Layan Drama Hani TV3 dan Dia Bukan Maryam TV9

Malam ni terasa nak menonton tv...sokmonya (kuar slang pahang lak!) mesti tgh online jer time ni... Tetapi disebabkan mata cam perlukan rest saya pun menonton tv malam ni. Entri ni pun dapat idea bila tengok tv td.hehe..

8:30pm - Saya layan citer Dia Bukan Maryam kat TV9 tu. Best...Pelakon2 mmg hebatla. Ada Fahrin Ahmad, Lisdawati, Eja, Rusdi Ramli, dll. Jom usha sikit sinopsis citer ni.
Sumber : TV9


Sinopsis...

Dia Bukan Maryam arahan Erma Fatima menceritakan tentang perasaan kasih dan sayang serta pengorbanan antara cinta dan persahabatan. Perasaan sendiri diketepikan lalu membuat keputusan melupakan hasrat hati. Cinta tiga segi antara tiga sahabat, Sarah(Eja), Nazir (Fahrin Ahmad) dan Zaimah (Lisdawati) membawa kepada suatu pengorbanan yang ikhlas lalu memendam kekecewaan. Drama ini bersiaran sebanyak 26 episod yang bermula dengan pernikahan antara Sarah dan Nazir. 
Mereka selamat diijabkabulkan manakala Zaimah membawa diri mengubati kekecewaan. Zaimah menaruh perasaan terhadap Nazir tetapi berkorban demi Sarah, sahabat baiknya, sehingga sanggup mengetepikan perasaan sendiri demi melihat sahabat baiknya kembali tersenyum.  Sepanjang dia menhilangkan diri demi mencari ketenangan, Zaimah telah bertemu dengan Shafik (Aqasha) yang juga baru lepas putus cinta ketika itu.
Manakala Nazir menyukai Zaimah dan berusaha mendekatinya. Malangnya, Sarah ditimpa kesusahan apabila dituduh membawa malang dan sial yang menyebabkan kematian Kamal (Rusdi Ramli). Kamal ditimpa kemalangan lalu meninggal dunia sewaktu menemani Sarah ke Genting Highland. Selepas kejadian itu jiwa Sarah tertekan, menyalahkan dirinya punca kematian Kamal dan sering meracau. Apatah lagi ibu Kamal menuduhnya sebegitu menyebabkan keadaan dirinya semakin merosot. 
Sarah tidak kuat menerima dugaan membuatkan Zaimah hampir berputus asa memberi semangat kepadanya lalu Sarah pergi mencari Nazir. Nazir membantu Sarah seikhlas hati dan berjaya mengeluarkannya dari kekalutan itu dan dia kembali pulih. Nazir dan Sarah semakin akrab membuatkan Zaimah berkecil hati dan menjauhi mereka. 
Pelbagai konflik dialami dan persoalan demi persoalan bergolak dalam diri tiga sahabat ini. Realiti kehidupan perlu dihadapi dengan pengorbanan, kekecewaan dan cinta yang terpendam.


Sambil2 iklan kat TV9 tu, pada pukul 9pm plak...drama HANI bersiaran...

Hani buta lepas operate..Dia cam xley terima kenyataan lagi yang dia buta...Irfan cam setia jer ngan Hani tu. Ayah Hani lak cam xleh jugak terima anaknya buta! Kesimpulannya..drama ni best jugak untuk dilayan...Apa lak kisahnya next week erk...

sumber : 
malayent.blogspot.com

Inilah Hani..Nurul Fathia


Korang layan x drama tv?

 
TOLONG KLIK SEKALI JER...TQ

 

2 comments:

  1. salam lin,woh lame xkomen2 kat sini...shout2 pun lame dah ...ekceli lame sy tak BW besar2an ni...sejak bertransformasi ke dot com ni...

    best ek dua2 drama tu...hanie tgk gak Hani tu tp jeling2 ajelah...xtgk betul2 khusyuk2..hehe..bukan maryam tu tgk iklan jer...tp tawu mesti citer sedey kan?

    ReplyDelete
  2. @Ummi Hanie
    best citer tu sbbnya pelakon best2 semer...kalo part lisda ngan fahrin sweet2 jer...
    lin pun xbaper bw dah skang...penyakit "M" tu datang...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...