itu, anda juga boleh menonton filem pilihan anda di saluran 482 hingga 485.
6 astro first mohdzaid Astro First   Pawagam Di Rumah Anda
Langkah 6 :
 ‘Filem-Filem Saya’ akan memaparkan filem-filem yang anda tempah dan juga jadual tayangannya. Anda boleh melihat atas dan bawah dan tekan “OK” untuk mula menonton selepas itu. 



Kesimpulannya, sangat bagus kan ASTRO FIRST ni sebab dapat menjimatkan duit beli tiket wayang, kupon parking, minyak dan lain-lain lagi...Dengan RM15 jer leh tengok ramai2 satu umah! huh! sangatlah berbaloi2...






terima kasih kerna klik yer


 

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...